Skip to main content

Standard ISO Sangkelembai

Bila Pak Lah umum tak tanding Presiden dan undur Mac 2009, Zaharin @ sang kelembai hantar sms ini :
"Kpd rakyat Malaysia, pemimpin pergi, pemimpin datang. Yang penting sekarang kita berdoa supaya UMNO/Malaysia tidak punya pemimpin saperti Abdullah Hj Ahmad yg dikawal oleh isteri, anak dan menantu dn orang saperti Kalimullah, Anuar zaini, Patrik badawi dn kapitan2 china...Tkasih drp Zaharin@sangkelembai"

Ada perkara yang boleh diterima daripada sms itu.
1. "Pemimpin pergi, pemimpin datang" - ok, boleh terima
2. "Yang penting sekarang kita berdoa" - ok, boleh terima. Lepas sembahyang terutamanya kita mesti berdoa. Doakan perkara-perkara baik. Jangan doa macam lagu P. Ramlee "kau cabut lah nyawa ku" (kalau cabut tak sakit ok, kalau sakit macam mana?)
3. "Supaya UMNO/Malaysia tidak punya pemimpin seperti Abdullah Hj Ahmad" - ok, boleh terima lagi. Abdullah Hj Ahmad ada dua orang sahaja yang terkenal. Satu dari Kok Lanas Kelantan dan yang satu lagi yang dipopularkan oleh Zaharin. Kita semua kenal Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kalau ada lagi Abdullah Hj Ahmad di kampung-kampung tu, buat masa ini biarkan lah dulu. Tidak ada lagi yang menawarkan diri untuk jadi pemimpin kita. Yang ada hanya Mat Hanapi Salleh. OK lah tu!
4. "yg dikawal oleh isteri" - ini sama sekali tak setuju! Pemimpin mesti ada isteri. Kalau tak ada isteri, dia nak lepas kat mana? Nak merayau tengah-tengah malam? Jangan buat hal! Isteri mesti lah PEREMPUAN. Kalau ada pemimpin yang minat nak memperisterikan LELAKI, itu BABI punya kerja. Sakmongkol dalam Hired Assassins from Mediaworld kata kalau anjing betina orang putih panggil Bitch. Smalltalk kata kalau Anjing hantam Babi, Swine juga keluar!
5. "anak dan menantu dn orang saperti Kalimullah, Anuar zaini, Patrik badawi dn kapitan2 china.." Ini kita kata ok - sebab pemimpin baru takkan dapat anak dan menantu yang sama dengan pemimpin yang ada sekarang. Anak dan menantu dia mesti lain punya. Kalimullah, Anuar zaini dan Patrik badawi dn kapitan china, mesti lain juga!

Pendekkan cerita, pemimpin yang akan datang mesti :
1. Berkahwin iaitu ada isteri yang perempuan
2. Jangan ada anak
3. Jangan ada menantu
4. Jangan ada Kalimullah
5. Jangan ada Anuar Zaini
6. Jangan ada Patrik Badawi
7. Jangan ada kapitan china

Susah juga nak cari pemimpin macam yang zahrin nak ni!
Pemimpin yang dicadangkan:
1. Ada isteri nama Rosmah. Oklah dia perempuan dan rasa-rasanya cukup cantik kawal!
2. Anak dah ada ramai. Dengan isteri dulu pun ada dengan Rosmah ini pun ada!
3. Menantu - rasa-rasanya dah ada!
4. Kalimullah, Anuar zaini, Patrik badawi - rasa-rasanya yang nama serupa tak ada. Yang perangai serupa atau yang seakan-akan ada dah!
5. kapitan china - rasa-rasanya pun dah ada ramai!

Habis macam mana zaharin?
Nak cari siapa sebagai penganti? Tak kan pemimpin kita nak turun dari langit? Kita bukan Keraja'ang Langit! Dulu small talk dah ada buat Kerajaan Langit!

Payah lah zaharin. Mungkin Mat Hanapi Salleh boleh jadi altenatif? Dia tak ada bini tak ada anak tak ada menantu. Kawan dia pun budak-budak Kg Ubai saja. Tak nampak pulak dia ke hulu ke hilir dengan china atau india.
Kalau Napi, sang kelembai pun tak dapat nak hentam dalam blog! Di Pekan itu dah 32 tahun dia try jadi Ketua Bahagian. Yang pasti Ketua Cawangan saja. Entah lah zaharin. Standard ISO engkau ni tinggi sangat!

Comments

  1. Hahaha... susah jugak nak cari pembesar-pembesar "maksum" ni!

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir