Skip to main content

Sidang Tergempar DUN Perak?

Saya baca dalam NST dan Utusan laporan mengenai Sidang Tergempar DUN Perak yang hendak diadakan pada 3hb Mac 2009.
Dari laporan Utusan Malaysia dilaporkan bahawa Sidang itu dipanggil kerana Speaker ada terima dua usul.
The Star pula melaporkan "To a question, he said convening such a sitting did not require the consent of the Sultan of Perak.
His lawyer Chan Kok Keong interjected that the Sultan’s consent was only needed to summon a sitting by way of royal proclamation if the assembly had been dissolved or prorogued (adjourned by royal prerogative).
But because the last sitting was adjourned, the assembly could carry on its usual business in an emergency session on March 3, said Chan.
" Star juga melaporkan He said he was invoking Standing Orders 8 and 11 so that the assembly could vote on two motions, for which he had received notices on Tuesday. dan seterusnya Sivakumar berkata "Speaking to reporters at a hastily called press conference in his office at the State Secretariat at 3.35pm yesterday, Sivakumar said 14 days’ notice was required to convene the State Assembly under normal circumstances but that in the event of an emergency, the Speaker could call for a sitting at any time."
Saya cuba untuk dapatkan apakah amalan Parliament di negara lain mengenai Sidang tergempar dan saya lihat pada British Parliament tetapi tiada pun istilah Emergency Session. Begitu juga keadaannya pada Standing Orders DUN Pahang. Adakah Sivakumar merujuk kepada "Kedai Kelin" seperti kata Tun Mahathir, saya pun tidak pasti!
Kita boleh ringkaskan bahawa Sivakumar panggil Sidang Tergempar kerana :-
  1. Dia terima 2 notis usul dari 2 Ahli Dewan pada Selesa lepas
  2. Dia tidak perlu dapat perkenan Tuanku Sultan untuk panggil Sidang Tergempar
  3. Dia tidak perlu patuhi notis 14 hari kerana ini Sidang Tergempar
  4. Sidang Tergempar ini adalah sambungan kepada Sidang yang diadakan sebelum ini.

Katakanlah Sidang Tergempar ini diadakan. Kehadiran ADUN hanya seramai 28 orang yakni kesemuanya dari PAS/DAP/PKR. Mereka akan meluluskan tanpa bahas perkara berikut:-

1. Usul yang diterima. Notis Usul yang pertama adalah mengenai Undi Percaya kepada Nizar sebagai MB Perak dan yang Kedua untuk membubarkan Dewan supaya boleh diadakan Pilihanraya. Kedua-dua usul ini akan diluluskan dengan 27 undi kurang 1 kerana Sivakumar tidak perlu mengundi. Dia Speaker dan dia berkuasa!

2. Sidang Tergempar ini akan meluluskan juga bahawa perkenan Sultan adalah tidak perlu!

3. Juga akan diluluskan tanpa bahas bahawa notis 14 hari tidak perlu!

4. Dan Sidang Tergempar ini adalah sambungan kepada Sidang sebelum ini!

Saya berpendapat Sidang Tergempar ini jika diteruskan adalah TIDAK SAH! Alasan saya adalah seperti dibawah:-

  1. Semua Sidang Dewan perlu perkenan Sultan. Ini adalah kerana Sultan adalah sebahagian dari Dewan.
  2. Tiada istilah Sidang Tergempar dalam Standing Orders yang membolehkan Speaker mengenepikan perkenan dari Sultan. Saya juga tidak percaya bahawa Speaker ada kuasa untuk mengenepikan Sultan dalam memanggil Sidang Dewan.
  3. Tiada istilah sambungan Sidang yang terdahulu dalam Standing Orders. Apabila Sidang ditangguhkan pada hari penghabisan Sidang, ada satu usul yang biasanya dibawa oleh YAB Menteri Besar mengusulkan dewan ditangguhkan. Ini bukan tangguhan atau sambungan Sidang Dewan yang berhenti rehat makan tengahari atau akibat dari berlakunya cuti umum. Sidang Dewan yang terdahulu telah ditangguhkan sine die atau dalam istilah Melayunya ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Ini bermakna untuk bersidang lagi perlu perkenan Sultan!
  4. Notis Usul yang dikemukakan oleh 2 ADUN itu baru sahaja diterima oleh Sivakumar pada hari Selasa lepas dan ini adalah perkara BARU. Kalau ianya BARU maka tiadalah istilah SAMBUNGAN dari Sidang dahulu! Kalau diambil anologi sambung bicara atau "continued hearing" di mahkamah, sambungan bicara itu dibuat kerana tidak cukup masa untuk membicarakan kes itu pada tarikh bicara yang lalu dan hakim biasanya akan tetapkan tarikh sambung bicara semasa menangguhkan kes itu. Adakah tarikh 3hb Mac 2009 telah ditetapkan oleh Sivakumar semasa menangguhkan Sidang Dewan sebelum ini? Jawapannya pasti TIDAK! Kalau di mahkamah pun, kes yang postponed sine die perlu mendapat persetujuan atau penetapan tarikh oleh Hakim!

Tidak sekali ianya sama dengan keadaan dimana di Parlimen baru-baru ini diadakan SIDANG KHAS mengutuk kekejaman zionist di Gaza. Itu Sidang Khas dan bukan Sidang Tergempar!

Saya tidak nampak apakah sebab ADUN BN perlu hadir untuk Sidang tergempar ini. Malah saya juga berpendapat adalah legitimate kalau semua jentera KERAJAAN PERAK dibawah Setiuasaha Kerajaan tidak mengindahkan arahan Speaker untuk memanggil Sidang dewan tergempar ini. Perlu diingat bahawa pentadbiran kerajaan Negeri adalah dibawah nama KDYMM Sultan dan bukannya dibawah Speaker. Semua urusan kerajaan adalah atas nama KDYMM Sultan seperti mana yang saya telah huraikan dalam posting saya yang terdahulu.

Adalah legitimate juga bagi KDYMM Sultan Perak untuk prorogue Dewan Undangan Negeri Perak serta merta kerana perbuatan Sivakumar dan konco-konco adalah sudah terlalu terpesong!

Comments

  1. Percubaan Siva melegitimatekan 'pernikahannya dengan Cik DUN binti Perak' tanpa wali pengantin perempuan (yang duduk di sebelah rumah sahaja).

    ReplyDelete
  2. bagi la reason, fakta dan bukti pada P.R

    akan ditosngsampahkan oleh mereka ..

    thats the fact

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir