Skip to main content

Siapa Ikhlas Siapa Berdolak Dalik?

Perkara asalnya mudah sahaja. Saya pelawa penulis blog Pahangdaily Online untuk berjumpa dengan saya dengan saya menulis dalam ruangan komen "Edisi Pahang: Rakyat Terbela Selepas 48 Jam Isu Didedah, MCA Bantu Ke Mana Pergi Puak UMNO!"
yang berbunyi seperti berikut :-
"Kepada Editor, Webmaster, krew dll Pahangdaily,
Sedih saya mendengar ungkapan dalam posting ini yg berbunyi "Kami tahu YB teruntun dari MCA yang jumpa Dato' S/U MB. Mana mungkin Dato' S/U MB mahu jumpa dengan media seperti kami ini."
Sanggup kah saudara/saudari jumpa saya? Sanggupkah saudara/saudari dedahkan identiti? Kalau sanggup marilah kita berjumpa. Saudara tahu dimana pejabat saya dan boleh hubungi saya bila-bila masa. Aturkanlah melalui krew saudara di Pejabat MB atau Pejabat SUK yg telah menjadi part time krew itu. Mana tahu ada kebaikan bersama?"

Penyataan Pahangdaily yang berbunyi "Mana mungkin Dato' S/U MB mahu jumpa dengan media seperti kami ini." adalah pencetus kepada kesanggupan saya untuk berjumpa dengan mereka. Kenyataan itu bermaksud saya ini tidak mahu berjumpa dengan media seperti mereka dan saya menafikan perkara itu.

Diatas pelawaan itu, PahangDaily Online (PDO) menulis pula "Edisi Pahang: Sekalung Penghargaan Kepada Setiausaha Politik MB Pahang Atas Pelawaan!!" dan diantara lain menulis begini :-
"Pihak Pahang Daily Online, ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Dato' Shamsuddin Nawawi atas kesediaan mempelawa kami untuk mengadakan pertemuan dengan beliau pejabatnya semalam. Namun, begitu sebagai salah satu wadah alternantif untuk rakyat kami belum bersedia lagi untuk mengadakan pertemuan dengan beliau bagi membincangkan segala permasalahan dan kekalutan politik yang melanda Pahang mutakhir ini. Kesudian YH Dato' amatlah dihargai."

Seterusnya PDO menyambung lagi dengan ungkapan begini:-
"Kami hanya bersedia untuk berbuat demikian sekiranya difikirkan perlu dan ditempat yang "berkecuali". Ini kerana, jika pertemuan diadakan di pejabat beliau kami khuatir akan berlaku "bias" dalam hal ini. Maklumlah, dengan kedudukan beliau sebagai Setiausaha Politik MB dan kami hanya media alternantif yang membicarakan soal hala tuju negeri Pahang."

Diatas kenyataan PDO itu saya membuat posting yang berbunyi begini:-
"PahangDaily Online Jawab Tak Mahu Jumpa Saya
Saya paparkan disini posting dari Pahangdaily.blogspot.com dengan banner baru, yang memberi jawapan kepada pelawaan saya untuk berjumpa. Satu ketika kata "apalah kami untuk berjumpa dengan SU Politik MB" dan bila saya sungguh-sungguh mahu berjumpa, mereka memberi bermacam-macam helah. Anda buat lah penilaian sendiri. Pada saya, mereka ini hanya berani dibelakang dan tidak suka berdepan!"

Selepas daripada posting saya itu, PDO menulis pula yang dipaparkan sepenuhnya disini seperti berikut:-

Edisi Pahang: Isu Pertemuan Eksklusif, 10 Soalan Panas Buat Dato' Setiausaha Politik MB Pahang !!

Susulan daripada isu pertemuan khas Krew Pahang Daily Online dengan Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Dato' Shamsuddin Nawawi mutakhir ini, maka kami menerima berbagai pandangan dan komen daripada para pembaca semua. Ada yang mahukan pertemuan diadakan segera dan tidak kurang juga yang mahu ia dibatalkan. Maka itu kami ingin membuat ketetapan disini, ada beberapa perkara yang perlu diperjelaskan kepada rakyat tentang isu penting yang boleh menjejaskan kreadibiliti YAB Menteri Besar Pahang. Sebagai Setiausaha Politik MB, DSN harus menyakinkan rakyat akan 10 soalan panas ini, iaitu :-
  1. Kenapa MB Pahang masih berdiam diri dan masih enggan menguruskan atau membayar hutang saman RM60 juta yang dikemukakan oleh syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM) selama ini?
  2. Sebagai Pengerusi PKNP dan berkuasa melantik Pengurus Astana Golf & Country Club, kenapa dilantik "individu yang ada hubungan keluarga dengannya" walhal individu tersebut telah "melingkupkan" Kelab Golf Bera sebelum itu. Kenapa PKNP tidak profesional dan gagal memantau pengurusan kelab terbabit, walhal letaknya di Kuantan yang menempatkan ibu pejabat PKNP itu.
  3. Kenapa MB Pahang luluskan sebuah syarikat yang berbahaya dan menyebabkan rakyat bakal diancam "sisa toksik" di Gebeng. Walhal kerajaan negeri Trengganu dan lain-lain negeri menolak hasrat syarikat terbabit mendirikan kilang itu di negeri mereka.
  4. Kenapa MB tidak membuat laporan polis berhubung dengan "kecurian wang" dirumahnya selepas raya baru-baru ini. Dia mencabar krew kami "bersumpah di masjid" padahal beliau sendiri yang membuka cerita "rompak" itu dalam Mesyuarat Exco Mingguan di Wisma Sri Pahang. Kenapa MB mahu berdolak-dalih hal ini?.
  5. Kenapa isu dan masalah AIR di kawasan Felda masih gagal diatasi biaprpun sudah lebih 30 tahun berlarutan. Alasan yang diberi kos tinggi, bajet tiada dan sebagainya. Apakah alasan seperti ini boleh dibuat oleh kerajaan UMNO dan BN, sedangkan Pahang bukan negeri yang ditadbir oleh parti Pembangkang?
  6. Kenapa MB masih belum melantik Timbalan Menteri Besar Pahang sejak diberi mandat dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Apakah beliau takut dengan Dato' Tan Aminuddin yang pernah menampar beliau dulu?.
  7. Benarkah MB Pahang telah bertindak meluluskan penjualan tanah "Rezab Masjid" di Bandar Indera Mahkota Kuantan kepada orang bukan Islam baru-baru ini?
  8. Apakah Adnan Yaakob, masih layak menerajui Kerajaan Negeri Pahang selepas ini, walhal beliau ternyata gagal membangunkan serta menyakinkan pelabur untuk datang ke sini. Pembentangan belanjawan "defisit" selama 11 tahun menjadi bukti kukuh hal ini.
  9. Kenapa MB tidak mengambil tindakan terhadap seorang Exco Kerajaan Pahang yang sudah 3 kali ditangkap "Basah" oleh pihak jabatan agama. Dimana beliau merasuah pegawai agama terbabit sebanyak RM3,000 untuk membebaskan dirinya. (akan didedah)
  10. Kami mencabar Setiausaha Politik MB itu untuk mengadakan "Debat Terbuka" dengan "Ahli Biasa PKR" iaitu Dato' Fauzi Abd Rahman tentang isu semasa dan politik Pahang. Sila tetapkan tempat dan lokasi untuk diwar-warkan. Kami juga akan menghantar wakil kami sebagai Ahli Panel debat itu nanti dan mestilah disiarkan secara langsung menerusi radio Pahang FM.
[Justeru itu, kami mempelawa Dato' Shamsuddin Nawawi menjawab persoalan yang ditimbulkan bagi menyakinkan rakyat tentang ketua kerajaan negeri Pahang ini. Jika tidak meyakinkan, maka rakyat akan menolak kepimpinan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dalam pilihanraya umum akan datang. Maka itu sebagai SU Politik MB, DSN bertanggungjawab untuk menjawab segala isu yang diketengahkan ini demi kepentingan rakyat Pahang khasnya].

Sekarang ini, niat ikhlas saya mempelawa mereka untuk berjumpa kerana mereka menulis
"Mana mungkin Dato' S/U MB mahu jumpa dengan media seperti kami ini" telah bertukar menjadi cabaran untuk berdebat dengan saya. Kalau berdebat dengan mereka tidak mengapa. Ini diajukan untuk berdebat dengan Dato' Fauzi Rahman dan "orang terhebat"mereka?! Bukan setakat itu sahaja, malah saya dicabar juga untuk menjawab 10 soalan yang berupa tuduhan, tohmahan dan cerita rekaan mereka. Anda semua buatlah penilaian tentang perihal kelakuan (demeanour) mereka ini.
  1. Kenapa pula saya harus berdebat dengan Dato' Fauzi? Apa penglibatan beliau dalam hal ini. Kalau saya hendak jumpa dengan beliau, saya tidak perlu melalui PDO kerana saya kenal beliau dan boleh jumpa pada bila-bila masa. Adakah beliau salah seorang "Editor, Webmaster, krew dll Pahangdaily" ? Kalau betul, baru lah pelawaan itu sampai kepada beliau.
  2. Berdebat? Apakah yang hendak dicapai oleh PDO? Kalau hendak berdebat setakat hendak melihat siapa yang lebih petah bercakap, bila-bila masa pun boleh. Saya seorang peguam dan tiada sedikit pun rasa janggal dalam berdebat. Tapi apa yang akan kita dapat akhirnya? Yang pastinya sanggupkah Editor, Webmaster, Krew dan Spy PDO menunjukkan muka mereka? Adakah mereka mahu berselindung disebalik Dato' Fauzi sahaja? Bagi saya sebagai Setiausaha Politik MB Pahang tiada apa yang hendak disembunyikan. Pejabat saya tetap yakni di Wisma Sri Pahang dan saya percaya ramai yang kenal dengan saya.
  3. Kenapa pula beri saya 10 soalan untuk dijawab? Saya bukan lagi seorang murid sekolah yang perlu menjawab soalan untuk menentukan saya lulus atau tidak! Tambahan pula soalan itu adalah soalan rekaan mereka semata-mata dan ada yang berunsur fitnah, cerita rekaan dan anggapan sahaja.
  4. Sebagai seorang peguam, saya ingin menegaskan bahawa mengikut perundangan Islam dan sama juga dengan undang-undang Sivil, orang yang membuat tuduhan mesti membuktikan tuduhannya itu. Maka dengan itu, 10 tuduhan yang dibuat oleh PDO itu perlu mereka buktikan dahulu sebelum saya menjawab! Jangan hanya pandai membuat tuduhan. Kalau dalam kes yang kena kepada mereka banyak pula soalnya. Ambil saja contoh tuduhan terhadap Ketua Umum mereka Anwar Ibrahim, apa pun tuduhan mereka tidak percaya! Tetapi kalau tudauhan itu dibuat kepada orang yang bukan dari kelompok mereka, mereka terus percaya?!
  5. Apapun, saya ingin juga nyatakan bahawa soalan ke 10 itu bukan soalan. Ianya adalah cabaran untuk berdebat. Kenapa pula dipilih Radio Pahang? Tidakkah mereka tahu Radio Pahang dibawah kerajaan Barisan Nasional. Sama kedudukannya dengan Wisma Sri Pahang. Kenapa takut ke Wisma Sri Pahang? Kalau hendak sangat bukti, tempat simpan bukti adalah di Wisma Sri Pahang. Takut nanti terdedah siapa spy dan krew? Jangan takut, saya hanya ajak berkenalan dan berbual mesra, bukan untuk berlengan!
  6. Untuk soalan-soalan yang lain dan yang paling jelas ialah soalan ke 6 mengenai perlantikan Timbalan MB menampakkan kecetekan pengetahuan PDO. Perlantikan Timbalan MB bukan kuasa MB! Bacalah Undang-Undang Tubuh Pahang dan ketahui lah bahawasanya, TIADA peruntukan untuk jawatan TMB. Ianya adalah semata-mata diatas perkenan KDYMM Sultan Pahang! Dari mana pula dapat cerita Dato' Tan tampar MB ini? Ya Allah Ya Tuhan Ku, kenapa sampai begitu sekali buruknya perangai PDO ini?
  7. Bagi soalan yang lain itu anda sendiri buatlah penilaian. Tiada sebab untuk saya jawab atas alasan yang saya berikan di atas. Mengenai Exco tangkap basah, PDO sendiri kata belum dedah atau ditulis di situ "akan didedah". Kenapa pula saya perlu jawab?
  8. Untuk kes Seruan Gemilang, saya hendak kata sebagai seorang peguam seperti berikut :- "Tunggu tindakan yang akan difailkan di Mahkamah Tinggi yang akan dikendalikan oleh seorang peguam terkemuka sedikit masa lagi". Malahan Seruan Gemilang perlu patuhi dahulu "The Government Proceedings Act" dan mereka sudah banyak buat silap! MB tidak perlu umum kepada PDO atau pembangkang apa tindakan beliau buat. Orang putih kata "Who are you, we are not answerable to you, PahangDaily Online!"
  9. Untuk soalan lainnya, saya masih menegaskan saya berpegang kepada "adversarial system" perundangan kita, buktikan tuduhan baru saya jawab!
Atas alasan yang saya berikan diatas, jelas Editor, webmaster, krew dan spy PDO ini takut nak tunjuk muka berhadapan dengan saya. Bak kata peguam Dato' Shafee Abdullah "hiding behind the wife's skirt!"

Selepas ini saya tidak akan layan lagi kalau PDO hendak jumpa. Bak kata Orang putih "Go fly kites!"

Comments

  1. Dato DSN,

    Wish you & your family Selamat Hari Raya Aidiladha.

    ReplyDelete
  2. You have your points. You are a good lawyer indeed but i just disagree on one point. I dont really care about your Umno politicking crap but i think the MB Pahang should just obey court orders and pay Seruan Gemilang.

    Does anyone even care about reputation anymore?

    ReplyDelete
  3. Nada,
    Thank you 4 ur comment. U hv brought out a good point. I don't indulge in Umno politicking crap here. U may notice that in my postings.

    There is NO Court Orders as to payment to Seruan Gemilang YET!
    There is a Judgment in favour of Seruan Gemilang in respect of a Ct Case which they have sued the Govt of Pahang.
    Briefly, upon having the Judgment, SGM must proceed to enforce the Judgment. Enforcement or execution of Judgment against the Govt must follow the Govt Proceeding Act. SGM had tried to do so but had taken the wrong procedure of using MANDAMUS instead of JUDICIAL REVIEW. On the last proceeding before the High Court Judge, SGM was advised to withdraw the mandamus and to file afresh an application for Judicial Review. It is now fixed for the 15th Dec. 2008 for hearing. In the meantime, all other procedures must also be followed esp. the giving of Notice to the Attorney General. In respect of the hearing, the Govt may oppose the application. Nevertheless, like I had said, the Govt may take many other judicial steps. Please wait in a short while for all to see what the steps are!
    Similarly in the case of a judgment against an individual, when there is a judgment against you, the next step is to take execution proceeding and the most popular one is the Bankcruptcy proceeding. In the case of a company or a firm, it is known as Winding up Proceedings.
    I hope you understand the legal avenues stated above and there is no question about caring for reputation here!
    salam aidil adha to you Nada...

    ReplyDelete
  4. asm dsn,
    mmg pembgkang ni suka reka2 cite & ikut khabar angin. mcmana nak perintah negara, kalu prgai dah tak senonoh, sepatutnya soalan2 tu pegi jmpa dsn & tanya sendiri, org pggil jumpa byk pulak dalih, mcm yahudi....

    apapun, selamat hr raya aidiladha ,

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir