Skip to main content

BN/UMNO MESTI Berhenti Kempen PRK Kuala Terengganu esok Jumaat 9 Jan. 2009!

Saya ingin menyeru supaya semua kempen BN/UMNO di PRK Kuala Terengganu di hentikan esok Jumaat 9hb Januari 2009. Berhenti untuk satu hari!
Sebaliknya semua jentera serta keseluruhan ahli BN/UMNO dan umat Islam yang sekarang ini berada di Terengganu mengadakan perhimpunan besar-besaran serta solat hajat selepas sembahyang Jumaat esok. Solat hajat untuk mendapat rahmat Allah dan berdoa supaya serangan tidak berperikemanusaian Isreal terhadap Gaza dihentikan segera!
Selepas solat hajat dan solat Jumaat, ahli UMNO serta semua umat Islam yang berada di Kuala Terengganu mengadakan perhimpunan raksaksa untuk melahirkan bantahan kita terhadap serangan yang sungguh zalim Israel terhadap penduduk Gaza yang tidak berdosa.
Kepada semua ahli UMNO serta orang Melayu yang mendapat nikmat kekayaan serta kemewahan melalui kemajuan ekonomi yang dibawa oleh pemerintahan BN selama ini, MESTI menghulurkan bantuan kewangan untuk membekalkan cetakan surah Yassin yang boleh dijual untuk dijadikan kutipan derma Tabung bantuan Gaza. Malahan mereka yang kaya raya atas nikmat melalui UMNO MESTI menderma secara besar-besaran kepada Tabung Gaza itu! Tunjukkanlah sikap bersyukur ANDA! dan bantulah saudara Islam kita di Gaza!
Ya Allah Ya Tuhan ku.....Selamatkan Gaza.

Comments

  1. Dato',

    8 Januari 2009 (Khamis) atau 9 Januari 2009 (Jumaat)? Ralat?

    Apa pun, Syabas! Satu seruan yang sangat dialu2kan.

    InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Dato' Sam,

    Mohon disalin untuk disebarkan.

    Harap maklum.

    ReplyDelete
  3. Kembara politik,
    Terima kasih...yes 9hb Januari 2009 bukan 8hb.
    Maklumlah tak cukup tidor!

    Silakan...sebarkan lah
    Salam

    ReplyDelete
  4. DSN,
    Syabas, satu seraun & langkah yang amat baik... Semoga Israel mendapat Laknat ALLAH dan selamatkan penduduk Islam Gaza yang tidak berdosa... AMIN.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i