Skip to main content

Kuasa Speaker atau Kuasa Dewan Negeri?

Kita sedia maklum kalau Wakil Rakyat tidak hadir persidangan Dewan Negeri secara berturut-turut selama 6 bulan, kerusinya boleh diistiharkan kosong dan pilihanraya semula atau pilihanraya kecil terpaksa diadakan.

Soalannya adakah kuasa mengistiharkan kekosongan itu pada Dewan Negeri atau pada Speaker seorang diri? Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang dengan jelas memperuntukan kuasa itu pada Dewan Negeri dan bukannya pada Speaker secara seorang diri. 


Perkara 24 dan 25 seperti yang dipamirkan diatas dengan jelas menyebut Dewan Negeri dan bukannya Speaker secara bersendirian. Jika peruntukan menentukan kekosongan itu boleh dibuat seorang diri oleh Speaker, pastinya pengubal Undang-Undang Tubuh itu akan menyatakan secara specific seperti yang boleh kita baca pada Perkara 23.

Peruntukan yang sama juga terpakai di Parlimen.
Article number: 52 
52. 
    (1) If a member of either House of Parliament is without the leave of the House absent from 
every sitting of the House for a period of six months the House may declare his seat vacant. 
    (2) A member of either House of Parliament who has been granted leave of absence from the 
sittings of the House of which he is a member shall not, for the duration of such leave, participate 
in any manner in the affairs and business of that House
Article number: 53 
53. 
    (1) If any question arises whether a member of a House of Parliament has become disqualified 
for membership, the decision of that House shall be taken and shall be final: 
Provided that this Article shall not be taken to prevent the practice of the House postponing a 
decision in order to allow for the taking or determination of any proceedings that may affect the 
decision (including proceedings for the removal of the disqualification). 
    (2) Where a member of either House of Parliament becomes disqualified under paragraph (e) of 
Clause (1) of Article 48 or under a federal law made in pursuance of Clause (2) of Article 48, 
Clause (1) shall not apply and he shall cease to be a member of that House, and his seat shall 
become vacant, immediately upon his disqualification taking effect in accordance with Clause (4) 
of Article 48. 
Bagaimanakah Dewan Negeri memutuskan kekosongan akibat ketidakhadiran persidangan selama 6 bulan itu? Pastinya melalui suatu usul yang mesti dikemukakan di masa persidangan Dewan Negeri untuk merujuk Wakil Rakyat itu ke Jawatankuasa Hak & Keistimewaan dengan segala bukti ketidakhadiran dikemukakan dan Wakil Rakyat itu diberi peluang untuk membela diri dan peluang untuk membuktikan bahawa tuduhan tidak hadir itu adalah tidak benar. 

Diatas keputusan dan cadangan oleh Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, barulah boleh diistiharkan kekosongan telah berlaku dan pengistiharan itu dibuat oleh Dewan Negeri yang dipengerusikan oleh Speaker dan keputusan itu adalah MUKTAMAD. Setelah dimuktamadkan, adalah menjadi tanggungjawab Speaker untuk memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengadakan pilihanraya kecil. Tiada lagi rayuan boleh dibuat oleh Wakil Rakyat itu samada kepada SPR ataupun kepada Mahkamah. SPR juga tiada hak untuk mempersoalkan keputusan Dewan Negeri itu atau untuk mengambil keterangan lain dari Wakil Rakyat yang terlibat. Dalam hal itu, SPR hanyalah berkuasa untuk menjalankan pilihanraya dan bukannya mempunyai kuasa untuk menentukan samada telah berlaku kekosongan kerusi atau pun tidak.

Keadaan yang dibincangkan diatas adalah yang berkaitan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang dan peruntukan yang sama bagi Parlimen Malaysia. Keadaan bagi negeri lain mungkin berbeza, mungkin juga sama. 

Comments

  1. dh tahu 6 bulan sakit, berenti je la. makan gaji buta haram..

    ReplyDelete
  2. Sakit atau sihat itu kuasa Allah....

    ReplyDelete
  3. Sdr,

    (1) Peruntukan yang dirujuk oleh sdr merupakan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (bukan Selangor). Adakah ia serupa dengan undang2 di Selangor?

    (2) Sekali ia serupa pun dan pentafsiran sdr diterima, apakah begitu kebencanaan jika, dalam konteks ini, teras ketat undang2 tidak diikuti namun sesungguhnya semangat dan kesungguhan undang2 sedia pasti diikut?

    Salam,

    LJ

    ReplyDelete
  4. Sdr/i LJ,
    Saya tidak merujuk kpd Selangor pun. Saya hanya merujuk kpd undang2 Tubuh Pahang dan Perlembagaan Malaysia. Kalau ia sama di Selangor alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. Sdr Small Talk,

    Mengapa tidak berterus-terang sahaja. Kami semua sedar sepenuhnya maksud, tujuan dan niat sdr. Tambahan pula, kami semua juga sedar sepenuhnya pengujudan, kepincangan dan kecondongan blog ini.

    Jadi kenapa permainan2 ini.

    Salam,

    LJ

    ReplyDelete
  6. LJ,
    Kalau ada Undang2 Tubuh Selangor saya boleh ulas....

    ReplyDelete
  7. Peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 menyatakan:

    " LXIX. Jika seseorang Ahli Dewan tidak hadir tanpa kebenaran Speaker pada tiap-tiap oersidangan Dewan selama tempoh enam bulan, kerusinya hendaklah diisytiharkan kosong oleh Speaker"

    Berdasarkan peruntukkan ini jelas, di negeri Selangor Speaker diberikan kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan akibat daripada ketidak hadiran Ahli Dewan.

    Berkenaan dengan rujukan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan ianya merupakan suatu hujahan undang-undang yg silap. Ketidakhadiran dalam mesyuarat bukanlah satu keistimewaan yg diberikan oleh Perlembagaan kepada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

    Di dalam Erskine May's Treaties on the Law, Privileges, Proceedings and Usage of Parliament (Chapter 5 page 75):

    "parliamentary privileges are peculiar rights enjoyed by a legislative assembly and by its members individually, without which they could not discharge their functions, and which exceed those possessed by other bodies or individuals"

    Berdasarkan kepada takrifan di atas ketidakhadiran ke dalam mesyuarat Dewan bukanlah satu keistimewaan yg dinikmati oleh Ahli Dewan.

    Dalam situasi Selangor, tidak dinyatakan samada di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri atau Peraturan Tetap Mesyuarat tentang rujukan kepada Jawatankuasa atas sebab ketidakhadiran. Tambahan rujukan kepada Jawatankuasa adalah budibicara Dewan dan bukanlah sesuatu yg mandatori. (Rujuk Fan Yew Ting dan Lim Cho Hock)

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir