Skip to main content

Kalau tak kempen hanya boleh dapat No. 29

MB Pahang YAB Dato' Sri Adnan Yaakob yang tidak berkempen untuk jawatan Majlis Tertinggi UMNO hanya mampu mendapat 1120 undi daripada 2519 perwakilan yang mengundi dan menduduki tempat ke 29 daripada 49 orang calon yang menawarkan diri.

Hanya 25 orang sahaja yang mendapat kerusi Majlis Tertinggi.

Sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia YAB Dato' Sri Adnan berkata "Jadi, terbukti bahawa apabila kita tidak turun ke bawah berjumpa rakyat, buat baik dengan mereka, kita tidak akan menang,"

MB Johor hanya dapat 1189 undi menduduki tempat ke 27. MB Negeri Sembilan yang juga tidak berkempen sangat dapat 968 undi menduduki tempat ke 34, manakala MB Perlis hanya dapat 576 undi di tempat 39.

Begitu lah nasib 4 orang MB yang kalah itu.

Bagi Menteri pula, Azalina hanya mampu menduduki tempat ke 26. Dato' Shahrir di tempat ke 32.

Bagi Timbalan Menteri, Noraini di tempat ke 31, Johari Baharom ke 33 dan Hassan Malek ke 41.

Mari lah kita sama-sama fikir apakah cara "buat baik dengan mereka" yang terbaik yang dimaksudkan oleh DS Adnan itu? Adakah performance semasa menjalankan tugas samada sebagai Menteri Besar, Menteri dan Timbalan Menteri tidak mencukupi? Apakah keupayaan menewaskan Pembangkang di Negeri masing-masing juga tidak mencukupi?

Wallahualam bissawab... soalan tuan tak dapat dijawab...

Hanya Allah yang Maha mengetahui.

Comments

  1. DS Adnan, kene tumpu kat negeri. Dah banyok wakil Pahang dalam MT. Ok lah tu..

    ReplyDelete
  2. DS Adnan masih diminati
    No. 29 walau tidak melobi
    Lebih mulia dari KJ dapati
    KJ menang menjadi liabiliti

    Kerjabuat DS Adnan teruji
    PRU 12 Pahang gagah lagi
    Mungkinkah punya strategi
    Semua MB kena korban diri

    Sebagai orang tua di negeri
    Kurang wajar MB sakit hati
    Kukuh UMNO/BN semesti
    Semoga Allah akan berkati

    http://koleksipuisiserling.blogspot.com/2009/03/langkah-kiri.html

    ReplyDelete
  3. Besar kemunkinan DS Adnan ni tidak memikirkan "tempat" sangat-sangat sebagaimana dia memikirkan khidmat.

    Doa rakyat hanya khas untuk wakilnya yang menumpukan kepada khidmat.

    Semuga DS Adnan dikurniai Allah dengan tambahan kebesaran hati dan dilindungi dari kebesaran nafsu serakah.

    ReplyDelete
  4. Salam Dato',

    Bagi pendapat saya yang kerdil ini, rakyat Malaysia masih belum matang dalam membuat pemilihan pemimpin yang betul-betul boleh perform. Nampaknya ramai yang masih senang termakan dek janji-janji semasa kempen, bukannya menitik-beratkan mutu perkhidmatan yang telah diberi.

    Macam mana lah nak tukar mind set orang Melayu ni? Gah nya kempen politik seseorang ahli politik sepatutnya tidak harus jadi kayu pengukur kehebatannya. It is in the years of quality service rendered to the people that should be given emphasis. When are we going to learn?

    ReplyDelete
  5. Salam Ida,
    Thank you for your comment. You are not kerdil. Its people like you that UMNO should reach out to. The hearts and minds of the majority of the rakyat. If people like you did not have any support for the government, the government will fall. Its the educated Malays like you that UMNO should take care. Its people like you that UMNO should give the fishing rods and not just the fish.

    If you and family happen to be in Kuantan, please look me up. I am at the MB's office Wisma Sri Pahang. We are rawa after all..Salam to your beloved hubby and children..

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...