Skip to main content

SURAT TERBUKA UNTUK YB DATO’ SERI IR. NIZAR JAMALUDDIN.

ASSALAMUALAIKUM YB DATO' SERI,

Dengan segala kerendahan hati saya menulis surat ini sebagai seorang Melayu dan adalah peribadi tanpa perlu mengambil kira apa jawatan saya.

Saya juga memohon bersikap kurang ajar kepada YB Dato' Seri. Kurang ajar saya ini adalah jawapan dan balasan kepada sikap dan perbuatan YB Dato' Seri yang derhaka kepada KDYMM Paduka Sultan Perak.

Untuk makluman YB Dato' Seri, dulu, yakni sebelum YB Dato' Seri derhaka kepada Raja, saya ada juga perasaan mengagumi YB Dato' Seri. Saya kagum kerana dengan takdir Allah SWT, YB Dato' Seri telah dengan izinNya diangkat martabat untuk menjawat jawatan YAB Menteri Besar Perak. Hanya Allah yang berkuasa menentukan atau mengangkat martabat seseorang itu. Sesungguhnya Allah telah memilih YB Dato' Seri kerana Allah sahaja yang tahu akan kebolehan YB Dato' Seri.

Saya juga selalu mendengar kata-kata dan ungkapan baik yang diluahkan oleh YAB Dato' Sri Hj Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang, terhadap YB Dato' Seri setiap kali saya bersama beliau. YAB Dato' Sri Adnan selalu memuji YB Dato' Seri sebagai seorang yang baik, berhemah dan beradap. Malah YAB Dato' Sri Adnan pernah berkata kepada saya bahawa YB Dato' Seri adalah seorang pemimpin yang baik dan pandai.

Semua yang diungkapkan oleh YAB Dato' Sri Adnan itu adalah hasil penelitiannya semasa pertemuan dalam Mesyuarat Menteri Besar/ Ketua Menteri dan Mesyuarat Majlis Raja-raja.

Sekarang semua itu telah hancur berderai dan saya serta merta hilang hormat kepada YB Dato' Seri.

Maafkan saya YB Dato' Seri, saya ingin kurang ajar dengan menyatakan bahawa YB Dato' Seri sudah hilang pertimbangan sehingga sanggup derhaka kepada Raja. YB Dato' Seri harus ingat bahawa lantikan YB Dato' Seri dahulu sebagai Menteri Besar adalah atas kuasa budibicara Sultan Perak. Cubalah YB Dato' Seri ingat bahawa parti PAS di Perak adalah minority tetapi YB Dato' Seri telah dijadikan Menteri Besar. Itu pun kerana Tuanku Sultan menggunakan kuasanya untuk tidak melantik bangsa lain sebagai Menteri Besar walaupun ada peruntukan memberi kuasa kepada Tuanku Sultan untuk mengenepikan peruntukan mengenai Menteri Besar itu mesti seorang Melayu berugama Islam.

YB Dato' Seri telah mengadap Tuanku Sultan atas perkiraan YB Dato' Seri bahawa majority kerajaan PR pada masa itu telah HILANG atau KURANG majority di Dewan Undangan Negeri Perak dan mahu Dewan dibubarkan untuk adakan pilihanraya semula diseluruh Negeri Perak.

Saya juga yakin bahawa YB Dato' Seri tahu pada masa itu ada risiko yang YB Dato' Seri terpaksa hadapi. Risikonya adalah Tuanku Sultan boleh tidak bersetuju dengan YB Dato' Seri dan kalau Tuanku Sultan tidak setuju dengan YB Dato' Seri, YB Dato' Seri MESTI letak jawatan! Malah ada juga dilaporkan oleh media cetak bahawa YB Dato' Seri akan patuh kepada apa juga keputusan Tuanku Sultan kerana YB Dato' Seri yakin dengan kebijksanaan Tuanku Sultan.

Apabila Tuanku Sultan telah menitahkan bahawa permintaan YB Dato' Seri untuk membubarkan Dewan tidak dipersetujui dan YB Dato' Seri MESTI letak jawatan, kenapa YB Dato' Seri perpaling kepada bertindak derhaka?

YB Dato' Seri,

Orang Melayu berpegang kepada janji. Hanya kerbau dan lembu yang dipegang pada talinya. Janji YB Dato' Seri adalah akan patuh kepada keputusan Tuanku Sultan. Sebagai seorang Islam, YB Dato' Seri tahu apa ertinya mungkir janji. Bukankah itu sifat munafik?

YB Dato' Seri,

Kenapa harus diikut kehendak dan telunjuk rakan-rakan DAP YB Dato' Seri? Berkata benarlah YB Dato' Seri bahawa kerajaan yang YB Dato' Seri pimpin dahulu adalah boneka. Boneka kepada telunjuk DAP! Sanggup YB Dato' Seri derhaka atas alasan mempertahankan kerajaan yang dibawah telunjuk DAP sedangkan DAP terang-terang menentang perlaksanaan Hudud yang diperjuangkan oleh PAS? Sanggup YB Dato' Seri membelakangkan Raja Melayu demi mempertahankan kehendak DAP?

YB Dato' Seri,

Derhaka YB Dato' Seri adalah kepalang dan tidak bertempat!

Mungkin YB Dato' Seri tidak yakin kepada institusi Raja selepas dihasut oleh DAP dan kuncu-kuncunya. Kalau itulah pendirian YB Dato' Seri, amat malang sekali bagi YB Dato' Seri. Dulu semasa YB Dato' Seri mahu jadi Menteri Besar, Raja lah tempat YB Dato' Seri bersandar. Kenapa sekarang Derhaka? Bukankah itu kurang ajar? Lebih kurang ajar dari perbuatan saya menulis surat terbuka ini!

YB Dato' Seri,

Perhatikanlah baik-baik. Siapakah yang sibuk menunjuk perasaan menentang Raja pada hari Jumaat 6hb Februari 2009 yang lalu? Berapa keratkah bangsa DAP yang bersama? Majoritynya Melayu selepas bersolat Jumaat. Sanggup YB Dato' Seri melihat bangsa YB Dato' Seri sendiri kurang ajar kepada Raja Melayu?

Percayalah YB Dato' Seri, kalau betul YB Dato' Seri seorang Islam, semua yang berlaku kepada YB Dato' Seri itu adalah kehendak Allah SWT. YB Dato' Seri dapat jawatan dulu kehendak Allah SWT dan YB Dato' Seri hilang jawatan sekarang ini juga kehendak Allah SWT. Allah SWT maha mengetahui apa yang baik untuk YB Dato' Seri. Mungkin Allah SWT berkehendakkan YB Dato' Seri menjadi Pembangkang sahaja di Dewan Undangan Negeri Perak dan bukannya sebagai Menteri Besar. Ada hikmahnya disitu dan itu adalah pasti!

YB Dato' Seri,

Sekarang ini semuanya terpulang kepada YB Dato' Seri. Hentikan penderhakaan ini dan umumkan bahawa YB Dato' Seri menerima keputusan Tuanku Sultan dan hentikan segala kegilaan ini. Tiada siapa yang boleh buat apa-apa kalau YB Dato' Seri lepaskan tuntutan gila untuk menjadi Menteri Besar itu.

YB Dato' Seri,

Sedarlah bahawa jawatan Menteri Besar telah diambil semula oleh Allah daripada YB Dato' Seri. Hari Selesa 10hb Februari 2009 ini tidak perlulah YB Dato' Seri "berebut siapa sampai dulu di Pejabat Menteri Besar ".

Sebaliknya saya harap dan berdoa YB Dato' Seri umumkan yang YB Dato' Seri menerima keputusan KDYMM Tuanku Sultan segera.

Hentikan lah segala kegilaan ini!

Sekian

Ikhlas dari,

Dato' Shamsuddin Haji Nawawi, DIMP

Comments

  1. pernah berjumpa dengan ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang terlalu banyak bercakap mengenai harta dan pangkat. pernah juga berjumpa mereka yang melakukan maksiat walaupun mereka menegah. mungkin prinsipnya "buat yang aku cakap, jangan buat apa yang aku buat". kadang manusia ada ilmu tetapi tiada amalnya. kadang manusia menggunakan ilmu untuk menghalalkan kesalahan mereka. jadi jangan pelik

    ReplyDelete
  2. Mencurah air di daun keladi rasanya lebih baik dari menasihati puak ini.

    ReplyDelete
  3. sy setuju dengan apa yg dikatakan,, pernah bertemu skali ngan yb dato di pusara arwah dato razali semasa kempen prk kuala terengganu,, sy kagum ngan perwatakan dato yb,, sy pikir apa yg terjadi ni semua bukan atas kehendak yb,, fikir2 kan dan renung2 kan lah blk,,

    ReplyDelete
  4. salam yeeopp,
    Ate oghang macam ni memang bangang tak boleh diajor.. apa idaknya, dah tentu dikutuk sampai bila-bila kat perak tu.. ini ha , tambah lagi dengan kurangajor dia dengan raja perak tu, .tima kasih atas surat terbuka tu, hantar je ke tv3 ke, post kerumah mb perak tu ha...mercy...

    ReplyDelete
  5. http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=388527

    Al-Fatihah buat Allahyarham Roslan Shaharudin. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

    Dari kacamata politik, biarlah kekosongan kerusi Parlimen di Perak ini dapat menyelesaikan kekusutan di Perak. Siapa yang rakyat pilih, kita serah kepada rakyat Perak. Bukan Pakatan "Rakyat" yang tentukan.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  6. Yeop, kita terkilan juge menengokkan yang buat kerja kurang hajo tu lepeh sembahyang jumaat.Agak agaknye siap dengan 2 rakkat sunat dan konon kononnya udah bersedia lah kiranya nak masti shahid dengan menelentang di tengah jalan. Lepeh tu teman nengok, menutup mulut pula. Pasai ape? Takut masuk asap kereta? Gamaknye macam itu lah kite ni ye?. Beruk dapat cincin atau beruk dapat bunge. Kita ni Melayu Islam. Tanah ni Tanah Melayu. Kite punye. Pasal apa jadi barua kafir yang terang terang tak suka Melayu dan Ugama Islam? Dia orang pun tahu, Islam tu bukan hak kita Melayu, hak semua. Entah lah yeop!

    Pak Uteh

    ReplyDelete
  7. I would like to know how much you are paid by Barisan Najis to put up this blog?????be true to yourself.when you die you cant take the money anywhere.Why dont you take up some of your time praying.Tell your friends of Barisan Najis to Bubar Dewan Negri Perak and see what the RAKYAT will do to you all.Take up the DARE.

    ReplyDelete
  8. kita sahaja mesti hormat raja, raja tak perlu hormat kita. raja pun manusia bukan tuhan,

    sejarah dah banyak memberitahu bahawa banyak raja-raja telah kurang ajar kepada rakyatnya.

    sudah lah jangan bodohkan orang melayu, dah banyak melayu bodoh.

    ReplyDelete
  9. Anon at 12:52AM

    You be true to yourself, you wanker!...your attitude "hollier than thou" stinks like manure...

    And your just plain stupid....you dont read and talk cock...this is a blog of a political secretary to the MB of Pahang lah....bodoh nak mampus....

    If you dont like what u read...tough! but dont preach nonesense yeah....there's a whole lot of you who thinks you're the majority....hello brother....!!! BN got 52% of the support lah....idiots!!

    ReplyDelete
  10. apakah Bendahara Tun Perak layak digelar penderhaka Sultan apabila membuat sembah derhaka untuk tidak membunuh Tuah malah hanya menyembunyikannya. Pada hari ini, YB Nizar juga membuat sembah derhaka untuk menasihati Sultan agar membubarkan DUN kerana Perak telah di-porak perandakan BN dan Adun Lompat. Kenapa perlu Sultan mendengar sembah orang luar Perak kononnya Pengerusi BN Perak? Kenapa tidak dikembalikan kuasa memilih kepada rakyat jelata. Kedudukan BN dan PR adalah sama 28-28, cuma 3 Adun Lompat yang bertindak sebagai Bebas. 11 bulan dahulu mereka juga mengakui YB Nizar sebagai MB, kini berubah hati condong kepada BN, apakah beberapa bulan akan datang mereka mungkin condong kembali kepada PR dan pada masa itu YB Zamry juga terpaksa sembah derhaka mohon bubarkan DUN.

    ReplyDelete
  11. Adapun patik ingin mencelah,terpanggil utk menjawab,kerana YB DATO SERI amat sibuk..BUAT DATO SAMSUDIN..Saya tak salahkan tuk,barangkali tuk dah nyanyuk..maklumlah dgn gelaran yg ada pd tuk,semua org tahu,DASAR PENGAMPU..Kita x yah nak gi jauh2,cukup sekadar kita melihat diri kita sendiri..apa yg patut kita perjuangkan ! Al-Quran @ perlembagaan manusia..? kalau kita tahu mengucap,InsyAllah..

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir