Macam mana orang boleh percaya kepada AnWar Ibrahim? Pelik sungguh! Bila dia cakap akan jadi PM pada 916 ada yang mati-mati percaya. Dia perlukan 30 ahli BN untuk lompat masuk dalam PR.
Kalau 30 ahli BN lompat ke PR, AnWar terus jadi PM ke? Ingat ini lari berganti-ganti 4x100 meter ke? Kalau pun 30 malaun tu lompat pun, PM masih lagi Pak Lah. PM kepada minority government. Walaupun PR buat undi tak percaya dan PM minority government itu kalah, Anwar bukan PM lagi. Pak Lah sebagai PM yang kalah di Parlimen melalui undi tidak percaya, mesti mengadap Agong untuk Agung mengistiharkan pembubaran Parlimen. Parlimen bubar disusuli dengan Pilihanraya i.e a snap election.
Dah tu datang mana Anwar jadi PM pada 916 nya? Pilihanraya semula belum tentu Anwar menang macam sekarang. Yang lompat dari BN ke PR tu belum tentu menang kalau bertanding semula.
Apa yang Anwar canangkan seolah-olah satu coup d’état akan berlaku pada 916, satu rampasan kuasa akan berlaku. Kalau pun BN tidak lagi majority di Parlimen, jawatan PM bukan boleh terus serah begitu saja kepada Anwar.
Banyak proses undang-undang dan perlembagaan perlu dilalui wok.....
Kenapa bodoh sangat ni wok...
as salaamu alaikum,
ReplyDeleteSeperti juga pada tahun 1998 semasa si anu itu tuduh kerajaan bagi dia arsenik, tapi setelah diperiksa penyiasat2 dari luar negara, sahih dia menipu.
Tapi ramai bebudak yang sokong dia sekarang hampeh tak peduli langsung peristiwa itu.
Macam ni punya orang pun ada hati nak jadi PM... entah lah...standard dah menurun sangat kot.
1) Malaysian, termasuklah saya, tak tahu dan tak pernah terfikir pasal bende ni pun.
ReplyDelete2) Ramai betol melatah nak tengok kerajaan baru Anwar.
Bijak.. tapi kurang.
Yalah wok ,nasib baik wok ada,kalau tidak tak ada sorang menteri boleh jawab macam ni sokmo on the defensive side,pikir lah jawaban yang macam ni bagi penerangan pada orang kampung kerana orang kampung tak baca blog wok,hai kenapalah menteri penerangan kita tak nak jawab macam ni wok.
ReplyDeleteLepas tu Gerakkan, kalah semua kerusi diPinang,konon nak jadi bombah(fire brigade)sudahlah kosukun,parti dia kalah teruk nak ugut orang sana orang sini,biasalah wok.
Kalau anjing kalah bertarung biasanya dia akan gigit semua benda sehinggakan ekor dia pun tak sedar digigitnya,lepas eteh kita kita [pun duduk diam juga tak bedencit,konon kena jaga hati komponen yang telah rabak pegidah.
Tuan DSN, ini seme berpunca dari meluat tahap gaban rakyat pd karenah Be End, sbb tu pemimpin haprak lg hampureh mcm nuar berahi ni pun bole naik. Kena obah dah cara Be End ni, masih belum terlewat, life span bole extended kalau ada semangat & azam dr semua parti komponen...
ReplyDeleteBro Zahar, Sir Taek Koon, Jenggo dan Porah (PR),
ReplyDeleteMungkin ramai Menteri dan pemikir politik yg tahu perkara undang-undang especially Constitutional Law tetapi mereka lebih rela lari ke Taiwan dari menghadapi realiti undang-undang dan juga politik. Kalau apa-apa terjadi kepada MPs yang pergi ke Taiwan itu, mereka "mati katak" saja sebab Malaysia dgn Taiwan TIADA DIPLOMATIC ties dan tiada perjanjian REPATRIATION! Apa punya bebal MPs kita ke Taiwan itu pun saya tak tahu!
Lagi satu contoh MP kita ni buta huruf atau buta tuli,mati katak ok jugak,selalu orang guna phrase tu,tapi kalau mati tahi kucing lagila ampuras.
ReplyDeleteLagi satu wok kenapa dia baru ni nak belajar fasal agriculture,kalau baru ni nak belajar tak payah lah dah terlambat.masa muda dulu tak nak belajar,ini baru sibuk nak pi taiwan,tengok ayam bertelur 2 kali dalam masa sehari lah tu,takde kerja lain,
Kat UPM serdang tak ade ke teknologi nak biak lembu,ikan arowana dan lain2.
Elok lah belajar cara nak jaga umno dan pengundi di kawasan,lagi baik.hantam sajalah labu.