Skip to main content

Kes 63 Juta Ringgit- Keputusan Hakim







Setelah kita ketahui apa tuntutan dan pembelaan dalam kes ini; kes telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuantan di hadapan YA Dato' Halim Aman. Sebelum dari menjadi hakim beliau adalah Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan juga Pesuruhjaya Kehakiman di Kuantan.
Hakim membuat keputusan membenarkan tuntutan Seruan Gemilang atas jumlah seperti dituntut iaitu 37 juta Ringgit pada 25 Mei 2007 dan perkiraan faedah untuk jumlah penghakiman dikira dari tahun 2000.

Kerajaan Pahang telah merayu kes ini ke Mahkamah Rayuan dan juga di Mahkamah Persekutuan BUKAN DIATAS MERIT KES ATAU SUBSTANTIVE ISSUES tetapi diatas masalah teknikal iaitu terdapat kesalahan terhadap nombor kes yang dibuatkan Notis Rayuan itu. Kesilapan teknikal (salah nombor kes) itu tidak dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi (YA Hakim Dato' Halim) untuk dibuat pindaan dan rayuan ke Mahkamah Rayuan hanya atas keengganan Hakim membenarkan pembetulan dan extension of time to appeal.
Semua itu dapat dibaca dengan jelas dalam Penghakiman yang dibuat oleh Hakim Dato' Halim dalam Alasan Penghakiman yang dipamirkan diatas (dipamirkan muka surat berkaitan sahaja kerana selebihnya adalah perbahasan mengenai legal jargons sahaja).
Click lah pada dokumen-dokumen yang dipamirkan diatas dan kita boleh fahami sedikit sebanyak kenapa kes ini menjadi sampai ke peringkat ini.
Namun demikian Kerajaan Pahang telah pun memulakan tindakan Sivil melalui Writ Summons untuk mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi itu yang telah pun difailkan pada 22hb Disember 2008 atas nombor kes Guaman Sivil 21-11-2008.
Saya tidak mahu mengulas Writ of Summons yang baru itu kerana ianya mungkin "sub judice" dan memadai saya mengatakan kausa tindakan atau cause of action nya adalah "forgery, deceit, perjury dan conflict of interest". Semua bukti akan dikemukakan di Mahkamah nanti dan pastinya kes ini mesti didengari oleh hakim yang lain.

Kita juga perlu perhatikan bahawa penghakiman adalah terhadap Defendan-Defendan seperti dalam dokumen yang dipamirkan diatas dan perintah mandamus nya pula adalah terhadap Menteri Besar Pahang. Kenapakah ia jadi begitu? Sama-sama kita perhatikan perkembangan selanjutnya kes ini kerana ianya akan berlarutan beberapa tahun yang akan datang.

Saya akan terus membuat posting mengenai kes ini atas perkara-perkara yang tidak sub judice...

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...