Skip to main content

Syed Hamid, the best Pembangkang in the World!

Tidak pernah dalam sejarah Dewan Undangan Negeri Pahang, seorang wakil Pembangkang memberi pujian kepada Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Barisan Nasional dengan Dato' Sri Adnan Yaakob sebagai Menteri Besarnya!

Adakah ini satu kematangan atau pengiktirafan oleh Pembangkang bahawa Pahang adalah kubu kuat Barisan Nasional pada penggal ini.
Semasa membahaskan Bajet yang telah dibentangkan oleh YAB Menteri Besar, YB Tuan Syed Hamid Syed Mohamed (lihat gambar) dari DUN Kuala Semantan telah memuji bajet yang dibentangkan.

Antara lain YB Syed Hamid menegaskan bahawa bajet Negeri bukan sama dengan bajet syarikat. Syarikat bermatlamat atau "bottom line" keuntungan. Negeri tidak boleh bermatlamatkan keuntungan. Negeri mesti bermatlamatkan "membantu dan menolong rakyat". Beliau juga memuji Dato' Sri Adnan sebagai seorang pemimpin yang baik, ikhlas dan jujur. Secara peribadi beliau telah lama mengenali Dato' Sri Adnan.

Apabila ada Wakil Kerajaan lain yang bangun mencelah perbahasannya dan bertanya samada beliau mahu melompat ke Barisan Nasional, beliau menjawab bahawa sebagai Pembangkang, bukan semuanya perlu dibangkang. Mana yang baik untuk rakyat, beliau akan sokong. Mana yang tidak baik untuk rakyat, beliau akan bangkang. Soal masuk Barisan Nasional tidak timbul, jawabnya.

Sikap YB Syed Hamid ini amat dipuji dan inilah sepatutnya tugas Pembangkang dalam sistem Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Cara yang dibuat oleh YB Syed Hamid ini telah mendapat perhatian semua yang hadir di Dewan Undangan Negeri semalam.

YB Syed Hamid juga bijak dalam cara perbahasannya dimana pada penutupnya beliau telah membangkitkan beberapa perkara yang melibatkan kawasannya. Beliau membuat beberapa permohonan untuk memajukan kawasannya dan saya percaya ia mendapat perhatian Menteri Besar.
Syabas YB Syed Hamid, bak kata orang putih, "There are many ways to skin a cat"!

p/s 1. YB Syed Hamid ini memulakan career politiknya dengan UMNO dan masuk PAS kemudiannya.
2. Oleh kerana Pahang adalah kubu kuat Barisan Nasional penggal ini, adalah diharapkan Kerajaan Pusat memberi tumpuan sepenuhnya kepada Pahang. Berilah Pahang peruntukan yang lebih. Daripada berikan kepada Negeri yang diperintah oleh pembangkang, elok diberikan kepada Pahang.

Comments

  1. Tun menyanyi lagi- Lekaslah besar si manja ku sayang
    Tun berkempen lagi melalui blog beliau bagi memastikan kemenangan anak manjanya Mukhriz yang kini kian terhakis sokongan Pemuda UMNO terhadap anak manjanya ini. Walaupun Mukhriz mendapat pencalonan yang tertinggi namun stamina Mukhriz tidak kesampaian dan telah kelihatan termengah-mengah dan diakhir-akhir ini terserlah banyak kebodohan Mukhriz dan terserlah kelemahan beliau seorang pemimpin yang bergantung 100% kepada ayahnya.

    Dalam tulisan Tun kali ini beliau menyerang Khairy Jamaluddin secara terus terang dan cuba menghakiskan sokongan yang diperolehi oleh Khairy Jamaluddin. Inialah politik yang paling jijik dimainkan oleh Tun untuk memenangkan anak beliau. Dalam tulisan itu Tun berkata ,”Pada 2008 pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah tolak Umno hanya kerana pucuk pimpinan Umno yang tak mampu memimpin, yang tunduk kepada Singapura, yang tak tahu kenang budi, yang utamakan anak menantu lebih daripada rakyat dan bermacam lagi. Kerana orang ini seorang, pengundi telah dengan berat hati undi parti lawan.
    Orang ini hanya seorang sahaja tetapi Umno dan BN yang menjadi mangsa,” katanya. Ini adalah merupakan tuduhan peribadi Tun kerana ini sebenarnya tidak berlaku dan rakyat bukan bodoh untuk menilaikan apa yang Tun cakapkan. Tun sepatutnya menyalahkan dirinya apabila rakyat menolak UMNO adalah kerana campur tangan beliau yang meracuni minda rakyat kerana dendam peribadi beliau untuk kepentingan kroni perniagaan beliau yang gagal mendapatkan projek dari kerajaan Abdullah Ahmad Badawi. Serangan dan pergolakan kemelut Tun yang berleluasa sehinggakan Tun sendiri sanggup bekerjasama dengan pembangkang hanya kerana mahu menjatuhkan Perdana Menteri yang sebenarnya dipilih oleh beliau.

    Tun bukan sayang kepada UMNO, Tun tidak peduli sama ada UMNO akan hancur atau tidak, yang penting bagi beliau, kekuasaan negara perlu ditangan beliau walaupun beliau telah bersara. Tun terlalu banyak mencampuri urusan kerajaan kerana mahu semangat Mahathirisma terus hidup. Pergolakan dalaman UMNO yang berpunca dari Tun yang membuat UMNO lemah. Hari ini Tun bukan lagi ahli UMNO. Jika beliau sayangkan UMNO mengapa beliau tinggalkan UMNO? Apakah seorang Kapten kapal sanggup terjun dari kapal apabila melihat kapal kini condong dan mahu karam.

    Tun juga bercerita mengenai Politik wang dalam UMNO. Ini seolah-olah Tun mahu membersihkan Politik wang yang diamalkan oleh Mukhriz secara besar-besaran sewaktu pencalonan yang dahulu. Bukti telah banyak kita terima, mulut tempayan boleh kita tutup, mungkin Tun lupa mulut orang sukar ditutup. Yang terima wang akan bercerita, Mukhriz juga dengan cara bodoh menafikan berhawa beliau terlibat dengan politik wang apabila berkata, jika ada ejen yang memberikan wang atas nama beliau itu adalah satu sabotaj yang mahu memburukkan beliau.

    Apakah orang percaya Anaz mesin ATM Mukhriz itu adalah ejen yang mahu memburukkan Mukhriz ? Apakah orang akan percaya beberapa nama yang begitu rapat memberikan wang atas nama Mukhriz juga adalah ejen yang mahu memburukkan Mukhriz. Rakyat bukan bodoh. Mukhriz telah pun memberikan wang dan tidak perlu menutup bangkai busuk ini dengan menyatakan bahawa ejen mahu memburukkan beliau. Tun tak perlu cuci mangkuk untuk Mukhriz dengan menyerang orang lain. Tun sepatutnya menerangkan kepada pemuda dan rakyat betapa bijaknya anak beliau dan Mukhrizlah orang yang paling layak untuk jadi Ketua Pemuda UMNO.

    Dedahan keistimewaan Mukhriz, jika ada. Kami hanya tahu Mukhriz ini hanyalah silembik yang masih menyusu di bawah ketiak Tun.

    Kata beliau lagi, sementara itu, Bernama melaporkan, ketika sesi soal jawab dalam majlis dialog bersama beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata, semua laporan yang diterimanya berhubung amalan politik wang dalam Umno akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk tindakan lanjut. Beliau menegaskan laporan tersebut juga akan diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

    “Jika kedua-dua cara itu tidak berhasil, saya akan siarkan senarai nama mereka yang terlibat itu beserta laporan didalam blog saya,” katanya.

    Ini mengesahkan bahawa Tun mahu menyatakan anak beliau adalah orang yang paling bersih sekali dalam pemilihan UMNO ini, malangnya Tun mungkin tidak tahu atau sengaja buat tidak tahu. Ramai dikalangan pemuda yang mencabar Tun untuk mendedahkan siapakah mereka yang main wang dalam pemilihan UMNO kali ini. Kami berharap Tun telus dalam pembongkaran ini, tapi kami akan jangka, nama yang akan dikaitkan adalah Dr Khir Toyo dan Khairy Jamalluddin dalam Pemuda UMNO. Mukhriz bersih dari senarai ini. Inilah lazimnya cara Tun, mula -mula menyiarkan artikel yang ringan dan kemudian terus menyerang. Tun perlu gentelman, yang bertanding adalah Mukhriz bukan Tun. Berikan peluang untuk Mukhriz bertanding dan tak perlu dipimpin anak manja Tun dan sentiasa melindungi Mukhriz di bawah ketiak sentiasa kerana dia mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO. Ketua Pemuda UMNO perlu kuat berani dan juga bijak, bukannya penakut, bingung dan lembik seperti yang Mukhriz tunjukkan sekarang. Ketua Pemuda UMNO tidak boleh bergantung pada ayah semata-mata.

    Hari ini Tun cerita pasal politik wang, hari ini Tun bercerita pasal UMNO, hari ini Tun bercerita pasal bangsa. Siapakah yang memulakan politik wang 22 tahun yang lalu ? Siapakah yang sering menghentam dan membuka ruang untuk pembangkang bermaharajalela dan siapakah yang memberikan muka kepada bangsa asing sehingga kita kini tertekan dengan bangsa asing. Pernahkah Tun memikirkan mengenai parti apabila menghentam Perdana Menteri, pemimpin UMNO dahulu sehingga rakyat benci dengan UMNO. Siapa yang mengajar pemimpin UMNO biadab kepada Presiden UMNO, siapa yang mengajar anak mereka biadab kepada Presiden UMNO, siapa yang memburukkan Presiden UMNO selama ini, Siapa yang suka memburukkan keluarga dan juga Presiden UMNO ? Apakah ini bukan faktor yang membuat rakyat benci kepada UMNO? Jika presiden diletakan disudut yang sentiasa di kritik ini akan mengakibatkan kelemahan UMNO.

    Kerja siapakah ini? Eloklah Tun jangan memburukkan lagi pemimpin UMNO lagi kerana ini mengakibatkan parti ini akan berpecah dan terus menjadi lemah. Jika Tun mahu paksa pemuda memilih Mukhriz, keluarkan

    sahaja kenyataan dan seru agar pemuda memilih Mukhriz. Mukhriz juga sepatutnya malu menggunakan pengaruh ayahnya untuk menang dalam pemilihan Pemuda ini. Pemuda adalah sayap yang terdiri dari ahli yang kuat teguh bijak dan berani. Mereka tidak mahu pemimpin yang lemah lembab dan penakut yang hanya pandai memburukkan orang lain menggunakan kuasa ayah untuk menang.

    Cepat lah besar , cepat lah besar si manja ku sayang…..

    ReplyDelete
  2. Senapang Patah,
    Wah... panjang cerita tentang Pemuda UMNO ye?
    Begitu lah cinta kasih sayangnya Ayah kepada Anak!
    Saya pun seorang Ayah. Demi anak saya sanggup buat apa saja! Kalau disuruh pilih antara anak dgn isteri, saya akan pilih anak! Hahaha
    Tak tahu lah bab menantu! Saya belum ada menantu!
    Salam

    ReplyDelete
  3. memang pelik manusia ni. Yang pembangkang bukan main sokong mb bravo tu, tapi yang dalam parti dia , nak menjatuhkan dia pulak. Memang pelik. Apapun syabass DUN Pahang, nampaknya makin matang orang2 pahang ni weh...

    ReplyDelete
  4. Latok anan manyak kembang biler baca ini ciliter, tp wa rasa ni psywar pembangkang, mcm dia olang puji melambung sama itu Pak Lah...apa pun sincerely, wa caya sama lu latok!
    P/s: Apa ciliter itu blog pahangdaily , mau kasi sunat ka..

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir