Skip to main content

KJ Ketua Pemuda tanpa jawatan Kabinet? Pecah Tradisi?


Dalam ingatan saya, semua Ketua Pemuda UMNO sebelum Khairy Jamaluddin, semuanya ada jawatan samada dalam Kabinet atau Negeri. Dato Harun Idris MB, RTC Ketua Menteri, DSNajib Menteri, malah Anwar dulu pun Menteri juga. Saya tak ingat samada Suhaimi Kamaruddin dulu Menteri atau tidak. Tapi saya ingat dia adalah Pengerusi Belia 4B. Mokhtar Hashim pun Menteri. Hisham sahihlah Menteri bila dia Ketua Pemuda.

Kenapa KJ tiada jawatan? Handal sungguh KJ jadi Ketua Pemuda tanpa jawatan dalam Kabinet?
Mungkin Sakmongkol ada jawapannya kerana sahabat saya itu penyokong kuat KJ walaupun KJ tak kenal dia pun!
Apakah yang menjadi perkiraan oleh DSNajib apabila tidak lantik KJ jadi Menteri? Mungkin Pemuda tidak mendesak seperti Wanita yang mahukan Ketua mereka mesti jadi Menteri? Adakah kerana KJ telah diberi AMARAN oleh Lembaga Disiplin UMNO? Adakah kerana AMARAN itu satu hukuman? Kalau itu satu hukuman, Ali Rustam pun jangan dibiarkan terus jadi KM Melaka?

Ketua Pemuda yang tiada jawatan cabinet adalah tidak mengikut tradisi lagi. Bolehkah KJ menjalankan tugas dengan efektif tanpa jawatan dalam kerajaan? Pastinya Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah juga Ketua Pemuda BN secara tradisi. Kalau tidak bukan lah UMNO jadi tunjang dalam BN!

Bagaimana KJ hendak arahkan Naibnya buat kerja sedangkan beliau adalah Timbalan Menteri? Nak beri arahan kepada Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri?

Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia datang sekali dengan pegawai-pegawai yang perlu dilantik. Tidak ramai pegawai yang sanggup buat kerja tanpa gaji atau jawatan. Mereka juga ada tanggungan. KJ tanpa jawatan dalam kerajaan tidak boleh lantik pegawai seperti yang lazim dibuat oleh Ketua Pemuda terdahulu.

Mungkin KJ tidak perlukan jawatan kerajaan untuk lantik pegawai. Mungkin dia boleh gajikan mereka dengan duit sendiri?

Mungkin DSNajib mahu tengok Pemuda UMNO pecahkan tradisi? People First Performance Now? Buat kerja untuk rakyat tanpa kira ganjaran? Cakap senang bikin susah!

Just wondering if I am PolSec without any government facilities and perks… "People First" might just say poraaah and "Performance Now" might just be "Performance None"!

Comments

  1. Salam Dato'

    Somethings better left unsaid... Saya rasa DSN (Najib) knows best!

    Ultimatum probably given to KJ, either you are incharge or be charged... I suppose you know what I mean... hehe

    ReplyDelete
  2. Zahid Hamidi dan Suhaimi pun tak ada jawatan masa Ketua Pemuda dulu.KJ punyai kelebihan tersendiri dan memang dari dulu tak cenderong akan jawatan kabinet walaupun bapa mertua PM.

    ReplyDelete
  3. "Saya tak ingat samada Suhaimi Kamaruddin dulu Menteri atau tidak."

    persoalan besar ini wajib di selesai dulu sebelum melakukan hujahan seterusnya. do ur research.

    "Ketua Pemuda yang tiada jawatan cabinet adalah tidak mengikut tradisi lagi."

    kan jadi fitnah... then di usung pula dari seorang keseorang. dividen dialam barzah..

    ReplyDelete
  4. Saudara Jalak,
    Dato Suhaimi Kamaruddin adalah TIMBALAN Menteri dan itulah sebab saya tak ingat dia jadi MENTERI...
    Beliau adalah Timbalan Menteri Pelajaran.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...