Skip to main content

Pathetic pahangdailyonline

Ada satu blog PahangDailyOnline melapurkan berita yang palsu, rekaan dan fitnah yang boleh dibaca disini.

Fakta yang palsu, rekaan dan fitnah itu boleh dinyatakan secara ringkas seperti berikut :-
  • MB Pahang hilang berguni duit bernilai berjuta ringgit (2 juta)
  • Anak MB Pahang yang baru berkahwin adalah dalang dibelakang rompakan itu.
Fakta yang sebenarnya adalah:-
  • Yang hilang duit BUKAN MB tetapi duit tabungan ANAK MB. Anak MB ini berumur 15 tahun dan baru sahaja selesai peperiksaan PMR. Duit yang hilang adalah simpanan anak MB sejak dia kecil lagi disimpan dalam tabung atau pun dalam Bahasa Inggeris nya "piggy bank" atau selalu juga digunakan istilah "tabung simpanan" atau "tabung ayam".
  • Mustahil sama sekali anak MB yang baru kahwin itu dalang rompakan duit tabung adiknya sendiri dan ini adalah tuduhan fitnah yang amat dahsyat! Anak MB yang baru kahwin itu adalah seorang lulusan undang-undang yang baru selesai membuat Chambering dengan firma guaman terkemuka di KL. Dari mana PahangDaily dapat maklumat sehingga sanggup tulis "dalang rompakan" itu. Dahsyat penulis blog PahangDaily ini. Islam oh Islam!
Ini lah yang dikatakan fitnah melalui salahguna blog. Yang lebih malang lagi blog ini memaparkan gambar serta link kepada orang-orang berimejkan Islam. Adakah perjuangan Islam mereka termasuk FITNAH? Pathetic !

Comments

  1. Setuju Tuan!. Semalam PahangDaily melaporkan tentang penipuan stesen minyak dengan cara mengubah nozel. Sebagai seorang jurutera saya tak nampak bagaimana pengubahan saiz nozzle boleh mengelirukan bacaan meter. Jika nozel dikecilkan pun, kejatuhan tekanan (pressure drop) akan bertambah didalam pipe dan kadar aliran minyak dari pam akan berkurang. Bagaimanapun meter (DP cell) akan tetap mencatatkan aliran minyak sebenar. Laporan PD lebih kepada pendapat org ramai yg ditemubual dan tiada usaha utk memcari kebenaran terhadap laporan2tersebut. Tiada fakta jelas yg menyokong laporan. Kesimpulan saya, membaca PahangDaily hanya membuang masa....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. I went to see the post and site...
    One thing that I have to say - it "looks credible". I mean the masthead, layout etc. These things influence people, like it's "an official news portal".

    I don't really know how much is true and how much is false in that post. And this is where the danger is. Your post and version here is the more believable, I should say. But many people would tend to believe "the juicier version".

    And if these are lies, then I have just cause to question the "hati perut" of the person who wrote that, for "fitnah" ranks way up there when it comes to sins.

    P/S: There is this "comment deleted" here by "someone with an interesting name". This just secretes that "menyibuk" juices out of me into wondering what it was...

    ReplyDelete
  4. Takkan awang nak merembat tabung adik dia...setakat berapa sen sangat...i know him well..orang offer kawasan balak pun dia tolak..mengetahui prinsipnya..kawan2 nak ambik peluang pun tak berani..paling kuat pun mintak rekomen kerja kerani di MPK...

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Lawyer setengah lepas enam/ Half past six?

Ada lawyer yang true blue, well cooked and clever. Ada yang opposite dari yang disebut itu. Kalau Mahkamah perintahkan seseorang itu dihukum mati maka permohonan untuk hukum penjara seumur hidup itu terbatal lah dengan sendirinya! Sama lah juga kalau Mahkamah perintahkan lesen memandu si Anu itu dibatalkan maka semua sekali lah batal baik kelas B dan D atau apa-apa kelas pun. Jangan lah pulak kata, si Anu itu masih boleh pakai Lesen L dia sebab mahkamah tak sebut pun dalam perintahnya. Kalau Mahkamah batalkan keputusan dan perbuatan Speaker mengantung kehadiran ahli Dewan maka akibat dari perintah itu, ahli Dewan itu bolehlah hadir dan turut serta prosiding Dewan itu seolah-olah apa yang Speaker buat itu tidak pernah wujud! Itu pun susah nak faham ke? Jangan lah jadi loyar buruk . Half past six !