Skip to main content

Sebat cara Syariah tidak perlu Pakar !

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 Negeri Pahang melalui Seksyen 125 dan 126 dengan jelasnya telah mengariskan cara untuk melaksanakan hukuman sebat. Siapa kata mesti dilaksanakan oleh Pakar?

Perlaksanaannya secara mudah boleh digariskan seperti berikut :-
  1. Mahkamah atau Kerajaan Negeri menentukan dimana hukuman itu hendak dilaksanakan.
  2. Pesalah mesti diperiksa oleh Doktor Kerajaan tentang tahap kesihatannya untuk menjalani hukuman sebat itu.
  3. Alat untuk digunakan adalah rotan atau ranting kecil pokok yang berukuran panjang tidak lebih dari 1.22 meter (4 kaki) dan tebalnya 1.25 cm (1/4 inci).
  4. Orang yang akan menyebat itu mestilah seorang yang adil dan matang.
  5. Tukang sebat itu mesti gunakan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya lebih dari paras kepala supaya tidak melukakan kulit.
  6. Selepas mengenakan satu sebatan dia hendaklah angkat alat sebatan itu keatas dan tidak menariknya.
  7. Sebatan boleh dikenakan ke seluruh badan kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
  8. Pesalah yang disebat hendaklah berpakaian mengikut Hukum Syarak.
  9. Pesalah lelaki disebat dalam keadaan berdiri dan perempuan secara duduk.
  10. Perempuan yang hamil tidak boleh disebat dan mesti tunggu selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
Tujuan sebatan itu bukan untuk menyakitkan tetapi untuk menjadi pengajaran sahaja.

Dalam kes Kartika Seri Dewi Shukarno yang mendapat liputan meluas ini, di mana suaminya? Kenapa suaminya menghilangkan diri dan hanya anak-anaknya yang ditayangkan meraih simpati!
Kenapa dan apa tujuannya Kartika dan bapanya bertindak serta mencabar sebatan dijalankan segera tanpa mahu merayu ke Mahkamah lebih tinggi? Wallahualam...

Comments

  1. Dihrapkan sesiapa yang berjawatan Menteri Dalam Negeri membaca artikel ini. Kepada setiausaha-setiusaha dan pembantu-pembantu peribadi Menteri berkenaan, sila buat "homework" anda. Jangan jadi Pak Turut dan "Yes Man" sahaja.

    Sudah terang lagi bersuluh, undang-undang merotan di atas tidak sekali-kali akan menyakitkan pesalah seperti merotan secara sivil. Apa yang hendak kecoh-kecoh.

    Betul cakap DSN, mana suami Kartina. Dalam keadaan beginipun tidak nampak muka. Jangan jadi seperti Rohaizat, berkahwin pandai, mengaku tak mahu.

    ReplyDelete
  2. Salam DSN ,

    Penerangan yg begitu padat dan jelas. Jangan ada lagi pemimpin yg berlaku bijak dalam agama tapi hampas.

    ReplyDelete
  3. DSN

    Terimakasih atas rujukan tuan kepada enakmen berkenaan. Saya telah menggunakan pautan ini sebagai bahan rujukan kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui cara perlaksanaan hukum sebat didalam blog saya.

    Harap tuan tidak keberatan...

    ReplyDelete
  4. Ok jelas sekarang (ramai kawan-kawan dari luar Malaysia bertanya akan hal ini.Saya baru nak tanya Dato.Sudah ada entry.Thks!)

    But tak baik kita tuduh Kartika dan bapanya nak mencabar hukuman agar disegerakan dan tidak mahu appeal.I think they may be smarter than all of us or critics of the punishment.Saya lihat sebaliknya.Mereka redho and just want to move on with life.Kalau appeal, lagi panjang prosesnya.

    I feel for Kartika selepas kenyataannya selepas jumpa Mufti Perak : to go with tentuan Ilahi.Pada saya, Kartika telah mendidik kita sebelum hukuman sebat telah bermula (sifat redhonya itu)May God give her further strength!

    ReplyDelete
  5. Faridah,
    Thank you for your visit & comment.

    What I wrote about the father, the husband & Kartika are all privileged information & if you think I had defamed them, you can advise them to sue me. I will be happy to reveal more truth!
    Redho & jahil can sometime be mistaken.
    Salam

    ReplyDelete
  6. Oh really? I also wonder who her drinking partner was (takkan minum sorang2 since drinking is a social thing)Kalau begitu, kenapa tangkap Kartika sorang?Dan sebelum ni takda ke orang Muslim lain (dan lelaki dan mungkin berpangkat besar) yang minum di khalayak ramai? I think isu-isu begini bermain2 juga di kepala orang ramai (read: kepala saya)

    I think it's just NOT about Kartika, is it?

    ReplyDelete
  7. Jgn lah undang2 Allah swt pun nak dibuat senda gurau. Ingat, balasan Allah amatlah pedih kpd yg mempersendakan. Dengar nasihat ahli2 agama. Dengar nasihat mufti. Jgn hanya gunakan hukum akal semata2. Setiap hukum yg ditetapkan Allah, ada hikmah yg tersembunyi. Jgnlah berlagak pandai, ilmu anda hanyalah seumpama satu titik air dilautan.

    Takutlah kpd Allah. Jgnlah setiap perkara, anda politikkan - demi sedikit kuasa yg tidak akan membawa anda kemana2. Untuk setiap Melayu, sedarlah! Perpecahan Melayu yg berlaku sekarang, hanya akan merugikan bangsa Melayu dan agama Islam sahaja. Insaflah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  8. Dato,

    Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Dato secara am seperti dibawah:-

    Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

    Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di

    http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

    Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”

    (http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

    di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots displaying SSS Logo”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini apabila anda telah mempamirkan logo SSS di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap Kempen SSS ini.

    ______________________

    It is our honor to inform you that we will be launching "Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)" portal at

    http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

    Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the "e-patriot" tab

    (http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/).

    We have listed your blog site under the "e-patriot" list (Patriots displaying SSS Logo). We wish to record our utmost appreciation for your support toward SSS campaign by displaying SSS logo at your blog site. Thank you for your continuous support toward the SSS campaign.


    Terima kasih.

    Satu Sekolah Untuk Semua

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.....DSN,

    Penjelasan yang sangat mudah untuk difahami bagi orang yang tak berapa faham antara undang-undang Sivil dan Syariah.

    Terima Kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir