Sinar Harian Edisi Pahang hari ini 14hb Mei 2009 melaporkan di muka surat pertama, cabaran oleh Ketua Penerangan Pas Pahang terhadap YAB Menteri Besar Pahang.
Cabarannya adalah untuk MB membuat laporan polis terhadap dakwaan bahawa ada terdapat "penipuan, peniruan, pembohongan saksi dan keputusan hakim" dalam kes yang dimenangi oleh Seruan Gemilang terhadap Pahang dengan jumlah penghakiman sebanyak RM63 juta.
Saya ingin tegaskan :
1. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang telah pun lama dulu membuat laporan polis dan perkara ini dalam siasatan oleh polis.
2. Perkara ini adalah dalam perbicaraan di Mahkamah dan ada "pending proceeding" di Mahkamah melalui kes Pahang Suing Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dan nombor kes adalah Mahkamah Tinggi Kuantan Guaman Sivil 21-11-2008.
Saya nasihatkan kepada pemimpin Pas itu jangan buat kenyataan yang tidak usul periksa.
Kepada Sinar Harian Edisi Pahang, perkara ini tidak perlu liputan media kalau hanya untuk nilai sensasi sahaja.
Not surprising. They just need to be 'POPULAR' even if it takes another worthless issue... All they need is to irk others simply to gauge respond ..normal them! If the other party did not respond... they are the best hound dog.
ReplyDeleteBiasalah Dato'. Mereka ni kalau dengar "headline" berdegar-degar, tapi isi hampeeeh! Itulah tag-line Pas.
ReplyDeleteSalam Dato',
ReplyDeleteBila ada cerita2 sensasi tapi kosong nilainya macam ni, at least dapatlah kita agak macam mana thinking level orang2 ni. Kesian.
As for those who buy these kinds of stories, let them be. Dunia mereka sempit, as they chose it to be that way. Biarkan si luncai dgn labunya.
Salam Dato',
ReplyDeleteTerima kasih atas penerangan di atas. Tanpa insan2 seperti Dato' ramai yang pastinya akan terpedaya. Satu persoalan dibenak saya adalah samada hal2 sebegini wajar dilayan dengan memberi jawapan di akhbar yg sama atau di MSM, atau dibiarkan sahaja. Kadang2 kita lihat isu2 ini kecil sahaja iaini permainan pihak pembangkang. Then again, impaknya terhadap rakyat especially mereka yg tidak berfikir panjang amat merisaukan. Saya byk terbaca komen yg short thinking atau copy dan paste dr blog tertentu yg indicate these people tidak buat pertimbangan atau research secukupnya sebelum menerima sesuatu maklumat. Natijahnya amat berat dan saya khuatir pihak2 tertentu akan terus mengambil kesempatan ini utk mengucar-kacirkan negara kita yang tercinta.