Skip to main content

Jangan telanjang, malu!

Jangan 'telanjangkan' Wanita UMNO - Halimah Itulah yang dapat dibaca dalam Utusan. Apa betul Halimah Sadique kata begitu?

Janganlah sampai bertelanjangan! Ada perkara yang kita boleh buat secara baik tanpa telanjangkan siapa-siapa. Apakah yang kita dapat kalau kita telanjangkan orang lain? Takut nanti akibatnya buruk!

Pastinya bila ada perlawanan samada persahabatan atau tidak, strateji untuk menang akan dicari.
Kadang-kadang yang menang itu tidak semestinya menang semua. Yang kalah tidak semestinya kalah semua. Yang menang pasti juga rasa letih, penat, mengah dan lelah selepas pertandingan. Yang kalah belum tentu cedera parah. Ada kalanya kalah hanya kerana tersilap langkah diperingkat hujung perlawanan. Dari awal sangkaan dan jangkaan, yang kalah itu akan menang dan yang disangka menang itu akhhirnya kalah!

Bolehkah adakan perlawanan tanpa kata mengata, tanpa usik mengusik? Apakah erti perlawanan tanpa godaan begitu? Tanpa senggol senggolan, tanpa gelak ketawa, tanpa hilai tawa, apakah erti hidup berpersatuan?

Di Pahang pastinya rancak. Ada yang akan sokong Kak Pidah ada yang sokong Kak Ijat. Tapi kalau ditelanjangkan juga bayangkan lah apa akan jadi pada Kak Maznah, Kak Siti Zaharah, Rosni, Kak Su Melah, Kak Limah, Kak Ton, Kak Siti Rokiah, Kak Juriah, Kak Wok, Manila, Roslin, Kak Melati dan yang lain-lain termasuk Kak Azizah Darham! Bayangkan semuanya kita panggil Kak sedangkan kita sendiri sudah ada cucu! Wah...!!!!

Akhir kalam, jangan telanjang, apa kata berkemban saja!

Comments

  1. kak hazani aku adalah ketua di kelantan tu... dia kat gua musang. tapi orangnya glokal gitu...

    saya baik denganya dan suaminya tuan shaari lembut.

    semoga anda makmur sokmo

    ReplyDelete
  2. diorang kalau tak telanjang pun aku sure lari punyer... kalau takat tahap2 diorang punya puteri pun aku pikir banyak kali nak tengok... geli

    ReplyDelete
  3. Salam Dato',
    Kalau mcm ni, mahu kena sensor lah election Wanita UMNO kali ni. Buat secara tertutup aje. Kena pastikan CCTV off jugak. Nanti jadi mcm CSL.

    ReplyDelete
  4. Perjuangan perlu pengorbanan. Pertandingan akan ada kalah menang. Jika tak sanggup ditelanjangkan atau menelanjangkan,jangan masuk pertandingan. Pertandingan ini kasar.

    Bagaimanapun di Jerantut, Kak Wok dah umum sokong Kak Pidah. Blog Kak Wok: http://norhelan.blogspot.com

    Seronok juga tengok persaingan wanita bertelanjang ni. Kena benar berani ; Blog Brave Heart:

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...