Skip to main content

Ketidakhadiran di Sidang Parlimen

Kita dikejutkan dengan berita kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Dato' Sri Najib Tun Razak nyaris dikejutkan dengan undi 66-63 iaitu kelebihan 3 undi dalam meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010. Atas andaian bahawa apa yang dilaporkan oleh Malaysian Mirror itu adalah tepat, 18 orang Menteri, 12 Timbalan Menteri dan 40 orang ahli Backbenchers yang tidak hadir mengundi.

Dikalangan Menteri yang tidak hadir.

Timbalan Menteri yang tidak hadir.


Backbenchers yang tidak hadir.

Walaupun apa yang dibincangkan ini akan menjadi akademik sahaja, implikasi jika sekira berlaku kerajaan kalah didalam pengundian, walaupun dengan 1 undi sekalipun, kerajaan sekarang akan dengan secara automatiknya tumbang. Rang Undang-Undang yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang tidak mendapat undi sokongan di Parlimen adalah sama ertinya dengan satu undi tidak percaya kepada kerajaan dan juga terhadapa Perdana Menteri itu sendiri. Kalau keadaan itu berlaku, Perdana Menteri tiada pilihan lain selain dari mengadapa SDP Yang DiPertuan Agong untuk mendapat pekenan baginda untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya semula.

Namun, apa yang berlaku telah berlaku. Rang Undang-Undang Pembekalan 2010 itu telah pun secara sahnya diluluskan oleh Dewan Rakyat. Kita tidak perlu berbincang mengenai "kalau" lagi.

Apa yang harus dibuat oleh Pentadbiran Perdana Menteri ialah supaya perkara sebegini tidak akan berlaku lagi. Barisan Nasional mempunyai kelebihan 58 orang Ahli Dewan Rakyat berbanding Pakatan Rakyat. Lihat carta dibawah:-

Kesemua Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional telah sedia dimaklumkan dengan jadual perjalanan Sidang Dewan Rakyat dan ramai pegawai serta petugas yang menjalankan kerja untuk memberi maklum jika berlaku pindaan kepada jadual asal.
Bercuti atau menghadiri tugasan lain sepatutnya tidak boleh dijadikan alasan. Sebagai Ahli Dewan Rakyat, mereka sepatutnya tahu mana priority dan bukan priority. Bagi Menteri dan Timbalan Menteri sekali pun, mereka harus menjadualkan tugasan supaya tidak bercanggah dengan tugasan di Parlimen kerana ketetapan masa dan tarikh untuk mengundi sesuatu Rang Undang-Undang bukanlah dilaku secara mengejut atau senyap-senyap atau tergempar. Semuanya sudah ditentukan awal-awal lagi. Bagi Backbenchers pula, semua jadual dan aturcara perjalanan Sidang Dewan Rakyat telah dibekalkan selengkapnya semasa Pre-Council sebelum sessi Persidangan dimulakan. Sebagai backbenchers, tiada alasan bagi mereka untuk tidak hadir di Dewan Rakyat kerana program di kawasan masing-masing telah juga diatur supaya tidak bertindihnya tarikh seseorang Ahli Dewan Rakyat itu bersidang di Parlimen. Malah, penangguhan program di kawasan biasanya dibuat kerana pada tarikh dan masa yang sama, Ahli Dewan Rakyat itu berada di Parlimen.

Ramai-ramai yang tertanya-tanya kenapa YB mereka tidak hadir di Parlimen sedangkan mengikut jadualnya YB itu mesti berada Parlimen kerana program yang telah dirancang di kawasan telah pun ditangguhkan.
Apakah alasan yang membolehkan YB tidak hadir di Parlimen untuk satu tugasan yang amat penting itu? Mungkin kematian pada diri sendiri atau kepada ahli keluarga terdekat boleh menjadi alasan. Melangsungkan atau membuat persiapan untuk perkahwinan samada kali pertama apatah lagi kali kedua, tidak sama sekali boleh diterima. Bercuti hujung tahun bukan alasan kerana tugas memastikan negara ada undang-undang untuk membuat perbelanjaan dan tanggungan adalah lebih jauh penting dari bercuti. Mengharapkan YB lain hadir walaupun diri sendiri tidak hadir adalah juga alasan yang tidak langsung boleh diterima. Sudah tiada jawatan dalam kerajaan atau digugurkan dari jawatan yang disandang sebelumnya adalah juga satu alasan yang tidak munasabah. Kalau sememangnya ditugaskan di luar negara sekalipun, dengan kecanggihan sistem pengangkutan dunia sekarang ini, sepatutnya tidak lagi menjadi alasan.
Banyak lagi persoalan yang tidak mampu dijawab oleh mereka-mereka yang dibawah dan di akar umbi. Apabila mereka tidak mendapat jawapan, mulalah memikirkan sesuatu yang lain. Malah ada yang berfikir dan melemparkan andaian bahawa semuanya telah dirancang semata-mata untuk menjatuhkan pimpinan sekarang dengan sedikit atau banyak kerjasama dari pihak pembangkang. Mungkin andaian orang bawahan itu meleset dan tidak berasas. Hakikatnya andaian-andaian begitu telah mula berlegar di "Dewan Rakyat Tidak Rasmi", kedai kopi dan di tempat-tempat perjumpaan awam.
Ada juga yang membuat analisa yang lebih jauh mengatakan Pengerusi BBC tidak berfungsi dan tidak berpengaruh untuk "memerintah" dan memberi arahan kepada Ahli-ahli BBC yang terdiri dari bekas Perdana Menteri, bekas Menteri dan bekas Timbalan Menteri.

Apapun andaian, kesimpulan, tuduhan malah cerita rekaan yang dibuat oleh rakyat dibawah, Ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih melalui pilihanraya, mestilah menjalankan tugas dengan memberi keutamaan kepada kesejahteraan negara dan rakyat. Kepentingan negara mesti mengatasi kepentingan peribadi serta cita-cita politik peribadi!

Comments

  1. Demikianlah, pemimpin hanya mahu dipilih untuk memegang jawatan bukan untuk berkhidmat. Jika YB semuanya berkhidmat dengan telus dan jujur pencapai rakyat dan negara selama ini telah jauh lebih maju. Justru, yb,yb perlu melihat kediri mereka masing2 kerana rakyat semakin benci kepada politiking dan pemimpin2 yang kebanyakkannya hanya mementingkan diri masing2~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  2. pemimpin BN sedar dulu kini dan selamanya kalau letak apa-apa pun mereka pasti menang.

    ReplyDelete
  3. Layak kah mereka mereka itu dilantik jadi pemimpin? kelihatan mereka telah gagal menjalankan tanggungjawab mereka yg telah di amanahkan oleh rakyat. mereka perlu bertanggungjawab atas ketidak hadiran mnereka.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i