Skip to main content

Titah DiRaja KDYMM Sultan Pahang, Istiadat Pembukaan Penggal 20hb April 2009



TITAH DIRAJA KDYMM SULTAN PAHANG


SEMPENA ISTIADAT PEMBUKAAN


PERSIDANGAN PERTAMA PENGGAL KEDUA


DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG YANG KE DUA BELAS


(ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL)
PADA 20 APRIL 2009 BERSAMAAN
24 RABI'ULAKHIR 1430H

HARI ISNIN PUKUL 9.00 PAGI

TITAH DIRAJA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTAIN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI'AYATUDDIN AL-MUADZAM SHAH, DKP., DK., DKM., SSAP., SIMP., DMN., DK (PERAK)., DK (JOHOR)., DK (KELANTAN)., DK (TERENGGANU)., DK (PERLIS)., DK (SELANGOR)., QILADAH BADR AL-KUBRA (SAUDI ARABIA)., QILADAH AL-SHEIKH MUBARAK AL-KABIR (KUWAIT)., GRAND ORDER OF THE MUGUNGHWA (SOUTH KOREA)., HON. D. LITT (MALAYA)., LLD. HC. (NORTHROP U.S.A), HON. D. SC. (BEDFORSHIRE, UK) DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG PADA 20HB APRIL 2009 BERSAMAAN 24 RABI'ULAKHIR 1430H HARI ISNIN PUKUL 9.00 PAGI.


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


PENDAHULUAN


BETA BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA DAN IZIN NYA DAPAT BETA HADIR KE ISTIADAT PEMBUKAAN PERSIDANGAN PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG YANG KE DUA BELAS PADA HARI INI.
BETA TERLEBIH DAHULU MEMANJATKAN RASA SYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA ATAS LIMPAH RAHMAT DAN NIKMAT YANG ALLAH TELAH KURNIAKAN KEPADA NEGERI BETA, PAHANG DARUL MAKMUR DAN RAKYAT JELATA SEKALIAN MENJADIKAN NEGERI PAHANG TERUS BERADA DALAM KEADAAN AMAN, MAKMUR DAN SEJAHTERA.



TAHNIAH.
BETA MENGAMBIL PELUANG DALAM DEWAN YANG MULIA INI MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH KEPADA ORANG TUA BETA, YANG AMAT BERHORMAT DATO' SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK ATAS PERLANTIKANNYA SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 3 APRIL 2009 YANG LALU. BETA BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA. BETA BERASA SANGAT GEMBIRA ATAS PERLANTIKAN INI. BETA PERCAYA DENGAN KEBIJAKSANAAN, KETERBUKAAN, PENGALAMAN LUAS, KEWIBAWAAN DAN KESABARAN TINGGI YANG ADA PADA ORANG TUA BETA, ORANG TUA BETA INSYAALLAH MAMPU MEMIKUL TANGGUNGJAWAB YANG BERAT SEBAGAI PERDANA MENTERI BAGI MEMANDU NEGARA MALAYSIA DALAM MENGHADAPI PELBAGAI CABARAN MASA KINI KHUSUSNYA DALAM MENANGANI KEMELUT POLITIK MASA KINI DAN MENGURUSKAN KESAN KEMELESETAN EKONOMI GLOBAL YANG MELANDA DUNIA DAN NEGARA KITA. BETA YAKIN DAN PERCAYA DENGAN PENDEKATAN ORANG TUA BETA MEMBERIKAN PERHATIAN KEPADA SUARA DAN KEHENDAK RAKYAT, INSYAALLAH HASRAT ORANG TUA BETA DALAM TAGLINE ATAU COGAN KATA 'SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN' AKAN TERCAPAI DEMI UNTUK MENJAMIN SEBUAH NEGARA MALAYSIA YANG UTUH DAN MAMPU MENGHADAPI SEGALA CABARAN PADA MASA HADAPAN.



PENGHARGAAN.
BETA MENGUCAPKAN SYABAS KEPADA ORANG TUA BETA YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PAHANG DATO' SRI HAJI ADNAN HAJI YAAKOB YANG MENGENDALIKAN URUSAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI DENGAN IKHLAS DAN TELUS UNTUK MENJAMIN KELANGSUNGAN YANG LICIN DAN LANCAR.
BETA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERHORMAT AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN, YANG BERHORMAT AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI, KESEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN AWAM NEGERI TERMASUK AGENSI KERAJAAN NEGERI, POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) DAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) DI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR YANG BERKHIDMAT DENGAN PENUH JUJUR DAN TANGGUNGJAWAB DEMI UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT DAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR.



SITUASI EKONOMI SEMASA
SEPERTI KITA SEMUA SEDIA MAKLUM, DUNIA SEDANG MENGALAMI KEMELESETAN EKONOMI (ECONOMIC DOWNTURN) AKIBAT KERUNTUHAN SISTEM KEWANGAN AMERIKA SYARIKAT. MALAYSIA TIDAK TERKECUALI DARI MENERIMA KESAN KEGAWATAN EKONOMI GLOBAL INI. PERTUMBUHAN KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) MENGUNCUP, EKSPOT MENURUN, KEMASUKAN PELABURAN ASING DAN SWASTA MEROSOT, DAN PEMBERHENTIAN KERJA DALAM SEKTOR SWASTA DIJANGKA BERLAKU DAN MENINGKAT. HARGA BARANGAN YANG MENDADAK NAIK DAN DISPOSABLE INCOME RAKYAT YANG MENGECIL MENDATANGKAN BEBAN KEPADA RAKYAT. BETA MENYERU SEMUA RAKYAT BETA SUPAYA BERJIMAT CERMAT DAN BERHEMAT DALAM PERBELANJAAN HARIAN DAN BERBELANJA MENGIKUT KEMAMPUAN.



PERTUMBUHAN EKONOMI NEGERI PAHANG JUGA MENURUN. DARI KADAR 5.3 PERATUS PADA TAHUN 2007, IANYA DIJANGKA TURUN KEPADA 1 HINGGA 2 PERATUS SAHAJA PADA TAHUN 2008. KEMASUKAN PELABURAN ASING DAN TEMPATAN DI KAWASAN PERINDUSTRIAN DI PAHANG AKAN BERKURANG, SEMENTARA PEMBERHENTIAN PEKERJA DALAM SEKTOR PEMBUATAN AKAN MENINGKAT.


WALAU APA PUN, KITA JANGAN BERPELUK TUBUH DAN BERPUTUS ASA. BETA YAKIN ADA JALAN DAN IKHTIAR YANG BOLEH DIGUNAPAKAI UNTUK MENGATASI ATAU MENGURANGKAN KESAN KEMELUT EKONOMI INI.


KERAJAAN PERSEKUTUAN TELAH MELULUSKAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PERTAMA SEBANYAK RM 7 BILION PADA BULAN NOVEMBER 2008 DAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA SEBANYAK RM 60 BILION PADA BULAN MAC 2009. KEDUA-DUA PAKEJ INI BERTUJUAN MENGURANGKAN KESAN KRISIS EKONOMI GLOBAL KE ATAS NEGARA.


KERAJAAN BETA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN ATAS PERUNTUKAN YANG DIBERIKAN DI BAWAH KEDUA-DUA PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI INI. DARI PAKEJ PERTAMA, PAHANG DIPERUNTUKKAN SEBANYAK RM256.3 JUTA UNTUK MEMBIAYAI 1270 PROJEK. DARI PAKEJ KEDUA, PAHANG DIPERUNTUKKAN SEBANYAK RM808.4 JUTA UNTUK MEMBIAYAI 119 PROJEK.


PERUNTUKAN DARI DUA PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI INI ADALAH TERSENDIRI, IAITU KEDUA-DUANYA TIDAK TERMASUK PERUNTUKAN PERSEKUTUAN YANG DISALURKAN MELALUI RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (RMK-9). MELALUI RMK-9, UNTUK TAHUN 2009, KERAJAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKKAN SEBANYAK RM1.4 BILION UNTUK MEMBIAYAI 1,612 PROJEK PEMBANGUNAN.


BETA BERPENDAPAT LANGKAH KERAJAAN PERSEKUTUAN MENERUSKAN RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN SEPERTI RMK-9 DAN MEMPERKENALKAN PULA PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI, MERUPAKAN SATU LANGKAH YANG TEPAT UNTUK MEREDAKAN KESAN BURUK KEMELESETAN EKONOMI GLOBAL. BETA YAKIN DENGAN ADANYA PERUNTUKAN UNTUK MELAKSANAKAN KELANGSUNGAN PROJEK PEMBANGUNAN, IANYA AKAN MEWUJUDKAN AKTIVITI EKONOMI YANG BERTERUSAN DAN AKAN MENDATANGKAN KESAN PUTARAN (SPIN-OFF EFFECT), KESAN LIMPAHAN (SPILL-OVER) DAN KESAN PERGANDAAN (MULTIPLIER EFFECT). INI SESUATU YANG BAIK UNTUK NEGARA, NEGERI DAN RAKYAT UNTUK MEMASTIKAN KEGIATAN EKONOMI NEGARA DAN NEGERI TERUS BERJALAN.


KEWANGAN NEGERI


NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR ADALAH NEGERI YANG TERBESAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA. KERAJAAN BETA SECARA BERTERUSAN BERTANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN RANCANGAN PEMBANGUNAN UNTUK RAKYAT BETA. INI MEMERLUKAN PERUNTUKAN KEWANGAN YANG BESAR TERUTAMA SEKALI UNTUK MEWUJUDKAN DAN MENINGKATKAN INFRASTRUKTUR SEPERTI MEMBINA RANGKAIAN JALANRAYA, MENYEDIAKAN BEKALAN AIR DAN BEKALAN ELEKTRIK.


PADA KETIKA YANG SAMA, KERAJAAN BETA MASIH BERGANTUNG KEPADA SUMBER PENDAPATAN TRADISI IAITU DARI TANAH, PERHUTANAN DAN AIR. PENDAPATAN DARI KETIGA-TIGA SUMBER UTAMA INI ADALAH SANGAT TERHAD. SUMBER PENDAPATAN DARI AIR BUKANLAH SESUATU YANG MENGUNTUNGKAN KERAJAAN NEGERI. BAHKAN SETIAP BIL AIR YANG DIBAYAR OLEH RAKYAT BETA, KERAJAAN BETA MENANGGUNG 70 PERATUS DARINYA.


OLEH ITU KERAJAAN BETA TERPAKSA BERGANTUNG KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI MENDAPATKAN SUMBER KEWANGAN SAMA ADA PERUNTUKAN CAPITATION GRANT DAN ROAD GRANT, SEPERTI YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ATAU PERUNTUKAN PEMBANGUNAN YANG DISALURKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN DI BAWAH RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN DAN LAIN-LAIN PERUNTUKAN YANG DISALURKAN DARI MASA KE SEMASA.


KERAJAAN BETA TIDAK DAPAT MENGELAKKAN BELANJAWAN DEFISIT. JIKA KERAJAAN BETA MENSASARKAN BELANJAWAN BERIMBANG, SUDAH PASTI BANYAK PROJEK PEMBANGUNAN UNTUK RAKYAT TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN. APA YANG PENTING IALAH KERAJAAN BETA BOLEH MENGURUSKAN DAN MENGAWAL DENGAN BAIK BELANJAWAN DEFISIT INI. YANG TIDAK KURANG PENTINGNYA IALAH, KERAJAAN BETA MASIH MAMPU MEMBAYAR GAJI DAN ELAUN PEGAWAI DAN KAKITANGAN AWAMNYA TANPA PERLU MEMINJAM.


KELANGSUNGAN PEMBANGUNAN.
KERAJAAN BETA AKAN MENERUSKAN RANCANGAN PEMBANGUNAN UNTUK RAKYAT BETA DENGAN MENUMPUKAN KEPADA MENAMBAH NILAI DALAM SEKTOR PRODUKTIF, MENAMBAH BAIK KUALITI HIDUP RAKYAT, MENINGKATKAN KECEMERLANGAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN, SENTIASA MEMUPUK KEHARMONIAN DAN PERPADUAN ANTARA KAUM, MEMBAWA GOLONGAN BELIA TERLIBAT DALAM PROGRAM YANG BERMANFAAT, DAN MENINGKATKAN MUTU KECEKAPAN SISTEM PENYAMPAIAN AWAM. SEKTOR UTAMA EKONOMI TERDIRI DARIPADA SEKTOR PERKHIDMATAN, SEKTOR PERKILANGAN, SEKTOR PERTANIAN, SEKTOR PERLOMBONGAN DAN SEKTOR PEMBINAAN. KERAJAAN BETA AKAN TERUS MEMBANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN YANG MERUPAKAN ASAS EKONOMI NEGERI. PROJEK PERTANIAN BERIMPAK TINGGI AKAN DIBERIKAN KEUTAMAAN. 17 LOKASI TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) DAN 25 LOKASI ZON INDUSTRI AKUAKULTUR (ZIA) DIJANGKA AKAN MEMACU PERTUMBUHAN SEKTOR PERTANIAN DI NEGERI INI. PADA KETIKA YANG SAMA GOLONGAN PETANI, PENTERNAK DAN NELAYAN MODEN DAPAT DIWUJUDKAN. DALAM KEADAAN KEMELESETAN EKONOMI GLOBAL INI, KERAJAAN NEGERI AKAN MENGALIHKAN PERHATIAN MENEROKA BIDANG BARU DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN KHUSUSNYA SUBSEKTOR KOMUNIKASI. DALAM HUBUNGAN INI PAHANG TECHNOLOGY RESOURCES BERHAD (PTR), SEBUAH SYARIKAT YANG DIMILIKI OLEH KERAJAAN NEGERI AKAN CUBA MENCARI PELUANG BARU UNTUK MENJADIKANNYA SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI. SUBSEKTOR
PELANCONGAN AKAN TERUS DIBERI PERHATIAN. WALAUPUN IANYA TIDAK MENDATANGKAN HASIL SECARA LANGSUNG KEPADA KERAJAAN NEGERI, NAMUN IANYA BOLEH MENJANA KEGIATAN EKONOMI DAN MEMBERI PELUANG EKONOMI KEPADA PENGUSAHA HOTEL, PENGUSAHA PENGANGKUTAN DAN PARA PENIAGA YANG BERKAITAN. BANTUAN DAN SOKONGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN UNTUK MEMBANGUNKAN PRODUK PELANCONGAN SANGATLAH DIHARAPKAN KERANA KOSNYA TERLALU TINGGI. PATUT JUGA BETA MENYATAKAN DI SINI BAHAWA CUKAI YANG DIKUTIP DARI SUBSEKTOR INI SEPERTI CUKAI JUALAN DAN CUKAI PERKHIDMATAN ADALAH DIKUTIP TERUS OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN SEMENTARA CUKAI PINTU DAN CUKAI PREMIS DIKUTIP TERUS OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN. BIDANG BIOTEKNOLOGI PUNYAI POTENSI BESAR SEBAGAI SUMBER EKONOMI BARU. SESUAI DENGAN DASAR BIOTEKNOLOGI KEBANGSAAN DAN PELAN INDUK BIODIVERSITI PAHANG, BIDANG INI TELAH MULA DITEROKA DENGAN PERLAKSANAAN BEBERAPA PROJEK SEPERTI MEMBANGUNKAN PUSAT BIOTEK HERBA TECHNOLOGY PARK MALAYSIA (TPM), PEMBANGUNAN 'GAMBANG SCIENCE PARK', KAWASAN KONSERVASI PAHANG BIO-VALLEY, PROJEK PRODUK PERUBATAN BERASASKAN IKAN HARUAN, DAN PROJEK PENYELIDIKAN SEL STEM (STEM CELL). KONSEP PEMBANGUNAN KAWASAN PERINDUSTRIAN MENGIKUT KLUSTER AKAN DILAKSANAKAN. PROJEK TANJUNG AGAS OIL AND GAS DAN INDUSTRI MARITIM DI TANJUNG AGAS, PEKAN, KELOMPOK INDUSTRI KELAPA SAWIT (POIC) DI GEBENG, KUANTAN, DAN HAB HALAL DI GAMBANG, KUANTAN AKAN MELENGKAPKAN KAWASAN PERINDUSTRIAN SEDIA ADA DI PAHANG. BETA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN KERANA TELAH MELULUSKAN PERUNTUKAN SEBANYAK RM150 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR AWAL UNTUK PROJEK DI TANJUNG AGAS, PEKAN.DALAM USAHA MENAMBAHBAIK KUALITI HIDUP RAKYAT, KERAJAAN BETA AKAN MENERUSKAN PROJEK BARU DAN PROJEK NAIKTARAF BEKALAN MENGIKUT KEMAMPUAN KEWANGAN KERAJAAN BETA. BETA BERHARAP PROJEK NAIKTARAF BEKALAN AIR DI GAMBANG, KUANTAN DAN DI PELANGAI DAN MEMPAGA DI BENTONG AKAN DAPAT DILAKSANAKAN SEGERA UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT. BETA JUGA BERHARAP MELALUI PEMBESARAN KAPASITI TELEKOMUNIKASI DAN ICT, KERAJAAN BETA AKAN DAPAT MEWUJUDKAN MASYARAKAT PINTAR DAN CELIK IT MELALUI PROJEK PRASARANA ICT SEPERTI HIGHSPEED BROADBAND (HSBB), BROADBAND TO GENERAL POPULATION (BGPP) DAN UNIVERSAL SERVICE POPULATION (USP) TERUTAMA DI KAWASAN BERIMPAK TINGGI SEPERTI KAWASAN INDUSTRI DAN DI INTITUTSI PENGAJIAN TINGGI. BETA BERASA GEMBIRA KERANA KERAJAAN BETA AKAN MELAKSANAKAN PROJEK MEMBASMI KEMISKINAN TEGAR DAN MENGURANGKAN KEMISKINAN DI KALANGAN RAKYAT BETA. PELAKSANAAN PROJEK AGROPOLITAN, LADANG RAKYAT DAN LADANG WARISAN, DAN PROGRAM FISH PROTECH DIJURUSKAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT INI.PROGRAM PERUMAHAN AWAM KOS RENDAH, PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT MAMPU MILIK DAN RUMAH MESRA RAKYAT AKAN TERUS DIMANTAPKAN BAGI MEMBANTU MEREKA YANG LAYAK. GOLONGAN ORANG TUA YANG MISKIN DAN UZUR, IBU TUNGGAL YANG MISKIN, ANAK YATIM YANG MISKIN, ORANG KURANG UPAYA (OKU), AKAN TERUS DIBERI PERHATIAN DAN BANTUAN OLEH KERAJAAN BETA. KERAJAAN BETA AKAN MENYELARASKAN DENGAN KEMENTERIAN BERKENAAN SUPAYA MEREKA YANG LAYAK AKAN DIBANTU DAN KECEKAPAN PENYAMPAIAN BANTUAN YANG DIHULURKAN DITINGKATKAN. PROGRAM BANTUAN PENDIDIKAN AKAN DITERUSKAN SUPAYA GOLONGAN PELAJAR DAN MAHASISWA YANG LAYAK DAN MEMERLUKAN, DAPAT DIBANTU UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN. INI PENTING UNTUK MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERBAKAT, CEMERLANG DAN BERKETERAMPILAN YANG AKAN MEWARISI NEGERI DAN NEGARA PADA MASA HADAPAN. GOLONGAN BELIA AKAN TERUS DIDEKATI OLEH KERAJAAN BETA. MASYARAKAT ORANG ASLI DAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN TERMASUK PERSATUAN PESARA JUGA TIDAK AKAN DIABAIKAN. KERAJAAN BETA AKAN MERANGKA STRATEGI DAN MELAKSANAKAN PROGRAM UNTUK MENDEKATI, MENDENGAR DAN MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA. DALAM USAHA MENCAPAI KEMAJUAN DALAM MASYARAKAT, ASPEK KEUGAMAAN TIDAK AKAN DIABAIKAN BAHKAN AKAN SENTIASA DIBERI PENEKANAN. UGAMA ISLAM AKAN DITEGAKKAN SEMENTARA NILAI-NILAI MURNI YANG LAIN AKAN DISERAPKAN DI KALANGAN RAKYAT YANG BUKAN BERUGAMA ISLAM. UNTUK TUJUAN INI, KERAJAAN BETA AKAN MELAKSANAKAN PENDEKATAN DAN PROGRAM YANG BERSESUAIAN.



MEMUPUK DAN MEMPERKASA PERPADUAN KAUM.
BETA SENTIASA BERDOA SUPAYA PERPADUAN KAUM DI KALANGAN RAKYAT BETA TERUS DIPERKASAKAN. HANYA INI SAHAJA SATU CARA UNTUK MENJAMIN KEAMANAN DAN DAN KETENTERAMAN NEGERI DAN NEGARA. BETA BERHARAP SIKAP HORMAT MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN AKAN TERUS DIPUPUK DAN DIPELIHARA DI NEGERI INI.



KEBERKESANAN SISTEM PENYAMPAIAN AWAM.
KESEMUA STRATEGI DAN PROGRAM PEMBANGUNAN YANG DIRANCANG TIDAK AKAN TERCAPAI TANPA SISTEM PENYAMPAIAN AWAM YANG BERKESAN. OLEH SEBAB ITU BETA BERHARAP SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN AWAM DAN PIHAK YANG TERLIBAT AKAN BERKHIDMAT DENGAN PENUH IKHLAS DAN DEDIKASI BAGI MEMPASTIKAN PELAKSANAAN SEMUA PROGRAM DAN PROJEK BERJAYA SEPENUHNYA UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT.
BETA JUGA BERHARAP SEMUA WAKIL RAKYAT AKAN MELAKSANAKAN TUGAS MASING-MASING DENGAN BERKESAN SUPAYA SEGALA MASALAH RAKYAT DI KAWASAN MASING-MASING DAPAT DIKETENGAHKAN DAN DIURUSKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.



PENUTUP.
BETA SEKALI LAGI MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA ORANG TUA BETA YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PAHANG DATO' SRI HAJI ADNAN HAJI YAAKOB DAN BETA BERHARAP ORANG TUA BETA AKAN TERUS BEKERJA DENGAN IKHLAS MEMIKUL BEBAN YANG BERTAMBAH DARI MASA KE SEMASA. BETA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERHORMAT AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN, YANG BERHORMAT AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI, KETUA-KETUA JABATAN, KETUA-KETUA AGENSI, SERTA KAKITANGAN AWAM TERMASUK PEGAWAI DAN ANGGOTA PDRM DAN ATM YANG BERKHIDMAT UNTUK KEPENTINGAN NEGERI DAN RAKYAT BETA.



DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM BETA DENGAN SUKACITANYA MENGISYTIHARKAN ISTIADAT PEMBUKAAN PERSIDANGAN PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG YANG KEDUA BELAS PADA HARI INI.


WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.



TERMAKTUB : DI ISTANA ABU BAKAR, PEKAN.


PADA : 20 APRIL 2009

24 RABI'ULAKHIR 1430 HIJRAH







Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...