Skip to main content

Ghairah sangat nak jadi MB Pahang

Updates : 1. Kalau Tajuddin Presiden UMNO, DS Adnan letak jawatan
2. Pas Pahang buat laporan palsu di SPRM. Wakil rakyat Parlimen Paya Besar bukan terlibat politik wang atau rasuah!
3. Adnan Won't Step Down Just Because Tajuddin Says So




Tajuddin Sulaiman Ketua Bahagian Paya Besar Pahang buat kenyataan akhbar desak MB Pahang letak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang sebagaimana yang dapat dilihat dari salinan surat diatas. Katanya MB Pahang perlu ambil tanggung jawab kepada perbuatan YB Dato' Manan Ismail, YB Dato' Sohaimi Md Sah, YB Mohd Shohaimi Jusoh dan YB Mohd Zaili Besar yang telah dikenakan tindakan Lembaga Disiplin kerana melanggar tataetika UMNO.

Saya hendak tegaskan kesemua YB yang disebut diatas TIDAK TERLIBAT dengan apa yang sekarang ini diistilahkan sebagai POLITIK WANG.
Mereka dikenakan tindakan atas :
  • Berkempen semasa pemilihan Bahagian iaitu BERKEMPEN MENENTANG TAJUDDIN.
  • Mengatur satu majlis untuk berkempen
  • Kempen mereka itu disiarkan dalam ahkbar SINAR @ KUANTAN.

YB Dato' Manan dikenakan hukuman gantung keahlian selama 1 tahun manakala yang lainnya diberi amaran. Sila lihat pada dokumen yang dilampirkan.



Apa pula kaitannya MB Pahang yang dituduh oleh Tajuddin sebagai dalang kepada "keberanian" mereka-mereka itu untuk melanggar tataetika? Tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Frivolous and vexatious! Tajuddin dendam kesumat dengan MB sejak dilucutkan jawatan sebagai SU Perhubungan dahulu lagi. Dendam sebab tidak bertanding PRU 12 yang lalu.
Yang pastinya ada dalang dibelakang Tajuddin untuk menjatuhkan MB Pahang dan ada yang terliur untuk jadi MB.
Kalau ada yang bercita-cita untuk menjadi MB, tiada salahnya. Jadi MB atau tak jadi MB adalah ditentukan Allah belaka.
Selalunya yang ghairah sangat hendak jadi MB itu tak dapat. Ada kisah di zaman dulu...isteri kepada hamba allah yang ghairah sangat nak jadi MB dah pergi ke Kediamanan Rasmi MB dan ukur langsir. Tiba-tiba orang lain yang jadi MB!

Comments

  1. Pahangdaily online bohong : Tuduh Ahli Parlimen dan Tiga Adun amal politik wang

    Baca lagi di :
    http://www.warisanpahang.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...