His lawyer Chan Kok Keong interjected that the Sultan’s consent was only needed to summon a sitting by way of royal proclamation if the assembly had been dissolved or prorogued (adjourned by royal prerogative).
But because the last sitting was adjourned, the assembly could carry on its usual business in an emergency session on March 3, said Chan." Star juga melaporkan He said he was invoking Standing Orders 8 and 11 so that the assembly could vote on two motions, for which he had received notices on Tuesday. dan seterusnya Sivakumar berkata "Speaking to reporters at a hastily called press conference in his office at the State Secretariat at 3.35pm yesterday, Sivakumar said 14 days’ notice was required to convene the State Assembly under normal circumstances but that in the event of an emergency, the Speaker could call for a sitting at any time."
- Dia terima 2 notis usul dari 2 Ahli Dewan pada Selesa lepas
- Dia tidak perlu dapat perkenan Tuanku Sultan untuk panggil Sidang Tergempar
- Dia tidak perlu patuhi notis 14 hari kerana ini Sidang Tergempar
- Sidang Tergempar ini adalah sambungan kepada Sidang yang diadakan sebelum ini.
Katakanlah Sidang Tergempar ini diadakan. Kehadiran ADUN hanya seramai 28 orang yakni kesemuanya dari PAS/DAP/PKR. Mereka akan meluluskan tanpa bahas perkara berikut:-
1. Usul yang diterima. Notis Usul yang pertama adalah mengenai Undi Percaya kepada Nizar sebagai MB Perak dan yang Kedua untuk membubarkan Dewan supaya boleh diadakan Pilihanraya. Kedua-dua usul ini akan diluluskan dengan 27 undi kurang 1 kerana Sivakumar tidak perlu mengundi. Dia Speaker dan dia berkuasa!
2. Sidang Tergempar ini akan meluluskan juga bahawa perkenan Sultan adalah tidak perlu!
3. Juga akan diluluskan tanpa bahas bahawa notis 14 hari tidak perlu!
4. Dan Sidang Tergempar ini adalah sambungan kepada Sidang sebelum ini!
Saya berpendapat Sidang Tergempar ini jika diteruskan adalah TIDAK SAH! Alasan saya adalah seperti dibawah:-
- Semua Sidang Dewan perlu perkenan Sultan. Ini adalah kerana Sultan adalah sebahagian dari Dewan.
- Tiada istilah Sidang Tergempar dalam Standing Orders yang membolehkan Speaker mengenepikan perkenan dari Sultan. Saya juga tidak percaya bahawa Speaker ada kuasa untuk mengenepikan Sultan dalam memanggil Sidang Dewan.
- Tiada istilah sambungan Sidang yang terdahulu dalam Standing Orders. Apabila Sidang ditangguhkan pada hari penghabisan Sidang, ada satu usul yang biasanya dibawa oleh YAB Menteri Besar mengusulkan dewan ditangguhkan. Ini bukan tangguhan atau sambungan Sidang Dewan yang berhenti rehat makan tengahari atau akibat dari berlakunya cuti umum. Sidang Dewan yang terdahulu telah ditangguhkan sine die atau dalam istilah Melayunya ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Ini bermakna untuk bersidang lagi perlu perkenan Sultan!
- Notis Usul yang dikemukakan oleh 2 ADUN itu baru sahaja diterima oleh Sivakumar pada hari Selasa lepas dan ini adalah perkara BARU. Kalau ianya BARU maka tiadalah istilah SAMBUNGAN dari Sidang dahulu! Kalau diambil anologi sambung bicara atau "continued hearing" di mahkamah, sambungan bicara itu dibuat kerana tidak cukup masa untuk membicarakan kes itu pada tarikh bicara yang lalu dan hakim biasanya akan tetapkan tarikh sambung bicara semasa menangguhkan kes itu. Adakah tarikh 3hb Mac 2009 telah ditetapkan oleh Sivakumar semasa menangguhkan Sidang Dewan sebelum ini? Jawapannya pasti TIDAK! Kalau di mahkamah pun, kes yang postponed sine die perlu mendapat persetujuan atau penetapan tarikh oleh Hakim!
Tidak sekali ianya sama dengan keadaan dimana di Parlimen baru-baru ini diadakan SIDANG KHAS mengutuk kekejaman zionist di Gaza. Itu Sidang Khas dan bukan Sidang Tergempar!
Saya tidak nampak apakah sebab ADUN BN perlu hadir untuk Sidang tergempar ini. Malah saya juga berpendapat adalah legitimate kalau semua jentera KERAJAAN PERAK dibawah Setiuasaha Kerajaan tidak mengindahkan arahan Speaker untuk memanggil Sidang dewan tergempar ini. Perlu diingat bahawa pentadbiran kerajaan Negeri adalah dibawah nama KDYMM Sultan dan bukannya dibawah Speaker. Semua urusan kerajaan adalah atas nama KDYMM Sultan seperti mana yang saya telah huraikan dalam posting saya yang terdahulu.
Adalah legitimate juga bagi KDYMM Sultan Perak untuk prorogue Dewan Undangan Negeri Perak serta merta kerana perbuatan Sivakumar dan konco-konco adalah sudah terlalu terpesong!
good talk...
ReplyDeletePercubaan Siva melegitimatekan 'pernikahannya dengan Cik DUN binti Perak' tanpa wali pengantin perempuan (yang duduk di sebelah rumah sahaja).
ReplyDeletebagi la reason, fakta dan bukti pada P.R
ReplyDeleteakan ditosngsampahkan oleh mereka ..
thats the fact