Saturday, May 30, 2009

Fikir dulu sebelum cakap!

UPDATE : @ 11.28 pm. Ini versi yang di keluarkan oleh BERNAMA. Kalau begitu bagus lah. Kadang-kadang mungkin reporter itu salah dengar! Harap dapat dibaca laporan dari Bernama itu.
------------------------------------------------------------------------------
Kewajipan untuk mengundi di pilihanraya ada lah hak individu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan "Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti" yang dikeluarkan oleh pemimpin parti adalah tidak betul. Itu pun kalau itulah yang betul-betul keluar dari mulutnya. Individu warganegara Malaysia boleh keluar atau tidak keluar mengundi dan jika tidak keluar bukanlah menjadi kesalahan samada jenayah atau sivil. Tetapi bagi seseorang yang melarang orang lain dari menunaikan tanggungjawab untuk mengundi adalah satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya.

Elok kalau pemimpin begini berfikir dahulu sebelum membuat kenyataan.

2 comments:

  1. terlepas ckp kot dia ni.saya ade terbaca dlm utusan statement dia.dok fikir mana bole dia ckp mcm tu.saya ingat saya je yg perasan benda ni.rupa dsn pun perasan.hehe.dia xbelajar consti la datuk.

    ReplyDelete

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)