Skip to main content

Penyalahgunaan jawatan Setiausaha Politik

Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa Setiausaha Politik adalah "Anggota Pentadbiran" sebagai mana di definasikan dalam Perkara 160. (Sila klik pada gambar-gambar diatas)
Perlantikan SU Politik adalah dibuat oleh YAB Perdana Menteri sebagaimana diperuntukan oleh Perkara 43C Perlembagaan Persekutuan yang kemudiannya ditugaskan atau "assigned" kepada Menteri Kabinet. Perlantikan SU Politik boleh dibatalkan oleh Perdana Menteri sahaja.

Di Negeri-Negeri di Semenanjung hanya Menteri Besar yang boleh melantik SU Politik untuk berkhidmat dengannya dan dipanggil Setiausaha Politik kepada Menteri Besar. Tiada peruntukan untuk melantik SU Politik yang kemudiannya ditugaskan untuk ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco). Di Sabah dan Sarawak, jawatan Exco adalah disebut sebagai Menteri dan ada lantikan SU Politik yang dibuat oleh Ketua Menteri untuk ditugaskan dengan Menteri berkenaan.

Namun apabila ada Negeri yang diperintah oleh Pakatan Pembangkang seperti Selangor, Ahli Exco pun sudah melantik SU Politik untuk dirinya. Ini jelas bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, namun mereka lakukan juga. Ini juga bertentangan dengan sumpah memegang jawatan yang mereka lafazkan semasa perlantikan sebagai Exco kerana antara lain sumpah itu termasuk "bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenarnya kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaannya".

Lebih teruk lagi apabila ada juga ADUN sendiri yang melantik SU Politik. Ini juga dilakukan oleh ADUN DAP yang boleh dilihat disini.

Kalau Perlembagaan tidak dihormati, mereka ini tidak layak menjadi pemimpin atau memerintah mana-mana Negeri. Pada mereka perlanggaran undang-undang termasuk undang-undang tertinggi ini adalah perkara enteng. Namun mereka tetap menyalahkan pihak lain dan harus dihalang dari terus melakukan pencabulan "Rule of Law" !

Comments

Popular posts from this blog

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Lawyer setengah lepas enam/ Half past six?

Ada lawyer yang true blue, well cooked and clever. Ada yang opposite dari yang disebut itu. Kalau Mahkamah perintahkan seseorang itu dihukum mati maka permohonan untuk hukum penjara seumur hidup itu terbatal lah dengan sendirinya! Sama lah juga kalau Mahkamah perintahkan lesen memandu si Anu itu dibatalkan maka semua sekali lah batal baik kelas B dan D atau apa-apa kelas pun. Jangan lah pulak kata, si Anu itu masih boleh pakai Lesen L dia sebab mahkamah tak sebut pun dalam perintahnya. Kalau Mahkamah batalkan keputusan dan perbuatan Speaker mengantung kehadiran ahli Dewan maka akibat dari perintah itu, ahli Dewan itu bolehlah hadir dan turut serta prosiding Dewan itu seolah-olah apa yang Speaker buat itu tidak pernah wujud! Itu pun susah nak faham ke? Jangan lah jadi loyar buruk . Half past six !