Skip to main content

Tuduhan Pembangkang Bajet Pahang Defisit 12 tahun tidak betul!


Pakatan Pembangkang dalam Seminar "Masa Depan Ekonomi Negeri Pahang Dalam Gagasan Pakatan Rakyat" menuduh tanpa usul periksa kononnya Negeri Pahang telah berbelanja secara DEFISIT sejak 10 tahun yang lalu.

Nyata sekali mereka tidak usul periksa kerana sejak tahun 2000, walaupun bajet yang dibentangkan adalah menunjukkan defisit, TETAPI apabila dibuat perkiraan dihujung tahun, hanya tahun 2008 sahaja yang menunjukkan jumlah akhir yang defisit. Jumlahnya pun adalah berkurangan dari jangkaan awal semasa Bajet dibentangkan; iaitu jangkaan adalah RM50.36 juta sedangkan yang SEBENAR adalah hanya RM27.12 juta.

Sila lihat dokumen yang lampirkan dibawah yang telah pun dibentangkan oleh YAB Menteri Besar semasa ucapan pengulunggannya pada Sidang Dewan pada 20hb November 2009. Daripada dokumen ini, untuk tahun 2000 dan 2001, bajet yang dibentang sebagai defisit akhirnya adalah berimbang pada perkiraan SEBENAR dihujung tahun. Untuk tahun 2002, 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007, kiraan SEBENAR adalah SURPLUS! (Sila klik pada dokumen dibawah untuk gambaran lebih jelas dan besar)


Ulasan oleh blog PahangDaily Blogspot yang anda sendiri boleh buat penilaian sewajarnya!

Comments

  1. Thanks DSN for the info. Now the opposition in Pahang back to square one. No issue.

    ReplyDelete
  2. Apa dia boleh buat. Tak ada. Paling senang cari kesalahan orang. Bila tak ada, diada-adakan.

    ReplyDelete
  3. Pembangkang tak pandai.UMNO pandai belaka

    ReplyDelete
  4. Sdr. Azhar, ini bukan soal pandai atau tidak. Ini adalah kebenaran yang boleh diperolehi dan disemak di Pejabat Kewangan Negeri Pahang.
    Salam

    ReplyDelete
  5. Memang pembangkang pandai komen aje..lihat sendiri di negeri jajahan mereka..contoh kelantan..menantu nik aziz sendiri dah kena letak jawatan sebab banyak salah laku..nik aziz pun tak jadi pergi haji sebab isu tajaan hajinya terbongkar..habis mahu cerita banyak lagi si pembangkang ni...piiiiraaah

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i