Skip to main content

Bodoh Macam Lembu!


Macam mana orang boleh percaya kepada AnWar Ibrahim? Pelik sungguh! Bila dia cakap akan jadi PM pada 916 ada yang mati-mati percaya. Dia perlukan 30 ahli BN untuk lompat masuk dalam PR.

Kalau 30 ahli BN lompat ke PR, AnWar terus jadi PM ke? Ingat ini lari berganti-ganti 4x100 meter ke? Kalau pun 30 malaun tu lompat pun, PM masih lagi Pak Lah. PM kepada minority government. Walaupun PR buat undi tak percaya dan PM minority government itu kalah, Anwar bukan PM lagi. Pak Lah sebagai PM yang kalah di Parlimen melalui undi tidak percaya, mesti mengadap Agong untuk Agung mengistiharkan pembubaran Parlimen. Parlimen bubar disusuli dengan Pilihanraya i.e a snap election.

Dah tu datang mana Anwar jadi PM pada 916 nya? Pilihanraya semula belum tentu Anwar menang macam sekarang. Yang lompat dari BN ke PR tu belum tentu menang kalau bertanding semula.

Apa yang Anwar canangkan seolah-olah satu coup d’état akan berlaku pada 916, satu rampasan kuasa akan berlaku. Kalau pun BN tidak lagi majority di Parlimen, jawatan PM bukan boleh terus serah begitu saja kepada Anwar.

Banyak proses undang-undang dan perlembagaan perlu dilalui wok.....

Kenapa bodoh sangat ni wok...

Comments

  1. as salaamu alaikum,

    Seperti juga pada tahun 1998 semasa si anu itu tuduh kerajaan bagi dia arsenik, tapi setelah diperiksa penyiasat2 dari luar negara, sahih dia menipu.

    Tapi ramai bebudak yang sokong dia sekarang hampeh tak peduli langsung peristiwa itu.

    Macam ni punya orang pun ada hati nak jadi PM... entah lah...standard dah menurun sangat kot.

    ReplyDelete
  2. 1) Malaysian, termasuklah saya, tak tahu dan tak pernah terfikir pasal bende ni pun.
    2) Ramai betol melatah nak tengok kerajaan baru Anwar.

    Bijak.. tapi kurang.

    ReplyDelete
  3. Yalah wok ,nasib baik wok ada,kalau tidak tak ada sorang menteri boleh jawab macam ni sokmo on the defensive side,pikir lah jawaban yang macam ni bagi penerangan pada orang kampung kerana orang kampung tak baca blog wok,hai kenapalah menteri penerangan kita tak nak jawab macam ni wok.
    Lepas tu Gerakkan, kalah semua kerusi diPinang,konon nak jadi bombah(fire brigade)sudahlah kosukun,parti dia kalah teruk nak ugut orang sana orang sini,biasalah wok.
    Kalau anjing kalah bertarung biasanya dia akan gigit semua benda sehinggakan ekor dia pun tak sedar digigitnya,lepas eteh kita kita [pun duduk diam juga tak bedencit,konon kena jaga hati komponen yang telah rabak pegidah.

    ReplyDelete
  4. Tuan DSN, ini seme berpunca dari meluat tahap gaban rakyat pd karenah Be End, sbb tu pemimpin haprak lg hampureh mcm nuar berahi ni pun bole naik. Kena obah dah cara Be End ni, masih belum terlewat, life span bole extended kalau ada semangat & azam dr semua parti komponen...

    ReplyDelete
  5. Bro Zahar, Sir Taek Koon, Jenggo dan Porah (PR),

    Mungkin ramai Menteri dan pemikir politik yg tahu perkara undang-undang especially Constitutional Law tetapi mereka lebih rela lari ke Taiwan dari menghadapi realiti undang-undang dan juga politik. Kalau apa-apa terjadi kepada MPs yang pergi ke Taiwan itu, mereka "mati katak" saja sebab Malaysia dgn Taiwan TIADA DIPLOMATIC ties dan tiada perjanjian REPATRIATION! Apa punya bebal MPs kita ke Taiwan itu pun saya tak tahu!

    ReplyDelete
  6. Lagi satu contoh MP kita ni buta huruf atau buta tuli,mati katak ok jugak,selalu orang guna phrase tu,tapi kalau mati tahi kucing lagila ampuras.
    Lagi satu wok kenapa dia baru ni nak belajar fasal agriculture,kalau baru ni nak belajar tak payah lah dah terlambat.masa muda dulu tak nak belajar,ini baru sibuk nak pi taiwan,tengok ayam bertelur 2 kali dalam masa sehari lah tu,takde kerja lain,
    Kat UPM serdang tak ade ke teknologi nak biak lembu,ikan arowana dan lain2.
    Elok lah belajar cara nak jaga umno dan pengundi di kawasan,lagi baik.hantam sajalah labu.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir