Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Sebat cara Syariah tidak perlu Pakar !

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 Negeri Pahang melalui Seksyen 125 dan 126 dengan jelasnya telah mengariskan cara untuk melaksanakan hukuman sebat. Siapa kata mesti dilaksanakan oleh Pakar? Perlaksanaannya secara mudah boleh digariskan seperti berikut :- Mahkamah atau Kerajaan Negeri menentukan dimana hukuman itu hendak dilaksanakan. Pesalah mesti diperiksa oleh Doktor Kerajaan tentang tahap kesihatannya untuk menjalani hukuman sebat itu. Alat untuk digunakan adalah rotan atau ranting kecil pokok yang berukuran panjang tidak lebih dari 1.22 meter (4 kaki) dan tebalnya 1.25 cm (1/4 inci). Orang yang akan menyebat itu mestilah seorang yang adil dan matang. Tukang sebat itu mesti gunakan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya lebih dari paras kepala supaya tidak melukakan kulit. Selepas mengenakan satu sebatan dia hendaklah angkat alat sebatan itu keatas dan tidak menariknya. Sebatan boleh dikenakan ke seluruh badan kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagia...

ROHAIZAT DAN KARTIKA

ROHAIZAT BIN OTHMAN Sudah banyak saya menulis tentang Rohaizat iaitu pada 19hb Ogos 2009 dan 21hb Ogos 2009 . Disebalik sokongan yang saya beri kepada Rohaizat dalam tulisan saya, sebenarnya ada usaha dari 15hb Ogos 2009 lagi supaya Rohaizat tidak dijadikan calon BN di Permatang Pasir kerana sudah tahu isu yang ada disekelilingnya. Pada 15hb Ogos 2009 YAB TPM Tan Sri Muhyudin berada di Kuantan untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar secara berkelompok. Pagi itu saya menerima message melalui Facebook dari Cucu Tok Selampit sebegini "DSN, nak minta tolong. Saya check calon kita pernah kena denda dengan Bar council seperti berikut:Order under Section 103D LPA 1976 Rohaizat bin Othman - 7 March 2008 (Struck Off) Saya tidak faham maksudnya dana apa maksud struck off. Harap Dato' tolong jelaskan. Saya pasti perkara ini akan dimainkan oleh pembangkang. Kita kena prepare dulu. Linknya di sini : http://www.malaysianbar.org.my/disciplina...

Menjalankan Hukuman Sebat Terhadap Kartika

Pada 21 Julai 2009 yang lepas saya telah menulis tentang hukuman yang dikenakan terhadap Kartika kerana meminum arak di khalayak ramai dan boleh dibaca di sini . Hari ini 23 Ogos 2009 ada pula pihak-pihak yang mempersoalkan bagaimana hukuman itu akan di jalankan dan boleh dibaca di sini , Kepada Prof. Shad Faruqi dan Datuk Ismail Yahya, Ketua Hakim Syarie, Terengganu, saya ingin mengingatkan perkara seperti di bawah :- 1. Hukuman terhadap Kartika adalah berdasarkan satu undang-undang yang sah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang dan adalah undang-undang yang berkuatkuasa iaitu Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. 2. Begitu juga dengan tatacara menjalankan hukuman itu adalah undang-undang yang sah dan berkuatkuasa iaitu Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002. 3. Ini bukan masanya bagi kedua-dua mereka mempersoalkan kesahihan undang-undang itu. Selagi tiada undang-undang lain yang membatalkan undang-undang itu samada melalui Akta Parlimen atau pen...

Rohaizat...oh...Rohaizat

Kehadapan Saudara Rohaizat Bin Othman, Tahniah saya ucapkan kerana terpilih menjadi calon PRK N11 Permatang Pasir. Sebagai seorang peguam, kita menghabiskan sekurang-kurangnya 4 tahun di Universiti untuk mendapatkan segulung ijazah LL.B. Kita diajar untuk berkata benar dan membela mereka yang perlukan pembelaan. Untuk membela orang lain, sifat dan kepandaian kita membela diri sendiri mesti menyerlah. Malangnya, dari apa yang saya perhatikan, kamu tidak tahu membela diri sendiri. Kamu menyerahkan kepada orang lain untuk membela masalah yang kamu hadapi. Ada masanya kita perlu kepada bantuan, tapi untuk mendapat bantuan, kita perlu berterus terang. Apa salahnya berterus terang tentang keputusan Lembaga Disiplin Majlis Peguam yang telah "struck off from the roll" terhadap kamu? Apa susahnya untuk beritahu yang Mahkamah Tinggi Pulau Pinang juga telah menolak rayuan yang kamu buat pada 12 Ogos 2009? Ramai juga peguam lain yang kena struck off dan mereka terus menjadi orang...

Antara Reality dan Perception

Saya tidak mahu menggunakan tajuk "Antara Realiti dan Persepsi" walaupun sekarang ini, itu lah caranya penulisan yang dibuat oleh ramai orang. Pada saya Reality adalah Hakikat dan Persepsi adalah Tanggapan. Tapi itu bukan soalnya. Saya sudah bosan dengan pejuang Bahasa Melayu yang sebenarnya bukan berjuang untuk memartabatkan Bahasa Melayu tetapi juga Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil! Tulisan kali ini ingin menyentuh mengenai Rohaizat Bin Othman. Calon BN di Permatang Pasir. Hakikatnya beliau sudah "struck off the roll" sebagai seorang Peguambela & Peguamcara . Siapa yang tidak membuat kerja atau makan gaji buta kerana tidak membuat vetting yang lengkap terhadap Rohaizat sebelum beliau diperakukan sebagai calon BN kepada Presiden & Timbalan Presiden Umno, MESTI dipertanggungjawabkan. Mereka ini yang sepatutnya meletakkan jawatan atau kalau di Jepun di zaman dahulu, melakukan harakiri. Apapun penjelasan yang dibuat oleh mana-mana pihak sekalipun...

Penyalahgunaan jawatan Setiausaha Politik

Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa Setiausaha Politik adalah " Anggota Pentadbiran " sebagai mana di definasikan dalam Perkara 160. (Sila klik pada gambar-gambar diatas) Perlantikan SU Politik adalah dibuat oleh YAB Perdana Menteri sebagaimana diperuntukan oleh Perkara 43C Perlembagaan Persekutuan yang kemudiannya ditugaskan atau "assigned" kepada Menteri Kabinet. Perlantikan SU Politik boleh dibatalkan oleh Perdana Menteri sahaja. Di Negeri-Negeri di Semenanjung hanya Menteri Besar yang boleh melantik SU Politik untuk berkhidmat dengannya dan dipanggil Setiausaha Politik kepada Menteri Besar. Tiada peruntukan untuk melantik SU Politik yang kemudiannya ditugaskan untuk ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco). Di Sabah dan Sarawak, jawatan Exco adalah disebut sebagai Menteri dan ada lantikan SU Politik yang dibuat oleh Ketua Menteri untuk ditugaskan dengan Menteri berkenaan. Namun apabila ada Negeri yang diperintah oleh Pakatan Pembangkang seperti ...