Wednesday, November 5, 2008

Sorry No Cure lah!

Blog SHAMSUDDIN MONER EL-ASKAREY menyiarkan artikel berbunyi "Puki Mak" (Dengan Izin) yang boleh dibaca sepenuhnya dibawah. Namun El-Askarey (Askar lah tu..memang dia ni askar pun dulu) telah DELETE artikel dari blognya setelah minta maaf kepada YAB Dato' Sri Adnan Yaakob yang boleh dibaca di sini
Askar ini tembak orang lepas itu bila orang itu dah mati...minta maaf? Bahalol punya binawe!
Sedap-sedap hentam orang lepas itu minta maaf? Orang putih kata "Sorry no cure". Kalau perangai macam ini ada pada Pengarah, Pusat Pemikiran Islam dan Peradaban Melayu (PISPEM) - MENJANA FIKRAH HADHARI DAN MINDA QUR'ANIK ???!!!...hancur lah negara ini!

(Artikel yang sempat disalin sebelum di delete oleh penulis blog)
SHAMSUDDIN MONER EL-ASKAREY
Pengarah, Pusat Pemikiran Islam dan Peradaban Melayu (PISPEM)- MENJANA FIKRAH HADHARI DAN MINDA QUR'ANIK 03 November 2008
"PUKI MAK" (DENGAN IZIN)

1. "PUKI MAK". INilah kata-kata kesat dan juga tidak sopan yang dikeluarkan oleh YAb Dato' Sri Adnan Yaakob, Ketua UMNO Bahagian Bentong pada majlis perasmian ataupun ucaptamanya pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bentong di dewan Majlis Perbandaran Bentong pada 2 hb November 2008.

2. Sebagai seorang pemimpin besar di negeri Pahang ( Menteri Besar ), adalah tidak sepatutnya kata-kata lucah dan tidak beradab ini diucapkan oleh seorang pemimpin seperti beliau. Semua perwakilan yang hadir di majlis itu telah tergamam dan menggeleng-gelengkan kepala di atas keceluparan kata-kata yang dikeluarkan Ketua UMNO Bahagian Bentong.

3. Kata-kata "PUKI MAK" ini diucapkan oleh Dato' Sri Adnan Yaakob sebagai meluahkan perasaannya kepada pihak-pihak yang telah menghantar sms nakal dan fitnah kepadanya ekoran daripada majlis kenduri kahwin anak lelakinya yang dikatakan menggunakan duit kerajaan serta menyalahgunakan agensi serta kakitangan kerajaan negeri untuk menjayakan majlis kenduri berkenaan. Beliau juga amat marah dengan apa yang berlaku di dalam Mesyuarat EXCO nya di mana apa yang diperkatakannya dalam mesyuarat EXCO bahawa satu bungkusan duit raya anaknya yang hilang di kediaman rasminya telah terbongkar keluar di dalam internet. Ini semua katanya tentu ada salah seorang ahli mesyuarat EXCOnya yang telah membocorkan serta mendedahkan apa yang diperkatakannya kepada pihak luar. Lagi sekali beliau mengucapkan kata-kata "PUKI MAK" kepada mereka yang menceritakan perkara ini.

4. Saya selaku orang yang berada di dalam Mesyuarat UMNO berkenaan amat kesal dan tidak selesa dengan kata-kata lucah yang diucapkannya. Sepanjang satu jam setengah ucapannya itu, setengah jam daripadanya digunakan untuk memperkatakan tentang hal peribadi beliau. Ini amat mendukacitakan para perwakilan UMNO.

5. Sepatutnya, beliau menumpukan ucapannya kepada agenda UMNO itu sendiri dengan memberikan senario politik semasa dalam kepimpinan UMNO serta apakah peranan dan juga tanggungjawab ahli-ahli UMNO di akar umbi untuk memulihkan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO dan kerajaan barisan Nasional. Tidak nampakpun satu wawasan serta gagasan yang mantap dari seorang pemimpin bahagian untuk mendidik ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi untuk menghayati perjuangan UMNO bagi menghadapi Pilihanraya UMUM akan datang.

6. Perwakilan yang hadir hanya dapat membawa balik perkataan "PUKI MAK" . Sayapun rasa malu nak sebut perkataan ini. Tetapi inilah kenyataannya. Saya harap Dato' Sri Adnan Yaakob dapat memohon maaf secara terbuka ataupun melalui surat rasmi kepada semua perwakilan UMNO yang menghadiri mensyuarat berkenaan di atas keterlanjurannya mengucapkan kata-kata biadap berkenaan. Harap-harap beliau insaf. Terimalah nasihat ikhlas daripada saya sebagai seorang hamba Allah dan saudara seIslam.

7. Bagaimanapun, saya amat simpati dengan apa yang berlaku kepada YAB Dato' Sri Adnan Yaakob di atas penyebaran fitnah dan juga cakap-cakap belakang yang dilakukan oleh mungkin salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang. Pada pendapat saya tidak sepatutnya kita membuat tuduhan melulu dengan memburuk-buruk majlis perkahwinan anak YAB Dato' Sri Adnan Yaakob dengan tohmahan liar dan tidak bertanggungjawab. Tak kanlah Dato' Sri Adnan Yaakob langsung tidak boleh menggunakan semua kemudahan kerajaan negeri dan juga kakitangan awam di negerinya bagi menguruskan perkahwinan anaknya. Lagipun majlis perkahwinan tersebut bukannya diadakan pada waktu pejabat. Selaku Menteri Besar Pahang, beliau memang sepatutnya mengadakan majlis perkahwinan anaknya dengan meriah dan besar sedikit berbanding dengan orang kebanyakan yang bukan bertaraf Menteri Besar. kalau buat secara kecil-kecilan, nanti dikatakan pula beliau kedekut pula. Sepatutnya kita mendoakan agar majlis kenduri anak beliau dirahmati dan diredhai oleh Allah dan bukanya kita mengumpat keji dan mempersenda-sendakannya dengan hantaran SMS liar kepada umum.

8. Pun begitu, walaupun saya simpati dengan nasib YAB Dato Sri Adnan Yaakob tetapi tindakannya mengeluarkan perkataan "PUKI MAK" ( Dengan Izin ) tidaklah baik dan menjejaskan nama baiknya di mata umum. Mungkin kita tidak pernah merasai apa yang dialami oleh beliau. Semua orang, saya rasa akan hilang sabar macam tu juga. Namun dalam soal berucap di khalayak ramai, kita harus berhati-hati. Ini adalah satu pengajaran kepada diri saya dan orang lain di masa depan.
SHAMSUDDIN MONER EL-ASKAREY

Komen pembaca :
1) Anonymous said...Aku tabik dengan hang pasal teguran pada ucapan MB Pahang dalam AGM UMNO Bentong tu. Ini bukti yang hang ni seorang pengikut yang sayang dan kasih pada pemimpin hang. Sesuailah diri hang sebagai seorang ustaz, kerana agama kita menyarankan bahawa tanda kita kasih pada pemimpin ialah menegurnya jika dia buat salah, tak kira kecil atau besar.
Hang tak perasan ka. Macamana Mahathir telah jadi pemimpin yang hebat suatu masa dulu. Ini kerana adanya orang-orang yang macam hang yang berani menegurnya. dengan teguran dan kritikan inilah yang menjadikan mahathir seorang pemimpin hebat. Aku rasa long nan pun akan menjadi pemimpin hebat dan cekal suatu masa nanti jika ramai orang yang berani macam hang untuk menegurnya. Aku rasa, long nan saja buat provokasi macam tu kat hang semua dalam mesyuarat UMNO tu. Mungkin saja dia nak uji siapa yang berani tegurnya. Nampaknya hang sorang saja yang tegurnya. Yang lain mungkin takut. Tapi hang janganlah jatuhkan maruah dia. kalau boleh hang coverlah sikit...

2) Anonymous said... KAWE AMAT TERKEJUT DENGAN BERITA INI. NASIB BAIK DEMO TULIS DALAM BLOG NI. BUKANNYA APO, KAWE RASA TAK PATUTLAH ORANG-ORANG DI PAHANG TU BUAT FITNAH YANG BUKAN-BUKAN PADA DS NAN YAAKOB. ORANG NAK BUAT KERJA BAIK UNTUK KENDURI KAHWIN ANAKPUN NAK DIBUATKAN ISU POLITIK DAN REMEH TEMEH.
wALAUPUN DEMO TAK SUKO DENGAN PERKATAAN "PUKI MAK" TU, TAPI, KAWE RASA MOLEK JUGA lONG NAN CAKAP MACAM TU PADA ORANG YANG TAK BERATI PERUT DAN PENAKUT YANG SEBARKAN SMS FITNAH DAN JAHAT TU. KALAU KAWE KENA MACAM LONG NAN TU, LAGI TERUK KAWE CAKAP KAT ORANG YANG BUAT TAIK TU. KAWE AKAN BAHASAKAN DIA DENGAN "BABI HUTAN", "HAPRAK" , "BINAWE", "BINATANG" DAN "KUCING KURAP".INILAH BAHASA YANG SELAYAKNYA KITA UCAPKAN PADA JENIS ORANG MACAM NI.

Komen oleh
Shamsuddin Moner
Ape ke jadahnye dia orang ni nak kutuk MB Pahang pasal buat kenduri kahwin anaknya. Orang nak buat kenduri kahwinpun nak dijadikan isu. Apalah perangai orang yang sebarkan berita dakyah yang memburuk-burukkan MB Pahang di atas majlis kenduri anaknya tu.
Aku tak nampak apa salahnya MB Pahang bercakap macam tu ( PUKI MAK ) dalam mesyuarat agung UMNO bentong. bayangkan kalau kita sendiri yang berada ditempat beliau. Dah tentu kita juga naik angin. Tapi, aku tahu orang yang bawa cerita ni. Dah tentu dia berangan-angan nak jadi MB Pahang. maklumlah Datuk M.Najib tak lama lagi akan jadi PM. Mulalah masing-masing memburuk-burukkan orang lain dan menjatuhkan maruah seseorang pemimpin.
Aku yakin LOng Nan bukanlah seorang yang pelahap dan penyamun yang sanggup menyalahgunakan kemudahan awam serta kakitangan kerajaan negeri untuk majis kahwin anaknya. Apa salahnya menggunakan khidmat kakitangan serta orang-orang kuatnya untuk majlis kenduri berkenaan. Inilah tandanya beliau menguutamakan orang bawahannya dalam mengendalikan kenduri kahwin tu. takkanlah nak guna tenaga HINDRAF dan PKR untuk kenduri tu.
Nasib baik aku terbaca berita ni dalam blog kamu. Dapat juga aku merasai kedukaan dan kesedihan yang dialami oleh Long Nan. Aku tetap pertahankan kata-kata long nan ini. Aku kenal sangat dengan dia. Mulut dia saja yang cakap celupar macam tu, tapi hatinya baik. Jangan jdi macam setengah pemimpin tu, mulutnya manis berkata-kata, tetapi dalam hatinya penuh dengan dendam kesumat dan busuk hati. Biar cakap macam kotor sikit tapi hati bersih. Buat apa orang yang bercakap manis dibibir saja tapi, dihati lain bicara. Aku kenal sangat dengan Long Nan ni. Nanti kalau kamu lama-lama kenal dengan dia, tahulah hati budi dan siapa dia sebenarnya.

3) Anonymous said..."Apa nak heran dengan kata-kata P>>U>>K>>I>>M>>A>>K. LOng nan hanya sebut saja dan tak lebih dari itu. Tapi, apa hal dengan seorang bekas menteri kabinet yang khabarnya dari negeri pahang jugak. Bising dan heboh dulu seorang bekas menteri meraba punggung seorang pompuan pekerja hotel di brickfield. Ini lagi kes berat. LOng nan hanya cakap benda Allah tu. Tapi, hamba Allah yang sorang ni lagi dahsyat, terus pegang-pegang benda budak pompuan tu. Nasib baik settle bawah meja. kalau tak alamat ke mahkamahlah bekas menteri tu. INi patutnya you cerita dalam blog ini.

AYAT PERMOHONAN MAAF OLEH SHAMSUDDIN MONER
1. Assalamualaikum...! Bagi saudara/saudari yang membaca artikel saya sebelum ini bertajuk " PUKI MAK " (Dengan Izin ), iaitu cerita tentang ucapan yang diucapkan oleh Ketua UMNO Bahagian Bentong dalam Perhimpunan Agung UMNO Bahagian Bentong pada 2 hb November 2008 yang lalu diharap dapat menerima permohonan maaf saya ini.
2. Sebenarnya saya merasa kesal dan insaf di atas keterlanjuran saya menyiarkan petikan ucapan berkenaan yang tidak sepatutnya saya laporlan dalam laman blog saya ini. Walaupun saya menceritakan perkara yang benar, tetapi cara saya menyampaikan dan melaporkan adalah tidak kena pada tempatnya kerana ianya boleh menjatuhkan nama baik seorang pemimpin di mata umum.
3. Justeru saya secara terbuka memohon maaf kepada empunya diri, iaitu YAB Dato' Sri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang di atas artikel yang tertulis dalam laman blog saya ini. Apapun yang berlaku sebelum ini, ianya adalah secara sepontan dan keluar dari hati kecil saya. Namun, saya sedar dan insaf bahawa tidak semua perkara buruk yang berlaku di dunia ini yang tidak kita senangi perlu dihebahkan kepada umum. Saya telah melakukan kesilapan besar dalam etika saya sebagai seorang muslim.
4. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihi, saya selaku hamba Allah yang hina dan sering melakukan kesalahan serta dosa memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran saya melaporkan berita berkenaan. Terutamanya, permohonan maaf ini saya tujukan kepada YAB Dato' Sri Adnan Yaakob. Tanpa maaf daripada beliau, maka kesalahan saya ini tidak akan diampunkan oleh Allah s.w.t. Hanya kepada Allah saya berserah dan hanya kepada Allah saya memohon pertolongan serta keampunan.

Ikhlas daripada,

SHAMSUDDIN BIN MONER
Simpang Pelangai,
Bentong, Pahang.

5 comments:

  1. geleng kepala tak faham. siapa yang salah? siapa yang patut di persalah?

    ReplyDelete
  2. Dey thambi..propa pihak2 yg nk jd mb dah muncul, so tggu ape lg ayoyo kasi kerat la

    ReplyDelete
  3. Inna solei Sivaji
    Apa hal mau kerat2? Lu ingat Mona Fandey ka aya?
    Inna macha!

    ReplyDelete
  4. aha ha ha ha what happened? the blogger kena ugut ke? kee kee...
    adnan manyak macho, macho ler...
    but dun know much about him..
    byk balak eh in pahang....

    ReplyDelete
  5. Jed,
    Mana ada ugut ugut orang. Tak baik tau!
    Blogger itu sendiri mintak maaf. Adnan Macho? I'm sure you will be surprised after you have spoken to him face to face!

    ReplyDelete

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)