Skip to main content

Amalan Lazim Perlantikan SUK

Constitution vis-a-vis Constitutional Convention

Bagi yang belajar undang-undang Perlembagaan pastinya familiar dengan apa yang dipanggil sebagai amalan lazim atau Constitutional Convention. Adakalanya sesuatu itu tidak dinyatakan secara bertulis dalam Perlembagaan terutamanya perkara-perkara yang detail. Kalau Perlembagaan itu ditulis secara detail, perlembagaan itu akan menjadi satu dokumen yang amat tebal.

Kini telah timbul mengenai perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri seperti di Negeri Selangor menyatakan bahawa perlantikan itu adalah dibawah bidangkuasa Pesuruhjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia yang hanya memerlukan pekenan dari DYMM Sultan. SPA adalah diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Selangor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan adalah asalnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutuan (Federated Malay States) dan telah termaktub bahawa jawatan-jawatan SUK, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri adalah dilantik oleh SPA atas pekenan DYMM Sultan. Ketiga-tiga pegawai kanan ini adalah juga merupakan Ex-officio members of the Executive Councillors (EXCO) Kerajaan Negeri. Mereka mengangkat sumpah jawatan di hadapan DYMM Sultan. Pada lazimnya pula, mereka mengangkat sumpah kerahsiaan sebagai ahli EXCO di hadapan YAB Menteri Besar sebelum hadir menjalankan tugas sebagai ahli EXCO.

Apabila kita menyebut perkataan "lazimnya" seperti yang disebut diatas, itulah contoh yang paling mudah untuk memahami apa ertinya perkataan Constitutional Convention atau Amalan Lazim atau ada juga diistilahkan sebagai Konvensyen Perlembagaan. Constitutional Convention ini adalah berakar umbi dari amalan kerajaan Westminster British.

Adakah ianya juga amalan lazim bagi perlantikan 3 pegawai kanan kerajaan Negeri dirujuk juga kepada Menteri Besar? Kita perlu terima bahawa itu adalah amalan lazimnya. Menteri Besar selalunya dirujuk serta dimaklumkan mengenai perlantikan atau cadangan perlantikan mereka. Ini adalah perlu kerana pekenan DYMM itu mesti juga diatas nasihat YAB Menteri Besar. DYMM Sultan adalah menjalankan pemerintahannya diatas nasihat Menteri Besar. Perkara ini juga termaktub didalam Undang-undang Tubuh Negeri kecuali beberapa perkara yang dinyatakan dengan jelas bahawa DYMM Sultan mempunyai budibicara mutlak.

Terdapat juga apa yang disebut sebagai Parliamentary Convention yang mana selalu dirujuk apabila menyelesaikan sesuatu perkara yang berkaitan perjalanan parlimen yang tidak termaktub secara jelas dalam mana-mana peraturan atau undang-undang yang tersedia.

Atas hujah yang dikemukakan, saya dapati apa yang berlaku di Selangor tidaklah salah disegi peruntukan Perlembagaannya, tetapi nampaknya amalan lazim yang selama ini terpakai dan digunakan sudah tidak lagi diikuti. Atas hal yang demikian, akan berlakulah keadaan dimana Menteri Besar terpaksa berhadapan dengan ahli EXCO yang tidak disukainya.

Namun demikian, kalau bantahan yang dibuat oleh Menteri Besar itu hanya berdasarkan tanggapan bahawa SUK yang dilantik itu adalah seorang yang tidak sehaluan politik dengan beliau, bantahan Menteri Besar itu adalah tidak berasas kerana selaku SUK, beliau tidak seharusnya ada inclination politik dalam menjalankan tugas. Pegawai kerajaan adalah seharusnya bersikap professional dalam menjalankan tugas. Ketegasan dan integrity menjalankan tugas adakalanya terpaksa membantah kehendak atau keputusan Menteri Besar yang tidak menepati undang-undang yang berkuatkuasa. Mereka sepatutnya menjalankan tugas atas prinsip "Without fear or favour"

Perlu juga diingat bahawa pegawai kerajaan tidak dipilih melalui peti undi Pilihanraya. Menteri Besar boleh bertukar ganti atas keputusan pilihanraya, tetapi tidak pegawai kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...