Skip to main content

NORZA, ALI, KHAIRY & Co

Update 23/03/2009 Norza dilarang bertanding dan Khairy kena ugut

UPDATE : Ali Rustam said the action taken by Umno’s Disciplinary Board was not in relation to his involvement in money politics but for infringing party ethics through the action of a third party who was considered an agent

Come on DS Ali, your agent was found guilty of money politics and under Perkara 10.1 Tataetika, you are presumed to know about it and you are equally liable!

Biarlah career politik mereka mati asalkan UMNO hidup!

  1. Norza - Sedang menunggu tarikh kes disebut semula di Mahkamah Sesyen Temerloh. Tuduhan adalah dibawah seksyen 16 dan boleh dihukum dibawah seksyen 24 Akta SPRM. Tuduhan adalah atas kesalahan jenayah rasuah.
  2. Ali - Telah pun didapati bersalah di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno dan telah dijatuhkan hukuman dibawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO
  3. Khairy - Telah pun didapati bersalah di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno dan telah dijatuhkan hukuman dibawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO


Ali telah dijatuhi hukuman dibawah 20.9(c) Perlembagaan UMNO manakala Khairy pula dibawah 20.9(a). Hukuman kepada Ali adalah dilarang daripada bertanding jawatan dalam UMNO. Khairy hanya diberi amaran.



Ramai yang berpendapat kesalahan Ali dengan Khairy adalah sama tetapi kenapa hukumannya tidak sama. Ada yang kata Ali tikam 3 kali, Khairy hanya tikam 1 kali.



Ini lah yang dikatakan sebagai "sentencing disparity" seperti yang ditulis disini.

Yang jelasnya Lembaga Disiplin mempunyai kuasa untuk memilih apakah jenis hukuman terhadap sesuatu "breach of discipline" yang dilakukan oleh ahli.

Di mahkamah pun, walaupun kesalahan itu adalah sama, tetapi terdapat juga hukuman yang dijatuhkan berbeza-beza. Contohnya, bagi kesalahan mencuri, ada pesalah yang hanya menerima hukuman ikat jamin berkelakuan baik dan ada pula yang dikenakan hukuman 5 tahun penjara dan ada juga yang hanya dikenakan hukuman denda. Bezanya kalau hanya diperintah berkelakuan baik (admonished & discharged atau "bond to be of good behaviour"), orang yang kena tuduh (OKT) itu boleh terus dengan kehidupannya dan kalau dia berkhidmat dengan kerajaan sebagai contoh, masih boleh terus berkhidmat dan tidak perlu dibuang kerja.

Dalam hal tiga orang ini, Norza, Ali dan Khairy, kalau betul UMNO mahu menghapuskan politik wang, ketiga-tiga mereka tidak boleh dibenarkan terus bertanding. Keputusan ini perlu dibuat oleh Majlis Tertinggi. Ini bukan soal law per se, ini soal politik dan politik adalah persepsi umum dan pada akhirnya the "number of support" yang dikira! Ini soal disiplin parti. Ketiga-tiga mereka ini telah melakukan sesuatu perkara "unbecoming of a member" dan tiada pun bukti mereka itu dianiaya oleh mana-mana pihak atau mana-mana orang. Ini bukan soal nyawa hidup mati Norza, Ali atau Khairy. INI SOAL HIDUP MATI UMNO! Samada NORZA, ALI & KHAIRY hidup atau mati tidak penting. HIDUP ATAU MATI UMNO ADALAH LEBIH PENTING!!!

Dalam hal Norza, kalaulah dia seorang anggota kerajaan, apabila dia telah dihadapkan ke Mahkamah atas kesalahan jenayah, dia akan kena "interdiction" iaitu terdapat sekatan-sekatan yang dikenakan terhadapnya.

Comments

  1. Nampaknya UMNO sanggup memikul beban Norza, Ali dan Khairy...

    Norza masih bertanding
    Khairy masih bertanding
    Ali masih sebagiai Ketua Menteri

    Inilah impian parti pembangkang... SELAMATKAN UMNO!

    ReplyDelete
  2. Salah satu dari perkara yang dipersoalkan ialah maklumat dari Disciplinary Board ni - terlalu sedikit. Mungkin ini disengajakan sebagai strategi badan ni untuk kurangkan modal pihak lain untuk persoalkan: The less you talk, the less mistakes you'll make... mungkin ini yang DB harapkan.

    Tapi ianya tetap timbulkan masalah - yang paling ketara ialah orang mempersoalkan perbezaan diantara Ali Rustam dengan Khairy Jamaludin. Sepatutnya, DB kena beri penjelasan mengapa Khairy dibenarkan bertanding.

    Saya ada jumpa disatu blog - kerana Khairy tidak dapat dikaitkan dengan orang yang mengamalkan politik wang ini... tiada direct connection. Jika ini benar, sepatutnya "Tidak Bersalah" lah!

    Jadi ini masalahnya: Bila maklumat begitu sedikit, orang akan buat spekulasi... Dan biasanya, spekulasi-spekulasi ini negatif terhadap Umno.

    ReplyDelete
  3. Ahli Lembaga Disiplin harus didisiplinkan.

    1."A politician needs the ability to foretell what is going to happen tomorrow, next week, next month, and next year. And to have the ability afterward to explain why it didn't happen."

    2."In Mexico an air conditioner is called a politician because it makes a lot of noise but doesn't work very well."
    Len Deighton quotes (English writer, b.1929)

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...