Skip to main content

Tak Sayang Nyawa?

Dewan Undangan Negeri Pahang akan mula bersidang pada 20hb April 2009 sehingga 27hb April 2009. KDYMM Sultan Pahang akan merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang yang ke 12 pada hari Isnin 20hb April jam 9.00 pagi InsyaAllah.

Mengikut Peraturan Dewan quorum persidangaan hanya seramai 11 orang sahaja. Saya percaya Wakil Rakyat Negeri Pahang baik dari BN atau Pembangkang, semuanya sayangkan nyawa mereka dan akan hadir pada majlis itu nanti. Jangan salah faham, buka nyawa badan, nyawa yang saya maksudkan ialah nyawa politik. Kehadiran semasa Sidang Dewan dan juga pre-council Dewan adalah menjadi salah satu perkara yang diambilkira untuk menentukan samada YB akan terus hidup atau sebaliknya. Jangan salah faham, ini bukan ugutan. Ini hanya sekadar ingatan.

Namun prestasi menjalankan tugas di kawasan masing-masing adalah yang lebih penting ditekankan. Kalau semua YB menjaga dan turun padang di kawasan masing-masing, kita percaya, YB akan terus diminta menyambung tugas. Kalau tidak pendeklah nyawa YB. Nyawa politik maksud saya!

Pada 18hb April 2009, jam 9.00 pagi juga, rakyat Pahang akan menyambut kepulangan Perdana Menteri Malaysia ke 6 ke Pahang. Majlis sambutan akan diadakan di Kuantan bagi peringkat Negeri dan di Pekan untuk Parlimen Pekan yang diwakili oleh YAB PM sendiri.
Semua rakyat Pahang tidak kira bangsa, ugama atau fahaman politik dijemput hadir ke majlis sambutan itu.

(Gambar hiasan sahaja, tiada kena mengena dengan posting ini. Hanya untuk tatapan dan renungan sahaja) Untuk cerita lebih lanjut baca link dibawah:-MESRA MEDIA… Dato’ Sri Adnan kelihatan sedang memperkatakan sesuatu yang menarik minat mendalam pasukan editor/wartawan Utusan Malaysia, terdiri daripada Timbalan Ketua Pengarang, Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd, Encik Othman Mohamad (tiga dari kanan); Pegawai Berita Kanan, Encik Zulkifli Hamzah (dua dari kanan); Editor Berita, Encik Rozaman Ismail (kanan sekali) dan wartawan, Encik Arshad Khan.

Comments

  1. Kepada ahli UMNO yang masih setia.

    Menurut kenyataan TS Muhyiddin Yassin TPM Malaysia, kita cuma ada masa dua tahun sahaja untuk pulihkan UMNO.

    Tetapi malangnya setiap bloggers yang pro-UMNO TIDAK ada membuat posting atau komen yang menjurus kearah pemulihan UMNO.

    Segala posting dan komen dari pro-UMNO terlalu lemah atau langsung tidak memberi apa2 makna langsung kepada pemulihan UMNO.

    Berfikir lah dengan secara matang, berhujah lah secara matang, baru hujah2 anda di terima orang.

    ReplyDelete
  2. Salam Wak Labu,
    Terima kasih atas saranan Tuan.
    Pemulihan UMNO dan BN boleh dibuat kalau semua wakil rakyat menjalankan tugas. Tugas wakil rakyat ialah menjadi wakil kepada rakyat untuk menyampaikan kepada kerajaan apa jua kehendak rakyat. Sekarang ini kehendak rakyat adalah berbeza dari dahulu. Namun yang penting rakyat sudah tahu menilai.

    Kita jangan alihkan tugas pemulihan UMNO/BN itu ke tangan bloggers sahaja kerana bloggers ada cara mereka tersendiri. Tuan sendiri pun ada cara tuan sendiri dan begitu juga yang lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...