Tuesday, November 2, 2010

Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu

Perlembagaan Malaysia memberi tafsiran "Orang asli" ertinya orang asli Semenanjung Tanah Melayu dalam perkara 160 dan orang asli itu ditulis dalam huruf kecil. Malah dalam Perlembagaan Malaysia perkataan orang asli hanya ditulis sebanyak 4 kali sahaja.
1. Perkara 8 (5) (2) - mengenai Perlindungan, kesentosaan atau kemajuan orang-orang asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk merezabkan tanah) atau merezabkan bagi orang asli jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam mengikut kadar yang berpatutan.
2. Perkara 45 (2) - mengenai perlantikan senator bagi mewakili kepentingan orang asli.
3. Perkara 160 mengenai tafsiran orang asli yang "ertinya orang asli Semenanjung Tanah Melayu.
4. Jadual Kesembilan - mengenai Senarai Persekutuan untuk menjaga "Kebajikan orang-orang asli.
Apabila kita melayari laman Web Jabatan Hal Ehwal Orang Asli,  JHEOA ini perlu diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri dan bukannya dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. YAB Perdana Menteri selaku Presiden UMNO telah mengumumkan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2010 baru-baru ini bahawa JHEOA akan ditukar menjadi Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Orang Asli juga telah diumumkan sebagai Melayu juga. Kalau mereka diletak di luar bandar, sampai bila mereka akan maju?

Kalau Felda boleh diletakkan dibawah pengawasan Perdana Menteri sepenuhnya, kenapa pula JHEOA tidak boleh? Kalau ada timbalan menteri yang bertanggungjawab atas Felda kenapa pula tidak boleh diberi juga seorang timbalan menteri yang menjaga hal ehwal dan kebajikan orang asli?

Lantiklah Senator yang mewakili orang asli di Dewan Negara itu sebagai Timbalan Menteri dan selaras dengan Perkara 8 (5) (2) Perlembagaan Malaysia, rezabkan jawatan KSU bagi JHEOA itu kepada penjawat awam dari kalangan orang asli yang telah ramai menyertai perkhidmatan awam.
Mereka sahaja yang faham dan tahu apa kehendak orang asli.

Jangan biarkan NGO yang diketuai oleh bukan orang asli memanipulasi orang asli...

Selamat mengundi kepada orang asli di Galas...

1 comment:

  1. Sangat bersetuju dengan Dato'. Sewajarnya orang asli mendapat hak mereka sewajarnya.

    ReplyDelete

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)