Skip to main content

Penamaan Calon KT berjalan secara mesra!

Kali pertama sejak 1999 iaitu sejak saya jadi Setpol, penamaan calon berjaya dalam suasana penuh mesra.

Lihat sahaja gambar-gambar yang saya lampirkan dibawah. Khemah untuk penyokong BN & PR tiada pemisah dan kelihatan pemimpin-pemimpin kedua-dua pihak berbual mesra. Suasana diluar dewan pun sangat aman dan tiada banyak sorak menyorak seperti kelazimannya. Adakah ini kematangan politik Malaysia? Atau adakah perkembangan baru yang amat sihat.
Teresa Kok berbual mesra dengan Syed Hamid dan Hisham di dalam khemah BN.
Teresa Kok berbual dengan Chua Soi Lek dan seorang lagi pemimpin DAP didalam khemah BN.
Shahrizat bercium pipi dengan seorang pemimpin wanita Pas di khemah PR.
Shahrizat berbual serta beramah mesra dengan pemimpin wanita Pas di khemah PR.
Kelihatan juga DS Shahidan Kassim dan YAB DS Isa Sabu MB Perlis berbual mesra dengan YAB Azizan MB Kedah dan DS Mahdzir Khalid dalam khemah PR (Tidak sempat diambil gambar).
YAB Nizar MB Perak duduk dan berbual mesra dengan pemimpin-pemimpin BN dalam khemah BN.
Boleh dikatakan semua pemimpin kedua-dua BN & PR saling berbual mesra. Haji Hadi datang duduk dan berbual dengan DS Najib di khemah BN.
Hanya Lim Kit Siang sahaja yang duduk tidak bergerak gerak dalam khemah PR dan tidak pun mahu bersalaman dan bermesra dengan pemimpin lain di sebelah khemah BN.

Teringat semasa saya masih lagi practice law dulu (1982 hingga 2000). Masa berhujjah dan menyoal didalam mahkamah semuanya seperti lawan yang tiada peluang untuk berdamai. Tetapi selepas itu boleh makan bersama dan gelak ketawa di cafetaria...

Comments

  1. DSN..

    1) Alhamdulillah, tak ada apa-apa suasana yang tak diingini berlaku, rasa lega... Cuma, komen di dalam PDO kurang menyenangkan sikit... Buat hati rasa marah gak pada komen PDO tu yang I rasa tak benar...

    2) Saya amat berharap suasana begini terus berkekalan dalam Malaysian Politics, walaupun mungkin sesuatu yang amat sukar dilihat berlaku..

    3) Bagi saya.. Walaupun bercanggah pendapat, walaupun tak setuju dengan idea seseorang, when it comes to Friendship, semua kita perlu berbaik antara satu sama lain sebagai kawan dan tolak percanggahan ke tepi... Shake hand, makan semeja, smiles dan sebagainya..

    Thanks & Regards

    ReplyDelete
  2. Harap-harap berkekalan sehingga ke "jinjang pengundian" Dato' ;-) Selamat berkempen :-)

    ReplyDelete
  3. Salam Dato' SN,

    Bila baca pun seronok, masing-masing tunjuk semangat Malaysia. I guess they are becoming politically matured after PRU 12.

    Selamat berkempen Dato', I heard that many big shots from Pahang are camping there.

    ReplyDelete
  4. Salam Datuk, semoga tiada 'perang' di KT, mcm di Gaza!

    ReplyDelete
  5. Kezaliman PAS di Terengganu, sila buka :
    http://www.warisanpahang.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...