Skip to main content

Maaf yang terlambat!

Edisi Khas; Permohonan Maaf Secara Terbuka !! kepada keluarga Allahyarham Dato' Hj Abdullah Ratmat yang disiarkan oleh PahangDailyOnline (PDO) telah dibuat pada hari ini 12hb Disember 2008 jam lebih kurang 5.30 petang.

Saya sendiri telah bersedia untuk menyaman PDO atas penyiaran PDO menghina Allahyarham dan keluarga serta waris. Saya juga telah menghubungi pejabat guaman saya di Kuala Lumpur untuk mengadakan perbincangan dengan beberapa rakan peguam yang lain termasuk Dato' Shafee Abdullah, Sashi Menon dan Shamsul Baharin.

Diatas perkembangan terbaharu ini dan diatas prinsip serta nas undang-undang yang sedia terpakai, permohonan maaf hanya menjadi "mitigating factor" didalam menentukan jumlah ganti rugi. Perbuatan fitnah itu adalah diakui sendiri oleh PDO dengan permohonan maaf itu.

Sebagai rakan karib Allahyarham, saya akan menyerahkan perkara ini untuk "further instructions" dari keluarga dan waris Allahyarham dan akan saya memaklumkan tindakan yang selanjutnya.

Kepada rakan-rakan siber lain yang merasai kesedihan diatas perkara ini, saya merayu saudara saudari bersabar dan anggaplah ini dugaan Allah yang menguji keimanan kita.

Salam dari;
Dato' Shamsuddin Bin Haji Nawawi,
(Insan yang amat merasai kehilangan Allahyarham)

Comments

  1. DSN,

    1. It is an insult by the party involved and i think you should advise the family of Allahyarham to sue the 'arses' out of PDO and their idiotic brains...

    2. This to show that we play their 'game'...like what Miss Kok did to Utusan and Anwar with his 10m suit....

    3. I know the family of Allahyarham is in bereavement and even though i only know Arwah thru far, condoning the act of "insult" is untolerated.

    4. I support your decision and as i said, you'll find a formidable ally in me...insyaallah

    Salam

    ReplyDelete
  2. Dato, this time we will use this bullet to trigger their territory, gud luck !

    ReplyDelete
  3. Dato'I think PDO dah malu sendiri.If and should the family of the late Dato' Lah accept the public apology then,let it go.IF lah.Let roh Allahyarham Dato' Lah rest in peace.He was a very kind and forgiving person.May God Bless his soul.Let Allah punish those who fitnah others!

    ReplyDelete
  4. To err is human, to forgive divine...me think kesanggupan PDO untuk apologise should suffice unless the family thinks otherwise...I agree with Mamasita...after all kita berbudaya memaaf-maafan kan?

    ReplyDelete
  5. I was told by accountant and bowler Che Pah (Sherry) about this a few hours ago. I had gone to the PDO's latest "Maaf" post and left this comment:

    [Cut & Paste]
    Saya telah baca Post di blog "Small Talk" tentang hal ini. Jadi, saya datang kat sini nak tengok APA yang PDO tulis tu, nak nilai sendiri "Patut atau Tak Patut". Tapi Post hal kemalangan tu sudah dikeluarkan oleh PDO. Nampaknya tak sempatlah saya baca.

    Kemudian saya teringat:

    Mujurlah saya guna Feed Demon yang ada Save post-post di blog ni. Bila check, YA, ADA. Jadi, saya bacalah...

    Wah, BERAT-BERAT betul PDO tulis hal Allahyarham ni, ya! Mungkin betul mungkin tidak. Tapi yang jelasnya ialah, MEMANG BERAT.

    BTW saya pernah baca kat sini orang-orang PDO ni "ada ijazah mass comm" etc etc... Kira educated dan specialist lah. So, camana benda gini boleh keluar?

    Dan SEKARANG "after the facts", bila "the damage has been done" ke atas Allahyarham dan keluarga... TARIK BALIK & MINTAK MAAF. Mudah betul ya: TEMBAK AJE, kemudian MINTAK MAAF.

    Tapi tak terfikirkah yang ingatan orangramai akibat `pendedahan' tu TIDAK SEMUA yang akan DELETE semata-mata PDO "dah keluarkan post" dan "mintak maaf"?

    BTW saya sebenarnya bukan suka sangat kat Umno. TAPI bila benda-benda yang menjatuhkan martabat orang, khususnya yang dah meninggal, serta keluarga mereka, DAN YANG MUNGKIN TAK BETUL, ini kira sudah keterlaluan.

    Semoga jadi pengajaran kepada "Yang ijazah Mass Comm" tu supaya guna otak sikit, dan tidaknya Kepala Lutut.

    ReplyDelete
  6. asm dsn,
    satu tindakan yang betul, mereka terlalu kurangajar dan biadab , patut diajar supaya menjadi pengajaran yang pahit untuk mereka.salam..

    ReplyDelete
  7. DSN,

    1. I know this is all about Allahyarham and his family and yes it is up to them to be human or divine.

    2. However, as written by mamasita and Ti Lian Ker..(which i respect opinions and as long as we agree to disagree)..i feel its enough of this TEMBAK CURI...

    3. DS Najib was hit by Malaysiakini and he forgave them...yet they still attacked him...Chamil is hit by Teresa Cock (did i misspell.hahaha) for something 'hear say' or what terms lawyer use (maybe u cud correct me)..And when it comes to lawsuit, "WE" are always lenient not to go about it...but see what Anwar does...every guy who crossed his path...10m...10m here 10m there....Malik Sarwar and Lateefa Koya...must be rich by now..(i suppose...lawyer pun kena cari makan kan) kalau x mana boleh drive cars more than 2.0 :)

    4. Therefore, its you the advisor who needs to be sensible...no matter what....all the support....

    To err is human...to forgive is divine...Once u bit me...shame on you...bit me twice...shame on me

    Salam.....

    ReplyDelete
  8. Budaya tembak lari..tembak kosong..hantam orang..tunjuk berang..budaya lantak..ini adalah kehodohan masyarakat Malaysia..kita harus bersama-sama menggembelingkan kuasa dan pengaruh blog untuk mengecam dan menekan khabar-khabar angin dan tohmahan yang tiada asas fakta atau undang-undang..
    Selagi kita mengghairahkan cerita-cerita dan membawa-bawa cerita personaliti..selagi itulah kita akan menjatuhkan instisusi dan tradisi...budaya lemah-lembut..budaya halus..budaya hurmat-menghurmati..budaya tidak mengaibkan orang telah hilang dari Tanah Melayu...kesian...mananya kehalusan? mane hilangnya kelembutan? Yang halus dan lembut..polished..menjadi sasaran hantaman bertalu-talu...yang kasar dan samseng bermaharakalela..itulah hakikat hari kini!

    ReplyDelete
  9. Salam Dato' SN,

    Saya tak sempat nak baca PDO article, but the impression I get from Mat is memang berat.

    Tak kesah benar atau tidak, sesama Islam we should respect to the deceased and the family. Tapi depani tak reti-reti.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  10. Tuan Hamba,
    Usah dipanjangkan perkara yang sudah berlaku. Sedangkan Nabi ampunkan ummatnya. Tidak perlulah nak berunding dengan Dato Shafie tuh. Semua orang tahu beliau Peguam Terkenal di Malaysia ini. Banyak kes beliau menang termasuk berjaya memujuk gadis yang diraba menarik balik saman ke atas ex-menteri. Hamba juga mengutuk PDO jika artikel yang disiarkan dengan niat menjatuhkan maruah sesama saudara. Tidak mungkin arwah akan menjawab segala cerita cyber jika benar atau fitnah oleh PDO itu. Hamba pohon keluarga arwah dapat memaafi ketelanjuran PDO yang telah memohon maaf secara terbuka. Kepada PDO sedekahlah bacaan Al-Fatihah dan Yasin kepada roh Arwah. Semoga arwah diringankan siksaan kubur sementara menanti hari ahkhirat. Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  11. DSN,
    We support you and what you're doing. Al-Fatihah untuk Allahyarham - semuga Allah cucuri rahmat keatas rohnya dan tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin!

    Adios Amigos!

    ReplyDelete
  12. @Dato' Ti |@Datin Mamasita |@Piggy Singh

    I agree with Dato' Ti's second comment here, lamenting the loss of the "Budaya Hormat-Menghormati". Yes, this one we definitely have lost. In its place is the "Budaya Biadap" ... that abuse of and bastardized of "free speech".

    I feel this has come about when we become overly partisan in the support of something/s - political parties and ideologies especially.

    In this state, we would always be on the lookout for "mistakes and weaknesses" of others - and forgetting that we ourselves aren't too perfect either. Whatever wrong is done by others is magnified, while our own is minimized.

    This will require a post as long as what people like KijangMas of the Demi Negara blog writes; and I have no time to do so right now. Suffice to say that the people at PDO have better take stock of themselves, see their own insides and adjust accordingly.

    It may look "noble" of them to retract and apologise, but what is there to stop them from doing the same to others in the future... and then retract and apologise again?

    I do not wish to be a "batu api" or what, and Yes; forgiveness does look to be the ultimate decision. However, as Dato' Sam has mentioned, that is for the family of Dato' Lah to decide. Whatever they agree on, I'm with that too, for it is they who are the victims here.

    P.S To Piggy Singh (only) - Send me your email address if you want to see what PDO had written cendana287ATgmail.com

    ReplyDelete
  13. Pandangan saya, PDO telah menghina keluarga Allahyarham Dato’ Hj Abdullah Rahmat dengan dahsyatnya.

    Terpulang kepada keluarga arwah samaada mahu menyaman atau sebaliknya.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir