Mas selamat dalam dakapan Isa. Biarlah apa orang hendak kata. Mas Selamat lebih selamat kalau ditahan dibawah ISA Malaysia daripada ISA Singapura.
Ramai tahanan ISA bila dibebaskan keluar jadi orang hebat-hebat belaka. Ada yang jadi Menteri, Menteri Besar dan juga Ketua Segala Pembangkang. Malah ada yang keluar dari tahanan itu masih tidak henti-henti dengan perangai buruk mereka. Ada yang bebas lara hingga dikhabarkan telah pun sampai ke Australia.
Bila telah keluar masih bebas bersuara. Ada yang mahu tukar siapakah itu Bumiputera. Ada yang tiada sedikit nampak remorse pun!
Biar lah Mas selamat didakap oleh Isa kita!
haha..dalam dakapan ISA pun boleh jadi YB kan?
ReplyDeleteDear DSN,
ReplyDeleteTak ada pulak puak yang selalu bising-bising pasal ISA ni bila Mas Selamat masuk. Kerana mereka tahu apa yang Mas Selamat mampu lakukan sekiranya beliau dibiarkan bebas di KLCC atau Putrajaya. Bukankah ISA itu ada kebaikannya?