Skip to main content

Rungutan Masyarakat Cina di Kuala Terengganu

Rungutan masyarakat dan pengundi Cina yang telah saya temui di Kuala Terengganu antara lainnya adalah seperti berikut:-

  1. Masalah Geran Hakmilik Kekal bagi Kampung Baru Cina

    Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak telah umumkan pemberian geran hakmilik kekal secara berperingkat kepada penduduk Cina Kampung Baru SEDANGKAN Kerajaan BN pula tidak berniat untuk memberi geran hakmilik kekal kepada rakyat.

    Jawapan:-

    Pemberian ataupun niat untuk berbuat demikian oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah bertentangan dengan dasar yang telah dikeluarkan olah Majlis Tanah Negara yang mana semua kerajaan negeri adalah menjadi ahli. Perkara ini jelas tidak dapat dilaksanakan dan Perak hanya bermain politik.

  2. Masalah Pendidikan Cina

    Sekolah Persendirian Cina masih memerlukan bantuan dari masyarakat Cina sendiri TETAPI kerajaan Pakatan Rakyat pula memberi peruntukan dan tanah kerajaan kepada Sekolah Persendirian Cina.

    Peruntukan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina perlu diberi secara sistematik dan terancang.

    Memohon agar kerajaan dapat membina Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan untuk memenuhi keperluan masyarakat Cina.

    Jawapan:-

    Kerajaan Barisan Nasional telah pun mengumumkan peruntukan yang begitu besar untuk tujuan seperti rungutan masyarakat Cina ini. Mungkin mereka belum dapat melihatnya secara fizikal kerana perlaksanaannya adalah berperingkat-peringkat. Masalah ini boleh diselesaikan dengan penjelasan yang perlu dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat tidak sampai kepada mereka dan perlu disampaikan secukupnya.

  3. Kalau pilih Wakil rakyat dari Pakatan Rakyat, dia akan berkhidmat di kawasannya TETAPI Wakil Rakyat dari Barisan Nasional hanya akan berkhidmat di Kuala Lumpur.

    Jawapan:-

    Ini adalah satu tanggapan yang salah sama sekali. Calon dari Pakatan Rakyat juga akan berkhidmat di Kuala Lumpur untuk ke Sidang Parlimen. Malah masanya akan dihabiskan di Parlimen dan juga sebagai ADUN dia juga terpaksa ke Sidang Dewan Undangan Negeri. Macam manakah dia dapat membahagikan masanya. Calon ini ibarat mahu berkahwin kali kedua dan sudah tentu akan timbul masalah pembahagian masa. Akhirnya nanti "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran". TETAPI bagi Calon Barisan Nasional, beliau telah dijanjikan jawatan Timbalan Menteri dan sudah pasti akan membawa keuntungan kepada masyarakat Terenganu dan Kuala Terengganu secara khususnya. Kalau beliau tidak disokong dan tidak diberi undi maka hilanglah kedua-dua jawatan Timbalan Menteri yang selama ini milik Terengganu. Allahyarham Dato' Razali yang juga Timbalan Menteri sudah pun tiada. Calon PR ini bukan boleh menjadi Timbalan Menteri kerana kerajaan Pusat di bawah BN. Sebagai ADUN pun beliau tidak boleh jadi EXCO kerana Terengganu adalah di bawah BN juga.

  4. Ramai Pengundi Cina telah berpindah ke tempat lain.

    Jawapan:-

    Ini adalah perkara biasa yang berlaku ditempat lain juga. Keluar ke tempat lain untuk mencari rezeki adalah perkara biasa. Mereka yang keluar ke tempat lain tetap menganggap Kuala Terengganu sebagai kampong halaman mereka. Adalah diyakini mereka akan kembali untuk mengundi. Tiada terdapat apa-apa kajian atau statistic yang mengatakan bahawa mereka itu keluar dari Kuala Terengganu kerana kelaparan atau ketiadaan peluang perniagaan di Terengganu. Merantau adalah perkara biasa. Malah mereka yang berjaya adalah dari gulungan mereka yang pergi merantau dan membawa balik kekayaan.

Jelas sekali tiada isu besar di Kuala Terengganu ini. Bandar ini sudah pun banyak perubahan secara fizikal. Kemajuan adalah amat jelas dan boleh dilihat dengan mata kasar. Tiada pilihan lain bagi penduduk dan pengundi Cina melainkan mengundi dan menyokong Barisan Nasional. Mereka sepatutnya mempertahankan satu-satunya Wakil Rakyat Cina di DUN Bandar. Mereka sepatutnya tidak membuat apa-apa desakan kepada kerajaan BN. Secara fizikalnya tiada terdapat keluarga Cina yang daif di Terengganu ini.

Kepada masyarakat Cina di Kuala Terengganu, saya yakin mereka akan bertindak secara rasional dan munasabah.

Comments

  1. Frankly BN is reacting to the pressure from Pakatan Rakyat (rather than component members) and being more responsive. Without that pressure it would never have gotten of its arse and acted.

    Not sure it is doing the right thing in the examples above as separate school systems is not something I support but on a lot of other things including MACC, BN is acting because it is forced and must be seen to act. These are things it never did when it had the volition to do it. So the competition for votes overall is healthy and beneficial to the rakyat.

    ReplyDelete
  2. DSN,
    Good that you listen to them and provide immediate response with facts.. PR & PAS is circulating emails & photos (not sure if any in web/blog) claiming bad things about UMNO & BN to get people hate UMNO & BN and vote for PAS... I had forwarded email to you..

    ReplyDelete
  3. Personally I would like to see BN lose this by election so that the Government will realize that unpopular projects such as the aborted Sime Darby taking over of IJN and now the second LCCT terminal by AirAsia and Sime Darby should not be approved at all in the first place. How can we trust such a Government?

    ReplyDelete
  4. Brother Zawi,
    Losing KT (to me) is punishing the people of KT. It will be a pity to KT people if IJN or LCCT issues are used to punish them. I have been to KT since 1985 till now on regular basis & see the tremendous development here. I got to admit, KT is much better than Kuantan for that matter. Surely it will be slowed down if BN lose the seat.
    Let us pressure the BN Govt in another way re IJN & LCCT. I am able to say this bec. come March insyaAllah, the PM will be from Pahang.
    Thank you Abg Zawi (u are older than me, I am only 51 come March 2009)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. From this post i can feel that the Chinese are going to reject BN in this by-election!

    You all need stop living in denial.

    ReplyDelete
  7. DSN,
    Very assuring to hear from someone from the inner circle. We will wait till March then. Hope it wont be too late for the KLIA East@ Labu to be stopped.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir