Skip to main content

Tak setuju satu sen pun dengan Ahmad Maslan!

Kalau betul lah ini yang dicakapkan oleh Ahmad Maslan, saya satu sen pun tidak setuju!

">>>KUALA TERENGGANU, 15 Mei Lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno di seluruh negara gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan. Beliau berkata ramai yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana tidak dimaklumkan tentang tugas sebenar mereka sebagai anggota jentera penerangan parti. Katanya terdapat 20,000 anggota jentera penerangan di peringkat cawangan parti, tidak termasuk 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri di peringkat itu. "Jumlah mereka ramai tetapi ramai yang tidak tahu tugas dan tidak tahu apa yang hendak dibuat," katanya kepada pemberita pada perjumpaan dengan jawatankuasa penerangan Umno Terenggani di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. Ahmad, yang baru dilantik ke jawatan itu pada selepas perhimpunan agung Umno pada Mac lepas, berkata beliau berazam untuk mengaktifkan kesemua jentera yang ada menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti. "Jika semua jentera penerangan itu digerakkan, ia mampu memberi impak baik kepada Umno dan Barisan Nasional kerana dengan cara itu rakyat akan lebih faham tentang isu-isu semasa," katanya. Ahmad berkata anggota jentera penerangan yang dikenal pasti akan dilatih sebagai penceramah dan diberi penerangan tentang isu-isu semasa supaya mereka dapat menjalankan peranan di peringkat akar umbi. Katanya beliau menyasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 50 penceramah di setiap negeri<<<".
(petikan dari laporan
BERNAMA)

  1. "gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka"

    Adalah tidak adil bagi Ahmad Maslan mengatakan mereka tidak faham tanggungjawab yang diamanahkan. Semua ahli parti tahu apa itu tugas penerangan. Jangan sekali-kali Ahmad Maslan memperkecilkan kebolehan mereka. Walaupun mereka dari cawangan UMNO di kampong perdalaman sekali pun, mereka tahu apa itu tugas penerangan. Soalnya apakah yang hendak mereka terangkan dan terangkan kepada siapa? Adakah mereka hanya perlu terangkan kepada ahli parti atau kepada semua penduduk dan masyarakat di tempat mereka? Ambil contoh satu cawangan yang ada 150 orang ahli. Sebagai ketua penerangan cawangan itu, adakah penerangan hanya perlu dibuat kepada 150 itu? Bukankah ahli yang 150 itu juga mendapat penerangan atau pemahaman mereka dari sumber-sumber yang lain? Sekarang ini berbagai-bagai sumber yang boleh didapati. TV, radio, suratkhabar, internet dan lain-lain dan tidak ketinggalan sms. Adakah ahli yang 150 itu akan menerima penerangan dari ketua penerangan cawangan itu atau dari sumber lain yang disebut diatas? Adakah itu bererti dia gagal? Ini bukan zaman 60an atau 70an dimana sumber penerangan pada zaman itu adalah corong speaker dari Land Rover Jabatan Penerangan lagi. Ini zaman informasi dan maklumat yang boleh diperolehi dengan petikan jari sahaja!

  2. "Ahmad berkata anggota jentera penerangan yang dikenal pasti akan dilatih sebagai penceramah dan diberi penerangan tentang isu-isu semasa supaya mereka dapat menjalankan peranan di peringkat akar umbi. Katanya beliau menyasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 50 penceramah di setiap negeri"

    Kenapa perlu balik kepada system penceramah? Siapa yang mahu dengar ceramah sekarang ini? Kalau hanya setakat berceramah sesama UMNO, hentikan lah! Setakat syok sendiri. Kita perlu kaji berapa ramai kah ahli UMNO yang mahu dengar ceramah itu? Mesyuarat Cawangan pun tidak ramai yang datang ini pula untuk datang dengar ceramah? Berapa kali perlu ceramah itu dibuat kerana kalau mahu terang isu semasa pun isu itu boleh dikatakan ada tiap-tiap hari! Adakah penceramah itu perlu ceramah tiap-tiap hari dan malam?Kenapa masih mahu balik guna sistem yang dah lapok? Mahu ikut sistem Seranta atau JASA? Sudah terbukti sistem itu gagal PRU 12 dahulu dan tinggalkan lah! Ini zaman ICT wahai saudara Ahmad Maslan! Takut nanti penceramah yang dilantik itu disoaljawab oleh anak muda yang baca dalam internet isu yang diterangkan itu sama sekali salah, apa akan jadi? Backfire Saudara Ahmad Maslan!

Ini cadangan saya (inter alia):

  1. Engage in the NEW MEDIA! Gunakan kemudahan ICT yang ada. Buat penerangan melalui internet, blog, facebook dan lain-lain. Salurkan maklumat guna sms dan lain-lain dan maklumkan sumbernya dari mana. Kalau dari Ketua Penerangan UMNO Malaysia, nyatakan disitu. Apa yang berlaku di Ibu Pejabat UMNO Malaysia sampaikan secara direct dan real time kepada semua ahli UMNO. Bukankah semua ahli UMNO boleh guna sms sekarang ini? Sms itu secara ringkas dan susuli dengan laman web atau blog dari Ibu Pejabat yang boleh dilayari dengan senang. Laman web UMNO perlu dikemaskini dan dipertingkat kepantasannya. Cut the crap about adakan lagu dan add-ons sebelum boleh baca laman web atau blog itu.
  2. Buat buletin dan risalah yang pendek. Ingatlah dibawah sana bukan mahu baca yang panjang berbunga. Short and sharp; precise and concise!
  3. Keluarkan cd vcd dan apa rimau gajahnya lagi yang senang ditonton melalui computer atau monitor TV di pejabat UMNO atau di rumah. Cut the crap about menonjolkan muka yang tiada kena mengena dengan isu yang hendak disampaikan! Faham maksud saya? Maksudnya tak perlu lah muka kamu dalam setiap cd vcd dan apa juga rimau gajahnya...faham dah?

Banyak lagi yang saya boleh cadangkan tetapi Ahmad Maslan sebagai KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA fikirlah juga. Kalau saya yang fikir semua, apa kerja Ahmad Maslan?

Comments

  1. I like the picture. Gambar siapa tu?

    ReplyDelete
  2. gambar Kera Jantan kot..

    saya sokong tulisan saudara. Kesian Ahmad Maslan, agaknya 14 hari 14 malam dok pikir apa idea nak cakap. Tak cakap nanti orang tak nampak dia buat kerja. Tapi bila dah cakap jadi sampah rupanya.

    Kepada Ahmad Maslan, ketua bukan sekadar bercakap tetapi melaksanakan. Fahamilah betul-betul tulisan di atas. Idea anda tak layak disiarkan malah orang macam anda tak jadi menteri pun kami tak rugi, UNTUNG ADA.

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Dont get over excited with his statement... I supposed in this issue, first he is identifying the problem with facts
    and ring the alert bell to UMNO... unless UMNO knew it earlier but resent to take action, I rest my case.

    But to create orators? I agree SmallTalk that even me would just pass by any UMNO's talk...
    its too predicted and too monotonous...

    By right, UMNO should be alert at all costs and minutes and always be 'AHEAD' of everyone on current issues... get your points right, ask questions and disseminate infos... Avoid gossips

    IT savvy, how many UMNO leaders actually realised that they are now living in the 21st century? So, wake up!

    Engage prominent bloggers (I wont name them)... simply bcoz they know how to write, what to write, when to write. Further, they have loyal followers...

    My last suggestion is, those need to be done YESTERDAY!

    ReplyDelete
  4. Salam DSN...DS Najibdah pikiaq abih-abih ka bila nak melantik si Ahmad Maslan ni...DSN komen amat tepat sekali..never look back!.Mainstream dok ada la ni dah kureng efektif..guna media paling canggih la...BN control the media..let make use of it!! guna penceramah..ha ha ha ha lawak! Kerajaan abih berbillion dengan PPSMI..untuk apa?? ni la cagha anak-anak nak berceramah kat mak pak dia..TAPI PPSMI pulak pincang...bagi komputer kat sekolah tu tepat dah...Ajaq Ahmad maslan sikit DSN..DSN pun semacam jugak..jangan lokek ilmu untuk UMNO..

    ReplyDelete
  5. Salam Dato',

    Saya setuju dgn tulisan Dato', in addition I think the monkey is cute..heheh

    ReplyDelete
  6. Ida, monkey tu saya guna ambil upah turunkan kelapa kat kampong...kita panggil dia Lan

    ReplyDelete
  7. Salam Dato' Sam,

    "ENGAGE THE NEW MEDIA"

    Tulah yang depa a few steps behind compared to PAKATAN info personnels.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  8. Cara Ahmad Maslan cara nak penaikan imej Umno kena tidor kat rumah orang, maka elok 60ribu orang Ketua Penerangan UMNO dikerahkan tidor rumah orang... hehehe

    ReplyDelete
  9. susah benar saya nak carik laman web umno negeri dan bahagian, cawangan tak payah cerita.
    selain orang felda banyak lagi kampung-kampung yang perlu dilawati.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...