Skip to main content

Chief Nazri & Ayah Pin

Nazri Aziz aka Chief mengaku dia silap beri jawapan di Parlimen tentang samada Salleh Abas & gang dipecat atau tidak. Sebenarnya mereka memang di pecat!
Baca lah Nazri : Enam hakim kanan `memang dipecat’
Apalah Chief ni, jawapan itu pun salah. Jawapan yang betul, ada yang kena pecat ada yang kena gantung kerja. Dan ada juga yang dilepaskan dari gantung kerja dan dibenarkan terus bertugas!
Tak tahu lah samada Chief ini terangkan betul-betul kepada wartawan Utusan itu atau pun wartawan tu tak berapa cerdik untuk faham apa yang Chief cakap. Takpalah jangan sampai rampas kamera macam si Nizar tu sudah lah! Samseng juga si Nizar ni ye? Ingat orang Pas kuat imannnnn.....dan sabarrrrr! Sesamseng-samseng Adnan pun tak pernah pun rampas kamera photographer suratkhabar.

Satu lagi berita yang menarik ialah tentang Ayah Pin. Katanya Ayah Pin pernah pulang ke Malaysia?
IGP kata polis tidak tangkap dia sebab tak dapat kebenaran Jabatan Agama Islam Terengganu. Sejak bila pulak Polis kena dapat kebenaran Jabatan lain untuk tangkap orang ni? Kalau ada waran tangkap, nak kebenaran apa lagi? Nevertheless, thats another issue....
Ayah Pin balik buat apa? Jumpa Anwar nak tubuh Kerajaan langit? Tu dia...

Comments

  1. Ayah pin balik nak jumpa anwar nak minta restu bang nuar nak jadi menteri di jabatan perdana menteri ganti zahid hamidi. yela kan video ayah pin dia ada kata dia ni taraf tuhan dan pesuruh kerajaan langit bagi semua agama termasuk islam, kristian, hindu dan buddha.

    Bang nuar pun kata dia jaguh DEMOKRASI setelah dapat anugerah muslim moderate oleh amerika dan tiada masalah dengan KEBEBASAN BERAGAMA UNTUK MURTAD serta terbuka dalam hal HOMOSEKSUAL PUAK GAY DAN LESBIAN. Suai benar la ayah pin jadi menteri hal ehwal agama bang nuar. semua agama ayah pin boleh all in one macam shampoo. sorang dajjal (bang nuar), sorang yaajud (lim kit siang malam), sorang maajud (ayah pin).

    Dijemput ke laman saya untuk bertukar pendapat di che-moq.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. dato small talk,
    betul- apa lah chief ni. semua nya 5 hakim yang terlibat. 3 hakim kena buang, 2 hakim kena buag tapi kemudian reinstated. pencen semua dapat.

    ReplyDelete
  3. Dear Dato',

    Macam mana Cheif boleh tak betul info bila buat statement sedangkan dia sendiri sedap hentam TDM cakap semberono mengenai politik wang dalam UMNO.

    ReplyDelete
  4. "Ayah Pin balik buat apa? Jumpa Anwar nak tubuh Kerajaan langit?"

    HAHA! That's a good one!
    IMHO this one is a bigger dent on Anwar than the court case. It's a question of "credibility" - when you insist on doing something but it doesn't happen, people start to doubt you (Not just for Anwar, but for EVERYONE ... this is a "principle of life").

    Anyway, I feel the PR has lost the momentum. But the trouble is, the BN - Umno specifically - isn't doing much to capitalise on it.

    There are a lot of people just waiting for Umno "to do something" ... just give a plausible reason to start supporting it again and they will. Miss this last opportunity and PR might well gain the momentum again and really boot the BN out.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...