Skip to main content

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu!

DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak ingat) dan beliau pun mati kemalangan dengan kereta itu...al fatihah buat rohnya... Di Singapore pula katanya tiada Rolls Royce. Di haramkan oleh Lee Kuan Yew. Kenapa? Katanya bila Lee Kuan Yew pergi ke London nak beli, dia tanya pada salesman "Do you have Lolls Loyce?" Salesman tu jawab, "Sorry Sir, no Lolls Loyce here!" Padan muka, haram Lolls Loyce kat Singapore! (Joke je tu, Jed & TiLianKer jangan marah pulak!)

Sebut sahaja Melayu pada ketika itu, mereka ini lah yang menjadi sebutan. Tan Sri Ibrahim Mohd (bapa saudara DMA) adalah satu lagi personaliti. Mereka tubuhkan Promet Bhd. Masa itu juga Tengku Razaleigh Hamzah adalah Menteri Kewangan Malaysia dan sanggat rapat dengan Ku Ah. Mereka sama-sama anak Raja Kelantan.

Tahun 1985 adalah bermulanya krisis ekonomi yang amat teruk. Khalid Ibrahim kalau tidak silap di PNB dan mulakan ASN dan lain-lain. Tan Koon Swan dan lain-lain kaum Cina di landa dengan krisis Finance Companies sehingga hancur lebur. Pernah Koon Swan, DMA dan saya duduk dalam pejabat DMA dimana Koon Swan tanya DMA macam mana hendak selesaikan masalah Finance Companies yang dia hadapi. DMA jawab mudah sahaja. "Sepatutnya Cina pun buat macam PNB!" Apa yang hendak saya katakan disini adalah, pada ketika itu orang Melayu seperti DMA, Tan Sri Ibrahim dan lain-lain sangat dihormati!

DMA adalah Melayu sebagaimana dalam definasi Perlembagaan Malaysia. Ugama Islam, Cakap Melayu dan budaya hidup ikut adat Melayu. Kalau makan dirumahnya (depan Risda Jalan Ampang, sekarang Hamid Ibrahim buat kedai jual kereta), semua ikut adat Melayu. Lauk pauk yang dimasak oleh Ku Ah semua resepi Melayu! (Ku, ambo nak nasi berlauk Ku!). Lepas makan masuk bilik solat. Semua perkara lain mesti buat lepas solat! Cakap Melayu belaka! Ku Ah dengan DMA kecek Kelate, saya cakap Pahang! Siapa pun datang ke rumah DMA, cakap Melayu. Hassan Merican pun cakap Melayu. Toby Lam cakap Melayu. PS Gill pun cakap Melayu. Kalau hendak campur-campur cakap orang putih OK. Itu pun kalau nak stress a very important point.

DMA pernah suruh saya tulis pasal Melayu mengikut definasi Perlembagaan. Kami setuju definasi Perlembagaan sahaja yang boleh dipakai! Definasi lain ultra vires the Federal Constitution and therefore null and void!

Malangnya saya tiada kesempatan untuk tulis sehingga lah sekarang! Dulu mana ada computer. Kalau ada pun hanya mesin taip elektrik yang ganti taip writer tekan sampai berlobang kertas tu! Lagi pun saya baru mulakan karier saya. Mana nak cari makan lagi mana nak menulis pulak!

Melayu mesti berugama Islam, pada pandangan saya tiada menjadi persoalan. Hanya tahap keislaman itu yang mungkin kita mahu soal sikit-sikit. Tapi itu Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Kalau dia kata dia Islam kita terima sahaja. Jangan soalkan. Ingat ye, Islam itu ugama dan bukan parti! Bukan juga Islam itu satu persatuan atau kelab! Maknanya tidak cukup kalau kita kata kita ini Islam sebab kita ahli parti Islam atau ahli Persatuan Peguam Muslim atau ahli Persatuan Pemandu Teksi Islam Pahang!

Bercakap mesti dalam Bahasa Melayu. Perlembagaan kata "bercakap" dan tidak "menulis". Maknanya kalau hendak menulis dalam bahasa apa pun... gohait! Sakmongkol, Mat Cendana, Demi Negara, Malaysian Tigress dan semua yang lain yang tak tertaip disini...no hal! Go on, keep the blogs coming! Mekyam yang tulis dari New York tu pun no hal! Tulis, jangan tak tulis!
Dalam bahasa Inggeris, perlembagaan kata "habitually speaks the Malay language" Maknanya secara tabiatnya bila bercakap yang keluar dari mulutnya Bahasa Melayu! DMA pernah ajak saya meeting di London dengan "the 7 sisters of the Oil Companies". Semua Mat Salleh. Kami berdua saja Melayu. DMA punya lah nak stress a certain point kepada Mat Salleh yang tak faham-faham tu sehingga keluar dari mulut DMA...."dok eh!" Samalah macam Mahathir "apa nama" tu! Itu lah Melayu!

Adat ikut Melayu. Masuk rumah Melayu jangan lupa buka kasut! Pernah satu masa Tuanku Sultan Perak datang santap di rumah DMA sebab gemar masakan Ku Ah. Sultan Perak itu pun buka kasut!

So, Huzir Sulaiman, tell me if your friends qualify?
TiLianKer, kita cakap pasal Melayu ye! Saya terkejut ada pula posting Al fatihah! Fatihah Melayu pun dalam bahasa Arab tau!

Comments

  1. Oh, just something that I encountered along the way.
    One of the escorts for my bike tour/adventure was a PAS Unit Amal member, bless him.
    And he has an Arabic name -- Nizar Esa.
    He said, Nizar means PandanganMu.
    And I said, Esa is Jesus. So Pandanganmu Jesus sounds like dakwah Kristian to me. ;)
    Anyway, Hisham Rais has taught some other Arabic phrases like Enta Kundara!

    ReplyDelete
  2. haha Dato...we are Msians...Msian macam ABC...kat sini Cina cakap, we are Chinese...kat Negeri Cina...dia olang cakap...oh Ma lai ren..kita di anggap Melayu..we are a melting pot here tapi macam kera..dia orang pandai beza antara beruk, monyet dsbgnya..ada pula beza panjang ekornya..ada beza buntut merah..ada beza kehitamannya tapi bagi pemburu..kera ke..monyet ke...beruk ke...dia olang tembak aje...

    ReplyDelete
  3. Dato, setuju sangat semuanya tu... Dan semestinya, Melayu ada adatnya.. Dan kita sebagai orang Malaysia perlu saling hormati menghormati satu sama lain.. Orang Cina masuk rumah orang Melayu buka kasut, makan guna tangan, dll, ikut adat orang Melayu.. Dan sebaliknya untuk Cina, dll...

    Dato Ti... Betul benar tu bila kita ke Negeri China.. dia orang cakap ma lai ren.. tak kira orang melayu ke cina ke.. ma lai ren juga.. Sampaikan, ari tu masa I kat China 2 minggu, bila borak dengan lady @ tea store, dia cakap mandarin tanya I dari mana, I cakap dari malasia, dan dia expectI boleh cakap mandarin dgn fasih -- sebab ma lai ren punya hal.. Yes we are strong as "Malaysian" in China, etc.. kat sini kita kaya dengan adat berlainan yang perlu dihormati semua.

    ReplyDelete
  4. dsn,
    a wonderful post. other than a peep into history with all those personalities, dato telah membuktikan bahawa orang melayu boleh berjaya but success becomes sweeter, when the essence of Melayuness di kekalkan. syabas

    with warmest regards/sakmongkol

    ReplyDelete
  5. DSN,

    Salam..

    1. I'm not worthy sir to be considered that such but im flattered by your thoughts and i thank you for that...

    2. 1985....?? i was 9...and just came back from the UK since 1980....following my parents who studied there and i did my primary school for those years there...

    3. I remembered that i know a lil bit of malay and this budak melayu asyik cakap english je dekat sekolah rendah....

    4. I've turned out alright though.Insyaallah...sometimes people tend to care more on forms but do not care the subtance...and i do think i'm more substance over forms....

    Salam

    ReplyDelete
  6. Thank You Dato Ti and Kay Pahang for the info on the ma lai ren. I am thinking of suggesting to Jabatan Perpaduan Negara to organise trips to China for those who don't realise that they are ma lai ren.
    Maybe Dato Ti can identify them and make the necessary arrangement. Count me out...I have been ma lai ren from birth...

    ReplyDelete
  7. "Fahami Kontrak Sosial" di
    http://www.warisanpahang.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir