Skip to main content

Kalau Ikut Akal Budak

Terbaca satu blog yang ditulis oleh seorang yang lahir pada 22hb September 1987. Beliau baru berumur 21 tahun lebih sedikit. Itu pun kalau beliau menyatakan tarikh lahirnya dengan betul. Namun tulisannya amat bagus dan pendapatnya amat bernas.

Dalam blognya itu, beliau yang memberikan nama blognya WBHIM , mengkritik Ahmad Maslan yang baru dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Nampaknya Ahmad Maslan ini, kalau betul lah sebagaimana digambarkan oleh WBHIM, perlulah ubah sikap. Mungkin WBHIM yang baru 21 tahun umurnya lebih matang dari Ahmad Maslan yang sudah pun 43 tahun.

Kalau ramai lagi WBHIM yang pastinya akan jadi pengundi di PRU 13 nanti, sukar bagi BN untuk terus kekal memerintah terutamanya ditempat-tempat yang Ahmad Maslan akan menjelajah dan memberi ucapan dan buka "mulut jahat"nya seperti yang ditulis oleh WBHIM.

Apakah PPSMSS, 121, KBSM, MB, MC, ME, MM dll yang akan di rhetorikkan oleh Ahmad Maslan semuanya akan mengelirukan? Apakah makna penerangan kalau penerangan itu mengelirukan? P. Ramlee pernah kata kepada Ibrahim Pendek dalam filem "Cakap biar terang" Adakah kita mahu ikut macam Indonesia? Semua perkataan hendak dipendekkan sahaja? Apa begitu "sitkon" nya Pak Ahmad Maslan?

Orang tua-tua kata jangan ikut perangai budak, tapi nampaknya budak WBHIM Dr. Sid ini boleh dipakai. Jangan pula Ahmad Maslan nanti lupa cerita Todak Melanggar Singapura. Jangan dihukum bunuh pula budak ini!

Mungkin Ahmad Maslan lebih budak dari WBHIM Dr. Sid...

Another interesting read here!

Comments

  1. kalau ketua penerangan macam ni, aku rasa bungkuih umno

    ReplyDelete
  2. Hi Dato',
    Saya kira ada sejarah ngan saudara WBHIM pernah kira 'bertempur' sedikit dengannya ekoran posting posting anti Khairy yang terpapar diblognya tu. Tetapi, saya kira setujulah dengan pendapat Dato' dalam hal ni. UMNO kenalah bercakap dengan terus terang. Pada hemat saya, masalah jentera penerangan UMNO ni kerana kredibiliti kerajaan. Kerajaan tidak kredible menangani gejala pecah amanah dan lebih menumpukan perhatiaan menangkap remaja yang mencuri motor dari ahli BN sendiri yang melakukan pecah amanah yang bernilai beribu ribu juta ringgit. Maka, walau macamana kita cuba berhujah, orang ramai masih mempunyai prasangka yang amat buruk terhadap UMNO dan kerajaan.

    Meskipun sedemikian, kita kiralah berterima kasih kerana terdapat pemimpin seperti Dato Seri Adnan Yaakob yang terkenal ngan semangat keserdehanaannya. Sebenarnya bukan banyak wakil BN/UMNO yang begitu dajal. Kira ramai daripada mereka seperti Tengku Azlan, Khairy dan Tengku Razaleigh kuat bertemu dengan rakyat setempat dan telah menjalin perhubungan yang baik dengan masyarakat setempat. Tetapi, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    ReplyDelete
  3. Brother Wenger,
    Terima kasih kerana sudi buat komen dalam blog saya.
    Pandangan saya elok kita jangan bertempur maya sesama kita. Elok kita cari jalan bagaimana hendak menyatupadukan sesama Melayu. Hanya perpaduan Melayu yang saya nampak boleh menyelamatkan masa depan Melayu dan Malaysia

    ReplyDelete
  4. Datuk,
    Ada 2 perkara yang perlu Ketua Penerangan semua parti politik jelas iaitu:-
    1. Realiti politik : Kita sudah melepasi akal lokal atau glokal, memasuki era politik baru. Antara ciri utamanya ialah menolak konsep perkauman (kaji tanda-tandanya iaitu global, borderless, multinasional, FTA)
    2. Politikus yang bijak tidak selamanya akan berfahaman bahawa politik itu tu 'kotor'
    'pragmatik dan licik' dan perlu diraikan kekotoran itu - dan patut menolak nilai ilmu(hikmah), nilai kesalingan, ketelusan dan menghargai kemanusian.
    (Semua ini hanya ada dalam kamus akademik dan ahli politik tidak perlukannya -pegangan politikus di luar realiti)

    Berdasarkan 2 hujah di atas perlu difahami bahawa Generasi Y kini sudah mampu meraikan 'kebijaksanaan' dan mengenepikan kekotoran itu! Sebab itulah generasi muda yang bijak(di mana2 pun) tidak akan menyokong 'politik lama' yang masih kotor itu. Sekian.
    Ketua Penerangan UMNO itu apa paksi akalnya?

    ReplyDelete
  5. Dato, well said. Saya tak nak komen lanjut. Sekadar nak kata, SETUJU!

    ReplyDelete
  6. Sdr Nobisha,
    Saya pun lihat Sdr menyebut perkara yg sama dalam blog sdr. Harap2 ianya akan dibaca oleh Sdr Ahmad Maslan dia dia mengambil perhatian dan tindakan. Dia perlu faham kita buat posting ini kerana sayangkan UMNO....Salam

    ReplyDelete
  7. Sebagai ketua penerangan , jangan hanya pandai meniup wisel dengan nada sumbang dan nyaring yang menyakitkan teliga. Kena juga belajar meniup sekshepon yang ada irama dan boleh mengiringi lagu. Meskipun baru memegang jawatan, elok di perhatikan untuk 'do the thing right at the 1st time and will be right at all the time'
    mohon mencadang !!!

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir