Skip to main content

Dah nak banjir lagi!

Utusan Malaysia melaporkan banjir besar di Pahang pada bulan Disember akan datang.

Nasib baik Perhimpunan Agong UMNO ditangguhkan ke bulan Mac 2009. Nasib baik DS Najib belum jadi PM lagi. Biasanya daerah Pekan yang paling hebat dilanda banjir sebab semua air sungai di Pahang akhirnya mengalir ke Pekan. Kalau DS Najib dah jadi PM, sudah tentu kelam kabut sikit. Maklumlah sebagai PM tentu lah sibuk. Lagi pun DS Najib akan jadi PM untuk Malaysia dan bukannya untuk Pekan saja. Malah bukan untuk Pahang saja juga.

Lagi pun bila DS Najib umum dia hendak tanding jawatan Presiden UMNO, dia bukan buat di Pahang atau di Pekan. Dia buat di Trengganu. Baca Najib tanding Presiden.
Kenapa tak buat pengumunan di Pahang? Baca Sakmongkol Choosing our Leader. Dari gambar yang diatas tu DS Najib ini akan dibantu oleh Mat Said MB Trengganu, Tengku Putera dan Muhyiddin juga. Dalam TV ada juga nampak Fatmi Salleh dari KB Kelantan. Puas terbeliakkan mata nak cari orang Pahang. Tak ada pula nampaknya. Ingat-ingat boleh lah nampak muka JJ, Manan Ismail, Shahiruddin Moin, Sharkar, Ishak Mohd, Wan Adnan, Hamid Mandela, Manap Sulung, Rahimi etc. etc.
Tapi rasanya DS Najib tahu orang Pahang ini tiada masalah. Orang Pahang baik-baik belaka. Gambar mereka tak perlu dipamir ada sebelah DS Najib. Mereka tetap akan setia. Tiada siapa pun yang boleh gugat DS Najib di Pahang. Kalau ada pun yang ada bunyi marah-marah tu biasa lah. Hanapi Salleh itu tiada masalah langsung. DS Najib bila-bila boleh bereskan.
Tapi kalau ikut pantun :
Sungai Pahang airnya deras,
Sudahlah deras berliku-lipu,
Orang Pahang hatinya keras,
Tapi mudah pula kena tipu.

Comments

  1. Hahahaha, luckily I am a Kelantanese, otherwise I will feel slighted by being left out by my own Pahangan Future PM.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir