Skip to main content

Nak Saman Sultan Perak?

Lanjutan dari krisis MB Perak ada pihak yang bercadang menyaman KDYMM Sultan Perak. Kononnya keputusan Baginda adalah salah dan tidak mengikut Perlembagaan. Krisis di Perak boleh diringkaskan secara berikut:-
  • Nizar (MB dulu) mengadap KDYMM Sultan untuk minta izin bubarkan Dewan Undangan Negeri kerana 3 + 1 ADUNnya telah berpaling ke BN. Ini bermakna Nizar telah secara sendirinya mengakui bahawa beliau dan kerajaannya telah hilang atau kurang majority yang diperlukan. Kalau Nizar masih mengatakan kerajaannya masih ada majority atau bercadang untuk terus memerintah secara Minority Government, kenapa perlu mengadap Sultan untuk bubarkan Dewan?
  • KDYMM Sultan telah tidak bersetuju dengan Pembubaran tetapi sebaliknya meminta Nizar menyerahkan surat letak jawatan dan jika gagal berbuat demikian, jawatan MB itu kosong dengan sendirinya. KDYMM Sultan masih mahu menjaga maruah Nizar dengan berbuat demikian. Adalah sangat malang bagi Nizar jika KDYMM Sultan memberikan Nizar surat berhenti kerja!
  • KDYMM Sultan telah melantik MB yang baru secara yang diperuntukan oleh Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Tengku Razaleigh menyatakan bahawa tindakan KDYMM Sultan itu juga salah. Hujah beliau boleh dibaca disini.
Tengku Razaleigh mengatakan
"Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin is still the Perak Mentri Besar until he resigns of his own accord, or is removed by a vote of no-confidence in a formal sitting of the State Assembly, said Tengku Razaleigh Hamzah"
Kepada beliau saya ingin katakan seperti berikut:-
Sebagaimana saya hujahkan sebelum ini, lantikan MB adalah kuasa budibicara mutlak KDYMM Sultan dan perlantikan juga bererti mestinya ada kuasa untuk memecat yaitu Hire & Fire. Adakah "vote of no-confidence in a formal sitting of the State Assembly" sahaja caranya untuk menentukan seseorang MB itu masih lagi ada kepercayaan majority di Dewan?

Kepada saya berbagai-bagai cara lain boleh menentukannya dan antara contohnya adalah seperti berikut:-
  • Apabila majoriti Ahli Dewan pergi mengadap KDYMM Sultan dan menyembahkan bahawa kesemua mereka secara lisan dan/atau bertulis menyatakan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap MB.
  • KDYMM Sultan adalah satu komponen Dewan Undangan Negeri dan ini sudah cukup untuk KDYMM Sultan untuk membuat "in his judgment ceases to command the confidence of the majority in the Assembly".
  • Situasi yang memalukan MB dengan "a vote of no confidence in a formal sitting of the State Assembly" adalah redundant dan memalukan MB sahaja. Bukan adat dan budaya Melayu untuk dimalukan begitu! Sayugia diingatkan MB mengikut Undang-undang Tubuh Perak dan juga Pahang serta lain-lain negeri beraja di Malaysia "mestilah seorang Melayu yang berugama Islam!"
Saya hujahkan bahawa kenyataan Tengku Razaleigh itu adalah cetek dan sama sekali tiada mempunyai asas!

Hujah ini boleh dilanjutkan lagi kalau kita mahu pergi jauh sehingga membuat analogi kalau sekiranya semua ADUN adalah ahli yang tiada berparti yakni semuanya Ahli Bebas. Saya telah hujahkan bahawa ADUN adalah dipilih atas kapasiti peribadi dan bila menjadi ahli Dewan, beliau bukan disebut sebagai mewakili mana-mana parti tetapi mewakili sesuatu kawasan.
  • Dalam situasi kalau semua Ahli Dewan tiada parti, siapa yang akan jadi MB?
  • Kuasa siapakah yang melantik MB dan EXCO?
  • Kuasa siapakah memecat atau mengantikan MB?
Hujah saya, semua kuasa itu ada pada Raja dan itu termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan.

Hujahkan pula kalau MB itu perlu digantikan dengan yang baru dalam keadaan yang lain yakni bukannya dalam keadaan MB itu hilang kepercayaan majority di Dewan. Contohnya kalau MB itu telah melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan adat Melayu atau ugama Islam atau membuat sesuatu yang merosakkan keharmonian keselamatan Negeri. Bukan kah ianya juga dalam budibicara mutlak KDYMM Sultan?

Selama ini kita hanya ditontonkan dengan MB itu diberi nasihat untuk berhenti atau dibawa bertugas di peringkat Pusat atau pun tunggu pilihanraya umum akan datang untuk MB itu tidak dilantik lagi. Ini adalah apa yang di panggil convention yang kita warisi dari Westminster.

Tiada salahnya mewarisi apa yang baik dari Westminster tetapi kita tambah pula dengan adat dan amalan menjaga maruah seseorang.

KDYMM Sultan Perak telah bertindak secara penuh teliti dan Nizar perlu sedar bahawa maruahnya telah dijaga sebaiknya oleh KDYMM Sultan. Jangan lah derhaka tidak bertempat!

Comments

  1. Some of the posts and comments that I've read today on this matter are using Kuli's opinion as the main basis of their `contention'. Ni kalau diorang pergi buat modal kat mahkamah, mampus! Heheh!

    And another thing: People seem to forget that Sultan Azlan is a former Lord President. One doesn't get any higher than that when it comes to the judiciary in Malaysia. It's as if these people are thinking that they know the law better than His Highness - especially when it comes to those specific on PERAK and THE SULTAN!

    By the way, Nizar had previously said on Wednesday that he would abide by what the Sultan would decide: Malay Mail: Sultan will be fair, says Perak MB.

    Then, after the Pakatan leaders' meeting, he has gone the other way! Nizar is a good person; this almost everyone will agree. However, it also shows that the company one keeps goes a long way to influence one's actions. I'd say it's high time Nizar returns to the company of "good people" - of people who are like him.

    ReplyDelete
  2. Here's an interesting post to add to your posts here; for those bent on arguing the legal details and technicalities. It's by journalist Shamsul Yunos: Nizar sacked himself

    Among other things, he had written these intriguing lines:
    "What happened here is an example of a lack of understanding of how the law works,

    If you tell the Sultan that you no longer command majority, by asking for dissolution then you have basically shot yourself in the foot

    which is surprising because I am sure that Pakatan has an army of lawyers, Karpal is famous , I was told Kit Siang is legally qualified and many others...."

    ReplyDelete
  3. MB Perak sekarang ini Mamak pula !,,bukan Melayu-lah.
    Boleh-kah ?.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir