Skip to main content

LKY, Singlish & Kiasu

Menerima dan menyambut tetamu dari luar negara bukanlah satu perkara yang dilakukan tiap-tiap hari; baik bagi yang bertugas di Pusat apatah lagi di Negeri.

Namun bagi anggota pentadbiran Malaysia, tugas itu biasanya disusun rapi kerana adat dan budaya Malaysia amat mengutamakan tetamu. Apabila tetamu yang disambut itu adalah pembesar negara, persiapannya adalah lebih rapi.

Kehadiran Menteri Mentor Singapore Mr Lee Kuan Yew ke Pahang pada 14 dan 15hb Jun 2009 yang lalu banyak membawa kenangan. Lee Kuan Yew bukan calang-calang pemimpin. Beliau telah membangunkan Singapore yang hanya sebesar daerah Cameron Highlands menjadi sebuah negara yang maju di rantau ini.

Apa yang dibincangkan oleh Lee Kuan Yew dengan YAB Menteri Besar Pahang secara tertutup adalah sesuatu yang “privilege” dan sebagai anggota pentadbiran yang professional, tidak mungkin akan tercatat disini.

Tingkahlaku dan kerenah “entourage” Singapore sebenarnya yang ingin diceritakan.

Lee Kuan Yew hadir bersama dengan beberapa Menteri Singapore; seorang berbangsa Melayu dan seorang lagi India. Yang lainnya semuanya berbangsa Cina. Bodyguards dan pegawai semuanya Cina.

Sebagaimana lazimnya, semua tetamu kerajaan Pahang, tempat penginapan bagi mereka adalah di Hyatt Kuantan Regency Hotel, iaitu satu-satunya hotel 5 bintang yang ada di Kuantan. Pertemuan rasmi juga biasanya diatur disana untuk kemudahan pergerakan. Tambahan pula pejabat pentadbiran kerajaan iaitu Wisma Sri Pahang yang telah lama usang; tiada kemudahan dan ruang yang cukup untuk menerima tetamu dengan selesa. Bangunan yang gah bukan keutamaan kerajaan Pahang.

Sebagai tuanrumah, Pahang sentiasa menyediakan yang terbaik. Pegawai dari Unit Protokol sentiasa melakukan yang terbaik.

Semasa pertemuan rasmi YAB Menteri Besar serta anggota pentadbiran kerajaan negeri dengan rombongan Lee Kuan Yew, kerenah pegawai-pegawai dari Singapore memang sebagai yang diduga. Mereka cuba mengambil alih tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh pegawai-pegawai dari Pahang. Mereka yang membuat kawalan siapa yang boleh menghampiri Lee Kuan Yew dan siapa yang yang boleh masuk ke dalam bilik tempat pertemuan; sehinggalah kesabaran sampai ke batasnya dan saya terpaksa mencampurinya dengan membuat “takeover” daripada mereka pula. Mereka hanya mahu pegawai dari Singapore sahaja yang berada dalam bilik pertemuan secara tertutup itu dan semua yang lain perlu keluar. Saya hanya gunakan kata-kata “You stay I’ll stay, you jump I’ll jump” dalam nada yang amat serious kepada pegawai Cina dari Singapore itu dan beliau mengalah. Maka tinggallah saya dengan seorang pegawai Cina itu didalam bilik pertemuan yang tertutup itu.

Bahasa yang digunakan semasa pertemuan itu adalah English dan kelebihan YAB Menteri Besar Pahang berbahasa Inggeris dengan fasih dan lancar mengkagumkan Lee Kuan Yew dan rombongan. Sebelum menjadi wakil rakyat, YAB Dato’ Sri Adnan adalah guru mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Kekurangan bahasa Inggeris itu lah yang kalahnya bagi pegawai-pegawai kita. Sehinggakan ada pegawai Singapore yang kedengaran mengatakan kepada salah seorang Ahli Exco Pahang “Do you know who I am?”. Apabila saya dapati pegawai itu hanyalah Press Secretary, lantas saya pergi kepadanya dan bertanya pula kepadanya “Do you know who I am?”. As expected, pegawai itu tidak akan menjawab; tetapi dibenak kepalanya akan terfikir siapakah saya ini yang lebih “kiasu” dari mereka? Si kiasu dari Pahang ini berani mengeluarkan semua pegawai Singapore dari bilik pertemuan; dan pastinya mereka juga telah tahu!

Diakui oleh Lee Kuan Yew, titik penyatuan yang beliau gunakan untuk membangunkan Singapore adalah English. Walaupun English mereka lebih kepada Singlish, tapi ia menyatukan mereka. Ditambah pula dengan sikap kiasu mereka, mereka mengakui mereka telah maju.

Walaupun pegawai-pegawai mereka berbangsa Cina, mereka berbahasa Singlish sesama mereka dan bukannya bahasa Mandarin. Bila kita bertutur dengan mereka menggunakan perfect English, adalah sedikit hormat kepada kita; kalau tidak mereka hanya pandang sebelah mata.

Dari pengalaman ini, saya bertambah yakin, langkah kerajaan untuk memantapkan English adalah sesuatu yang berpandangan jauh. Saya juga bertambah yakin memperjuangkan Satu Sekolah Untuk Semua!

Comments

  1. Salam DSN

    When Tun M declined to meet LKY, is he kiasu to Singaporeans too? Yes, he is... but his kiasu is of substance. Therefore, ask ourselves... which is better? To be kiasu or to be kan chiong?

    I will agree in total with Fauziah (as in your FB), they are seen to be kiasu... but actually its about survival... What are we Malaysians made of as at today? We badmouthed each other, we undermined ourselves, we distrust each other, we are merely spoon fed most times... what more? .......... so?

    Lets mull for once, what takes Singaporeans to be kiasu and Malaysians to be Kan Chiong... n its not funny!

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...