Skip to main content

Kesalahan Tataetika

TATAETIKA AHLI UMNO

5.5 EJEN, PELOBI, PENGURUS KEMPEN ATAU PERAYU UNDI

5.5.1 Bagi peringkat Majlis Tertinggi, kecuali untuk majlis penerangan dan/atau kempen yang dianjurkan di bawah seliaan Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Ahli-ahli parti dilarang daripada berkempen bagi pihak dirinya dan/atau menjadikan dirinya sebagai ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana Pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak mana-mana calon untuk mana-mana peringkat Pemilihan parti.

5.5.2 Bagi peringkat Bahagian, kecuali untuk majlis penerangan dan/atau kempen yang dianjurkan di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing, Ahli-ahli parti dilanrang daripada berkempen bagi pihak dirinya dan/atau menjadikan dirinya sebagai ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana Pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak mana-mana calon untuk mana-mana peringkat Pemilihan parti.
CONTOH : -

Menggunakan ejen, pelobi, syarikat pengurus kempen, untuk berkempen bagi mana-mana calon; walaupun begitu, calon-calon dibenar kempen diperhimpunan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO atau BAdan Perhubungan UMNO Negeri bagi tujuan berkempen.

5.6 MAJLIS DAN PERTEMUAN

5.6.1 Kecuali untuk perhimpunan, pertemuan atau majlis yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan/atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan Negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UNMO Negeri, Ahli-ahli parti dilarang di dalam Tempoh Pemilihan menganjurkan, samada secara langsung atau tidak langsung, sebarang perhimpunan, pertemuan jamuan atau apa-apa majlis yang membabitkan Ahli-ahli bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana-mana calon bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana Pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain bagi mana-mana peringkat Pemilihan parti.

CONTOH : -

Calon menghadiri atau menganjurkan kenduri kahwin, majlis tahlil atau majlis kesyukuran yang dianjurkan oleh atau dihadiri Ahli-ahli UMNO dan berucap bagi tujuan meraih undi dan berkempen bagi pihaknya sendiri.

Ahli UMNO menghadiri atau menganjurkan kenduri majlis kahwin, majlis tahlil atau majlis kesyukuran yang dianjurkan oleh atau dihadiri Ahli-ahli UMNO dan berucap bagi tujuan meraih undi dan berkempen bagi pihak lain bagi mana-mana peringkat Pemilihan parti.

PERKARA 7

7. PERNYATAAN AKHBAR ATAU AWAM

7.1 Ahli-ahli parti dilarang, samada secara langsung atau tidak langsung, membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara sekalipun dan/atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubungan dengan apa-apa dasar atau keputusan Parti termasuk keputusan disiplin parti yang boleh merosakkan imej dan keluhuran keputusan parti.

7.2 Mana-mana Ahli parti yang melanggar Perkara 7.1 Tataetika Ahli ini boleh dikenakan mana-mana satu hukuman di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO kerana menghina parti.
CONTOH : -

Ahli A mempertikaikan keputusan-keputusan Majlis Tertinggi parti, Ahli A di sini melakukan perbuatan menghina parti.

Ahli A mempertikaikan dan membuat kenyataan akhbar tentang prosiding disiplin parti dengan menuduh keputusan tak adil. Ahli A di sini melakukan perbuatan menghina parti.

PERKARA 10

10. ANGGAPAN KEBERSALAHAN PIHAK KETIGA

10.1 Bilamana seseorang ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi itu didapati bersalah melanggar mana-mana peruntukan Tataetika Ahli UMNO ini, maka Lembaga Disiplin UMNO bolehlah menganggap, setelah ia berpuashati daripada keterangan-keterangan dan/atau bukti-bukti yang dikemukakan kepadanya, bahawa prinsipal kepada ejen, pengurus kempen atau perayu undi itu turut sekali melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Tataetika Ahli ini dan/atau mempunyai pengetahuan mengenai perihal kesalahan-kesalahan tersebut dan boleh mengambil tindakan menghukum prinsipal tersebut seolah-olah dia yang melakukan kesalahan tersebut bersama-sama dengan ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi tersebut.

FASAL 20 DISIPLIN

20.9 Mana-mana Ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut di bawah : -

(a) Diberi amaran;
(b) Digantung hak-haknya dalam parti;

(c) Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihanraya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi;

(d) Dipecat daripada parti;

(e) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.

APA YANG DICATATKAN DIATAS ADALAH UNTUK KITA FAHAMI APAKAH KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH MEREKA-MEREKA YANG TERLIBAT. DATUK SERI ALI RUSTAM DIDAPATI BERSALAH KERANA EJEN BELIAU MEMBERI SOGOKAN BAGI PIHAK BELIAU. DAN EJEN-EJEN ITU ADALAH HAJI SAADUN BASIRUN, ROSLI HASSAN DAN ZALINA ISMAIL. KESEMUA MEREKA DIKENAKAN TINDAKAN DIGANTUNG KEAHLIAN SELAMA 3 TAHUN. MEREKA INI BOLEH DIKAITKAN SECARA TERUS DENGAN DS ALI RUSTAM. HAJI SAADUN ADALAH SETPOL KEPADA DS ALI RUSTAM.

SIAPAKAH EJEN BAGI KHAIRY JAMALUDDIN? TIADA PUN AHLI DARI REMBAU YANG DIKENAKAN TINDAKAN DAN ADAKAH MUNGKIN EJEN KJ DARI KALANGAN PEMUDA YANG KENA TINDAKAN SEPERTI DALAM SENARAI ITU? ADAKAH DATUK JAPLIN ATAU NAJUIB ITU EJEN KEPADA KJ? MUNGKIN HUBUNGAN ITU AGAK "REMOTE" ATAU TIADA "CLEAR NEXUS"? JAWAPAN TENGKU AHMAD RITHAUDDEEN MENYAMAKAN DENGAN KES BUNUH TIKAM SEKALI DENGAN TIKAM 3 KALI ITU ADALAH TIDAK MASUK AKAL LANGSUNG.

YANG PASTI KJ LEBIH BIJAK DARI DS ALI RUSTAM. KALAU GUNAKAN EJEN JANGAN LAH GUNA YANG BOLEH DIKAITKAN SECARA TERANG-TERANGAN DENGAN KITA?

LAPORAN YANG DI SIARKAN DI UTUSAN MALAYSIA INI BOLEH MEMBAWA PADAH JUGA KEPADA BEBERAPA NAMA YANG DISEBUT DALAM LAPORAN ITU. MEREKA BOLEH DIAMBIL TINDAKAN DIBAWAH PERKARA 7 TATAETIKA IAITU MEMPERSOALKAN TINDAKAN LEMBAGA DISIPLIN MELALUI SIARAN AKHBAR.

Berikut adalah senarai ahli yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin kerana melanggar Tataetika Ahli UMNO ketika berkempen.

1. Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam
Naib Presiden UMNO / Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil

Didapati bersalah, dan selaras dengan Fasal 20.9 (c) Perlembagaan UMNO, beliau dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO sahaja.

Jenis Kesalahan:
Perkara 10.1 (Anggapan Kebersalahan Pihak Ketiga)

2. Datuk Japlin Akim @ Abd Hamid

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah & Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Belud

Didapati bersalah, digantung hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh tiga tahun daripada 12 Mac 2009 atau satu penggal pemilihan, yang mana terkemudian.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.1.1 & 5.1.2 (Rasuah / Sogokan Politik)
Perkara 5.5.2 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)

3. Puan Hajah Salmah Pin
Ketua Wanita UMNO Bahagian Bandar Tun Razak

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh tiga tahun daripada 12 Mac 2009 atau satu penggal pemilihan, yang mana terkemudian.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.5.1 (Ejen, Pelobi. Pengurus Kempen atau Perayu Undi)
Perkara 8.11 (Tingkahlaku Sewaktu Menjalankan Pentadbiran Parti)

4. Haji Saadun Basirun
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh tiga tahun daripada 12 Mac 2009 atau satu penggal pemilihan, yang mana terkemudian.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.1.2 (Rasuah / Sogokan Politik)
Perkara 5.5.1 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)
Perkara 5.5.2 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)
Perkara 5.6.1 (Majlis dan Pertemuan)

5. Rosli Hasan
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh tiga tahun daripada 12 Mac 2009 atau satu penggal pemilihan, yang mana terkemudian.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.1.2 (Rasuah / Sogokan Politik)
Perkara 5.5.2 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)

6. Puan Zalina Ismail
Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Katil

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh tiga tahun daripada 12 Mac 2009 atau satu penggal pemilihan, yang mana terkemudian.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.1.2 (Rasuah / Sogokan Politik)
Perkara 5.5.2 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)

7. Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh tiga tahun daripada 13 Mac 2009 atau satu penggal pemilihan, yang mana terkemudian.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.1.2 (Rasuah atau Sogokan Politik)
Perkara 5.5.2 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)
Perkara 5.6.1 (Majlis dan Pertemuan)

8. Dato' Mokhtar Samad
Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh satu tahun daripada 12 Mac 2009.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.1.2 (Rasuah / Sogokan Politik)
Perkara 5.3 (Penerbitan dan Penggunaan Media Massa Elektronik)
Perkara 5.5.2 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)

9. Dato' Haji Abdul Manan Ismail

Ahli UMNO Bahagian Paya Besar

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh satu tahun daripada 12 Mac 2009.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.5 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)
Perkara 5.6 (Majlis dan Pertemuan)
Perkara 7.1 (Pernyataan Akhbar atau Awam)

10. Amran Mat
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh satu tahun daripada 12 Mac 2009.

Jenis Kesalahan: Perkara 5.1.2 (Rasuah / Sogokan Politik)

11. Mohd Zuki Mohd Zain
Ahli UMNO Bahagian Gua Musang

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh satu tahun daripada 12 Mac 2009.

Jenis Kesalahan: Perkara 5.1.2 (Rasuah / Sogokan Politik)

12. YB Dato Haji Md. Sohaimi Haji Mohamed Shah
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar

Didapati bersalah, diberi amaran.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.5 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)
Perkara 5.6 (Majlis dan Pertemuan)
Perkara 7.1 (Pernyataan Akhbar atau Awam)

13. Mohd. Zaili Besar

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Paya Besar

Didapati bersalah, diberi amaran.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.5 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)
Perkara 5.6 (Majlis dan Pertemuan)
Perkara 7.1 (Pernyataan Akhbar atau Awam)

14. Mohd. Shohaimi bin Jusoh
Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar

Didapati bersalah, diberi amaran.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.5 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)
Perkara 5.6 (Majlis dan Pertemuan)
Perkara 7.1 (Pernyataan Akhbar atau Awam)

15. Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia / Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau

Didapati bersalah, diberi amaran.

Jenis Kesalahan:
Perkara 10.1 (Anggapan Kebersalahan Pihak Ketiga)

Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir