Skip to main content

The proof of the pudding is in the eating.

YAB PM semasa ucapannya di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 menyebut tentang "The proof of the pudding is in the eating" atau kalau hendak diringkaskan "the proof of the pudding" sahaja. 
Secara ringkas dan mudahnya, ia membawa maksud sesuatu perkara itu hanya boleh diketahui bagus atau sebaliknya hanya selepas dicuba. Kalau makanan itu sedap, hanya diketahui kesedapannya selepas dimakan.

Kalau diambil pula intisari lain ucapan PM itu, beliau juga menyebut tentang "winnable candidate" Apa agaknya kaitan winnable candidate dengan "the proof of the pudding"? 

Winnable candidate ini adalah istilah baru atau mechanism baru yang akan digunakan oleh BN dalam memilih calon dalam PRU 13 nanti. Keberkesanannya belum diuji. Maknanya belum boleh guna test "the proof of the pudding" sebab pudding itu belum lagi dimakan. 

Apa yang boleh diambil sebagai kayu pengukur ialah samada wannabe candidates yang sedang menonjolkan diri itu boleh menjadi winnable candidates. Setakat wannabe, ramai yang mahu. Malah itu lah aspirasi seseorang yang menceburkan diri dalam bidang politik baik dalam apa parti sekali pun. Kalau bukan wannabe untuk diri sendiri, dia hendak naikkan orang yang disokongnya untuk menjadi candidate. 

Kalau sudah jadi candidate, dia nak jadi winnable. Bila sudah menang, pastinya dia memasang angan-angan dan cita-cita untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan. Dari jadi YB biasa, dia hendak jadi Exco kalau  ADUN, jadi Menteri atau paling tidaknya Timbalan Menteri kalau Ahli Parlimen.

Yang sekarang ini sudah pun YB, dia mahu dilihat atau dikategorikan sebagai winnable candidate supaya dapat bertanding lagi. Malah dia juga mahu dilihat sebagai winnable candidate pula untuk jawatan yang lebih tinggi. Kalau sekarang sudah YB tapi tidak winnable untuk PRU13 adalah sesuatu yang amat mendukacitakan kepada dirinya, isterinya dan konco-konconya.

Namun, pimpinan tertingggi parti mesti peka dengan scenario adanya golongan untuk sengaja menjadikan musuh politiknya tidak winnable. Sengaja direka-reka cerita supaya musuhnya dapat disingkirkan. Apa juga perkara yang pada pandangannya boleh menyebabkan lawannya itu tidak winnable akan direka. Segala tektik dan teknik akan dibuat. Yang pastinya dia tidak mahu orang lain winnable selain dari dirinya sendiri.

Ada juga yang akan merancang supaya orang lain jatuh dan dia mahu ambil alih tempat. Yang baling batu sembunyi tangan, yang pasang lukah di hulu sungai, malah yang ambil tindakan menuba pun akan ada. 

Golongan ini lah perlu dibimbangi. Mereka bukan berjuang untuk memenangi pilihanraya tetapi mahu mereka sahaja menang dan biarkan orang lain kalah. Lagi kurang yang menang, mereka rasakan mereka lah yang paling diperlukan. 

Gulungan ini lah yang sebenarnya pengkhianat dan mesti dihapuskan segera. Silap gaya, mereka itu ada duduk disebelah kita, menjadi orang kuat seseorang pemimpin tanpa disedari atau kalau kita sedar pun, kita tidak mahu mempercayainya. 

Kepada Allah kita berserah dan kita memohon perlindungan dari syaitan yang direjam!!!

Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir