Skip to main content

Lagi lagi Perak!

Sejak kebelakangan ini semuanya tentang Perak. Kemuncak kepada segalanya adalah persidangan di bawah pokok. Macam-macam manusia membuat analisis masing-masing. Masing-masing dengan hujjah sendiri. Selain daripada yang digambarkan oleh P. Ramlee dalam filem, persidangan di bawah pokok di Perak itu mungkin satu-satunya yang berlaku secara sebenar di dalam dunia.

Walau bagaimana sekali pun dihujjahkan, perbuatan mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri di bawah Pokok adalah satu penghinaan yang paling dahsyat kepada Dewan yang mulia itu.

Walaupun Dewan Undangan Negeri ditutup dikunci, sepatutnya carilah Dewan atau bangunan yang lebih sesuai untuk adakan Persidangan. Niat untuk menghina Dewan Undangan itu jelas apabila selepas "sidang" itu boleh pula diadakan sidang akhbar di "pejabat DAP"! Adakah sidang akhbar lebih mulia daripada sidang dewan?

Ada pula seorang prof yang berkata sidang atas pokok pun sah. Kemudiannya mengatakan bahawa kenyataannya itu disalah tafsirkan kerana ada syarat lain yang perlu diambil kira juga.

Saya hendak menambah bahawa syarat yang PALING PENTING ialah SEMUA Sidang DUN MESTI mendapat PERKENAN KDYMM Sultan dahulu. Tanpa perkenan itu, sidang itu tidak sah!

Satu lagi yang hendak ditekankan ialah TIADA istilah Persidangan TERGEMPAR DUN. Sivakumar & geng mengatakan ada perkara 8 dalam Standing Orders Sidang DUN Perak yang menyebut perkataan "emergency". Perkara yang sama juga ada dalam Standing Orders Pahang. Bila dibaca ianya mengenai menghantar notis oleh Setiausaha Dewan iaitu secara dalam keadaan tergempar, notis boleh dihantar dalam jangka masa yang pendek dan bukannya dalam jangka masa yang ditetapkan iaitu 14 hari dan 7 hari dalam keadaan biasa. Maksudnya boleh dibuat "abridgement of time".

Emergency adalah satu istilah yang tidak boleh dipakai sewenang-wenangnya apabila berkaitan dengan perundangan. Dalam undang-undang, emergency adalah sesuatu yang diisytiharkan oleh kerajaan. Emergency boleh dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai "kecemasan", "darurat" dan juga "tergempar" antara lainnya.

Apakah emergencynya keadaan di Perak sehinggakan perlu diadakan Sidang Tergempar? Emergency nya ialah untuk meletakkan Nizar sebagai MB semula? Bukankah itu satu sifat tamak dan gila kuasa oleh Nizar Ngeh Nga Sivakumar & Co?

Sekarang ini Nizar Ngeh Nga Sivakumar & Co hendak apa? Hendak mengadap KDYMM Sultan Perak untuk menjadi Menteri Besar semula? Sudah derhaka mahu minta semula jawatan MB? Sudah ketepikan Sultan semasa "bersidang bawah pokok" sekarang mahu Sultan sahkan sidang itu?

Mahu Sultan bubarkan Dewan untuk adakan pilihanraya? Kenapa sekarang perlu ikut Undang-undang Tubuh Perak bila perbuatan sebelumnya membelakangkan undang-undang tubuh itu?

Kepada Nizar Ngeh Nga Sivakumar & Co, harap dapat dimasukkan didalam kepala itu bahawa Sultan mempunyai kuasa mutlak untuk:-

  • Melantik MB dan,
  • Membubar atau tidak membubarkan Dewan.

Memang betul ianya adalah kuasa RAKYAT untuk memilih kerajaan melalui undi semasa pilihanraya. TETAPI proses menubuhkan kerajaan itu adalah di tangan Sultan dan itu adalah kuasa mutlak baginda.

Sultan telah pun menubuhkan satu kerajaan lain yang sekarang ini diterajui oleh Dr. Zambry sebagai MB. Perlukah pula sekarang ini Sultan melantik semula Nizar? Semasa Nizar dilantik MB dahulu, ada sesiapa dari kalangan BN yang sembah derhaka kepada Sultan? Hanya DAP & geng yang tidak mahu hadir istiadat melantik Nizar sebagai MB itu. Adakah kita perlu lupakan itu?

Di Terengganu dan di Perlis, apabila Sultan dan Raja melantik MB yang bukan kehendak kelompok yang satu lagi, adakah kita sembah derhaka? Kita akur dengan kehendak Sultan dan Raja kerana kita faham itu adalah kuasa mutlak Sultan dan Raja mengikut Undang-undang Tubuh Negeri.

Kenapa susah sangat Nizar Ngeh Nga Sivakumar & Co hendak faham itu semua?

Perjalanan pentadbiran sesuatu kerajaan bukan melalui Sidang Dewan sahaja. Yang penting adalah Majlis Mesyuarat Kerajaan atau yang disebut EXCO itu. Semua keputusan dan polisi dibuat oleh EXCO. Sekarang ini Zambry & Co yang pegang EXCO. Zambry & Co lah yang berkuasa. Segala sembah dan makluman Zambry & Co yang perlu dipakai oleh Sultan. Kalau ada pelaburan dan pembangunan pun melalui Zambry & Co bukannya melalui Nizar Ngeh Nga Sivakumar & Co.

DUN hanya perlu bersidang sekurang-kurangnya satu hari dalam tempoh 6 bulan. Bila sampai masanya nanti Zambry & Co boleh adakan Sidang Dewan dengan mendapat perkenan Sultan dahulu. 27 campur 3 ahli DUN boleh hadir. Kalau Nizar Ngeh Nga Sivakumar & Co tidak mahu hadir tidak mengapa. Bila Speaker tidak hadir Timbalan Speaker ada dan dia salah seorang dari yang 3 itu.

Abdullah Antong adalah SU Dewan dan bukannya Setpol Nizar. Bagaimana Setpol itu boleh jadi SU Dewan pun adalah sesuatu yang salah dari segi Perlembagaan. Setpol adalah "anggota pentadbiran" mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 160 dan dipakai "mutatis mutandis" kepada Negeri-Negeri.

Lagi-lagi Perak dan kita pun sudah banyak ketawa dengan gelagat Nizar Ngeh Nga Sivakumar & Co. Mungkin juga kita sudah "cemuih" bak kata orang Pahang!

Comments

  1. Bengap betul la Nizar Ngeh Nga Sivakumar & Co ini!

    ReplyDelete
  2. Tuan, Cemuih juga digunakan di Perak. Maknya meluat / menyampah / bosan betul.

    ReplyDelete
  3. Dato'
    Gamaknya jika Nizar Ngeh Nga Sivakumar & Co. ajak 'puteri jed yoong' mengadap ... ada peluang kot.

    ReplyDelete
  4. Kome tu tak tau ke dulu pun amno tu mederhaka jugak kat sultan pase apa pinda perlembagaan lucut kekebalan sultan?lepeh tu amno gunakan pulak sultan pase apa?.

    ReplyDelete
  5. "Kome tu tak tau ke dulu pun amno tu mederhaka jugak kat sultan pase apa pinda perlembagaan lucut kekebalan sultan?" Dato' tolong terang sikit next time apa yang dipinda berhubung kuasa Raja-raja Melayu. Ini adalah kerana masih ramai yang bengap tentang hal ni. Kalau tak silap saya imuniti yang dilucutkan adalah apa yang ada hubungkait dengan jenayah dan lain-lain perkara civil atas kapasiti peribadi dan bukannya atas jawatan dan perlaksanaan tugas-tugas dalam bidang kuasa Sultan dan Raja Melayu sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan dan Undang-undang tubuh negeri.Itupun hanya dibolehkan di Special Court. Ramai sangat lagi yang blur tentang hal ni lebih-lebih lagi di kalangan penyokong pembangkang yang bengkiang.

    ReplyDelete
  6. Matangsaga,
    Mata hati mereka sudah buta

    ReplyDelete
  7. salam Dato' Sham,

    Aku teruja dengan perkataan " chemuih" itu. Kalau dah chemuih itu makna nya beransur benci lah ye. Kalau dah benci tarak mau tengoik muka punyia.

    Kerana perkataan " chemuih" itu, pagi ini aku sebat ayor kupi dua kule dan lempeng tiga keping.

    TK

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir