Skip to main content

PPSMI : GMP berjuang untuk martabatkan Bahasa Cina & Tamil juga?


Tun Dr. Mahathir dalam "Speech of the President of UMNO at the 54th UMNO General Assembly @PWTC Thursday, 19th June 2003 yang bertajuk "Future Threats" dalam perenggan 94 & 95 berbunyi seperti di bawah ini :-

"94. Within the country the environment is no less challenging. The efforts to bring together the different communities have not been fully successful. The new generation is divided because they choose to attend different schools according to race.

95. In order to bring the students from the different races together and to make the people and the country more competitive, the Government has introduced the study of English and the teaching of science and mathematics in English. The parents accepts well this move but as usual political parties try to politicise the issue".


Apabila Samad Said melalui GMP dengan sokongan Pakatan Pembangkang dan pejuang bahasa ibunda Cina & India merusuh,berdemonstrasi dan berarak; kerajaan BN telah membuat keputusan membenar dan memartabatkan bahasa Melayu, Cina dan Tamil sebagai bahasa yang digunakan untuk mengajar dan belajar Sains & Matematiks.

Tidakkah kerajaan BN sedar bahawa Bahasa Cina & Tamil adalah bahasa asing di Tanahair ini? Kenapa harus dimartabatkan?
Apakah lebihnya bahasa Cina & Tamil dibanding dengan bahasa Inggeris?

Kenapa tidak dalam BAHASA MELAYU sahaja kalau pun tidak yakin dengan bahasa Inggeris?
KENAPA TIDAK HANYA BAHASA MELAYU YANG DIMARTABATKAN?

Comments

  1. kerana mereka tetap mahukan bahasa ibunda mereka diajar di sekolah. senang shj jwpnnya datuk. mcmana nak capai satu malaysia kalau mcm ni.

    ReplyDelete
  2. Datuk,
    pada saya 1 malaysia mati tanpa kubur..Politikus sama saja pemerintah atau pembangkang, yang penting diri sendiri, soal bangsa dan negara perkara ketiga atau keempat..Bila kita ada pemimpin separuh masak, tidak pernah di uji,inilah jadinya....

    ReplyDelete
  3. Salam Datuk,
    Jika benar GMP mahu memertabatkan bahasa melayu mengapa tidak sambut petisyen Satu Sekolah Untuk Semua dan berarak bagi menekan kerajaan melaksanakannya. Mengapa tidak di wajibkan pelajar mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam ujian lisan dan bertulis bahasa malaysia. Jika setakat menggunakan sahaja dalam matapelajaran dan menghafalnya, belum tentu pengguasaan bahasa malaysia dikalangan rakyat negara ini akan menjadi lebih baik. Tindakan Samad Said, GMP & Kementerian Pendidikan amat mendukacitakan.

    ReplyDelete
  4. Salam Datuk,

    Komen pun pernah dibuat dulu kepada Perdana Menteri apabila beliau mengumumkan blog 1Malaysia beliau telah juga boleh diikuti dengan bahasa "Chinese" selain dari Inggeris dan Bahasa Malaysia.

    Lalu selepas itu, adalah komen-komen lain yang menuntut supaya diadakan juga 1Malaysia itu dalam bahasa Tamil.

    Kadang-kadang saya rasa peruntukan Perlembagaan Persekutuan bersabit dengan penggunaan Bahasa Kebangsaan ini hanyalah sekadar hiasan.

    "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"

    NJ

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...