Tindakan Sivakumar menggantung MB & Exco Perak dari menghadiri DUN adalah salah sama sekali. Salah dari awal...tak perlulah cari QC dari London untuk buat pandangan undang-undang.
Saya ingin tegaskan bahawa tugas Speaker adalah sama seperti seorang hakim di mahkamah. Mesti tidak bias, fair dan tidak berpihak (impartial).
Namun yang paling penting difahami adalah sama seperti Hakim, Speaker hanya boleh bertindak apabila ada SIDANG. Di Mahkamah, Hakim membuat segala tugas semasa ada SIDANG atau "when the Court is in session" atau "when the Court is sitting". Ini bermakna, dalam menjalankan tugasnya Hakim perlu ada "court sitting". Contohnya, apabila Hakim hendak umumkan keputusan kes, Hakim mesti panggil sidang mahkamah. Hakim tidak boleh buat keputusan atau bacakan keputusan kes dihadapan akhbar atau media sahaja. Sidang mahkamah itu pula mesti dihadiri oleh semua pihak yang terlibat dalam kes itu. Kalau ada pihak yang tidak dapat hadir mahkamah boleh tangguhkan atau dalam hal-hal tertentu boleh teruskan dengan undertaking akan dimaklumkan kepada pihak yang tidak hadir.
Begitu juga dengan Speaker DUN. Tugas dan kuasa Speaker hanya ada bila ada SIDANG DUN. Semasa tiada Sidang DUN, Speaker tiada sebarang perkara yang boleh dilakukan selain dari mesyuarat Jawatankuasa Pilihan (Select Committee) yang beliau terlibat. Dalam hal ini, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (Committee for Privileges). Jelas sekali bahawa semua perkara yang hendak dilakukan oleh Speaker mesti dibuat semasa SIDANG DUN. Speaker tidak boleh buat pengumunan apa-apa pun diluar SIDANG DUN. Keputusan apa pun tidak boleh dibuat dengan pengumuman media sebagai contohnya. Di Pahang ada peruntukan dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat DUN yang menyebut:-
Premature publication of Evidence S/O 75.
"The evidence taken before any Select Committee and any documents presented to such Committee shall not be published by any member or such Committee, or by any other person, before the Committee has presented its Report to the Assembly".
Ini bermakna, semuanya mesti dibuat laporan kepada DUN dahulu baru boleh dihebahkan. Dalam istilah DUN ia dipanggil "embargo sehingga..."
Kenapa semua perkara perlu dibentangkan dalam DUN? Ini adalah kerana semua perkara yang disebut atau diucapkan MESTI direkodkan dalam HANSARD. Hansard adalah penyata rasmi DUN dan dibuat verbatim.
Pengumunan penggantungan terhadap MB & Exco Perak dibuat oleh Speaker diluar dari SIDANG DEWAN dan adalah sama sekali tidak sah kerana:-
- Evidence dan recommendation Jawatankuasa Hak tidak dibentangkan dalam Sidang Dewan.
- Speaker umum keputusan (cadangan) Jawatankuasa Hak di luar SIDANG Dewan melalui press release.
- Tiada catitan Hansard kerana catatan hansard hanya dibuat semasa Sidang Dewan dan bukan dalam kamar Speaker. (Disini tugas Speaker berbeza dari Hakim dimana Hakim boleh bersidang dalam kamar).
Perlu juga diingat bahawa Speaker mesti ikut amalan DUN dan Parliament lain dan bukannya ikut suka hati beliau sahaja. S/O 88 dalam Peraturan Mesyuarat DUN Pahang berbunyi:-
"All matters not specifically provided in these Orders and all questions relating to the detailed working of these Orders shall be regulated in such manner, not inconsistent with these Orders, as Mr Speaker may from time to time direct; and in giving any such direction Mr Speaker shall have regard to the usages of Commonwealth Parliamentary practices so far as such usages can be applied to the proceedings of the Assembly"
Ini bermakna amalan di England boleh lah juga dipakai dan begitu juga dengan apa yang dipakai di Parliament Malaysia.
Di England dan juga di Parliament Malaysia, Committee for Privileges itu melapor kepada Sidang Dewan dulu baru dibuat keputusan. Ini disahkan sendiri oleh orang yang pernah kena tindakan dalam hal yang sama iaitu YB Karpal Singh.
KENAPA Sivakumar buat lain?
Mungkin beliau dapat nasihat dari Ambiga President Bar Council yang mengatakan bahawa tindakan Sivakumar ada jaminan dalam Perlembagaan iaitu Perkara 72 Perlembagaan Malaysia.
Perkara 72 berbunyi:-
"Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah."
Saya setuju bahawa apa-apa pun yang dilakukan oleh Speaker dan Ahli DUN semasa SIDANG DUN memang tidak boleh didakwa di mahkamah. Tetapi seperti yang saya hujahkan diatas, tindakan Sivakumar bukan semasa Sidang DUN. Pengumuman penggantungan MB & Exco Perak TIDAK dibuat semasa SIDANG DUN dan adalah dibuat DI LUAR SIDANG DEWAN dan adalah premature publication seperti yang saya sebut diatas.
Samada Hakim atau Speaker, mereka hanya boleh buat keputusan semasa SIDANG. Hakim kena catit sendiri keterangan, hujjah dan keputusannya manakala Speaker di catit oleh pencatit Hansard. Kedua-duanya perlu Verbatim.
Diluar Dewan, Speaker tak ada kuasa apa-apa pun!
serupa lah kes sultan dapatkan pengesahan majoriti sokong BN di Istana jer
ReplyDeleteTak payah pakai DUN...tak payah motion of no confidence
Apa la sedara ni...cakap tak serupa bikin
blowdwhistle
ReplyDeleteTolong tunjukkan peruntukan mana yg perlukan Sultan panggil undi vote of confidence dalam DUN untuk buat keputusan siapa ada majority.
Ignorance of the law is no excuse for u sedara!
penyokong PR menang suka hearsay, begitu juga dgn kebanyakkan rakyat Malaysia.suka bergossip sgt!
ReplyDeleteNamapun blowd whistle.....
ReplyDeletePantang dapat wisel, terus nak ditiup, tak cek dulu wisel tu ada apa didalamnya...ntah-ntah ada air...dan air tu pula air 'kencing' B A B I
Dato' Sam,let QC to decide lah.All the best.
ReplyDeleteKeputusan sebelum dan selepas kena todi tentulah berbeza.
ReplyDeleteFrancis,
ReplyDeleteWhat make u opine that QC should decide? QC are not judge. Do you know what u are talking about?
The govt. shd refer to u instead of QC:(
ReplyDeleteThis post makes the most sense in deciding the "Senior Sultan Sivakumar" issue. Suddenly, all those legally-trained loudmouths who insist that "the Speaker had acted within the scope of his powers" - and quoted all sorts of legalese to `support' their opinions - are shown to be either pompous manipulators or bodoh-sombong ignoramuses.
ReplyDeleteAnd all these people not realising that "the Assembly must be in session, first and foremost" -What a bungle! It's like a referee showing the red card to players before a match had started Haha!
Okay, what `impasse' is there now? Snap election, as Pakatan are so desperate to have? Looks like you'll have to forget it. Anwar Ibrahim and Lim Kit Siang especially are staking a lot of hope on creating confusion and chaos. Mana nak letak muka ni...
takkan BN nak berbangga dengan menubuhkan kerajaan cara begini.....sekrg apa jadi dgn kes rasuah dua adun yg pro BN tu.....senyap....jadi benda macam ni amat memalukan terutama BN.... nampak macam salahguna kuasalah....walaupun mahkamah tak bersidang kata gitu...tapi rakyat berpandangan begitu....rakyat didahulukan ...
ReplyDelete