Skip to main content

Istana dengan Politik bercampur tiada


KDYTM Tengku Mahkota Pahang bertitah seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian 25hb Sept. 2008 dan dipamirkan secara penuh seperti dibawah:-

"RAUB: Pemimpin dan ahli Umno di Pahang yang akan bertanding jawatan peringkat bahagian parti itu bulan depan diingatkan supaya tidak mengheret istana dalam meraih undi dan sokongan, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Saya tidak nafikan ada pihak tertentu yang bertanding merebut jawatan dalam Umno bahagian datang bertemu saya, tetapi itu tidak bermakna saya merestui atau mereka mendapat sokongan dan perkenan saya untuk bertanding,titah baginda. Baginda bertitah demikian selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin tempatan, ahli politik, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kakitangan kerajaan Daerah Raub di sini, semalam. Tengku Abdullah bertitah tindakan mengheret istana boleh mengeruhkan keadaan dan membuat ahli Umno berada dalam keadaan serba salah untuk memilih pemimpin. Titah baginda, mereka yang menawarkan diri bertanding sepatutnya bertindak menampilkan kekuatan dan kewibawaan diri sendiri untuk meraih sokongan. Dalam titahnya pada majlis itu, Tengku Abdullah menasihatkan rakyat Pahang supaya tidak bercakaran sesama sendiri semata-mata kerana berlainan ideologi politik. Rakyat perlu kembali bersatu padu, bertolak ansur serta berkompromi dan bukannya terus berpecah-belah kerana taksub dan ingin mempertahankan pemimpin tertentu, titah Tengku Abdullah."

Ampun Tuanku, sembah patik mohon diampun.

Patik serta pacal-pacal sekalian rakyat Pahang amat menyanjung tinggi titah Tuanku berkaitan perkara yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat terutamanya dikalangan pemimpin dan penyokong UMNO di Pahang.

TitahTuanku itu amat tepat pada masanya dan sesungguhnya akan menyedarkan pemimpin serta penyokong UMNO Pahang bahawa Istana adalah "apolitical" iaitu tidak mencampuri urusan politik. Namun Istana adalah lambang kekuatan Melayu dan adalah amat sesuai sekali Istana itu dijadikan benteng mempertahankan perpaduan serta ketuanan Melayu tanpa mengira fahaman politik. Ini bertepatan sekali dengan saranan Tuanku seperti yang dilaporkan pula oleh Utusan Malaysia :-

"Melayu perlu pertahan hak dan institusi raja - Tengku Abdullah
RAUB 24 Sept. - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, pemimpin politik dan orang Melayu perlu bersatu bagi mempertahankan hak mereka serta institusi raja yang semakin dipersoalkan banyak pihak pada masa ini.
Baginda bertitah, keadaan politik yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan mempertikaikan hak orang Melayu dan institusi raja.
Titah baginda, hak orang Melayu dan institusi raja tidak seharusnya dipersoalkan lagi kerana ia telah termaktub dalam perlembagaan.
''Adalah menjadi tanggungjawab semua pemimpin politik Melayu tanpa mengira parti, sama ada UMNO, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bersatu mempertahankan hak tersebut.
''Jika orang Melayu berpecah-belah, tidak mustahil hak keistimewaan dan institusi raja akan tergugat," titah baginda.
Tengku Abdullah bertitah demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada 300 fakir miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong di Masjid Kampung Sungai Pasu di sini malam tadi.
Baginda melahirkan kebimbangan jika orang Melayu terus berpecah-belah, kuasa dan hak keistimewaan yang dimiliki sekarang akan hilang dan membawa nasib malang kepada generasi akan datang.
''Saya bercakap mengenai perkara ini bukan bagi kepentingan diri saya atau keluarga, tetapi bagi kepentingan semua orang Melayu terutama anak-anak dan generasi kita akan datang," titah baginda.
Dalam perkembangan lain, Tengku Mahkota mahu umat Islam mengamalkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain termasuk kepada kaum Cina, India dan Orang Asli.
''Tiada salah bagi kita orang Islam menghormati orang lain kerana ia sememangnya dituntut oleh agama kerana melalui cara itu akan dapat melahirkan rumpun bangsa dan rakyat yang harmoni, bersatu padu dan muhibah, titah baginda."

Ampun Tuanku, sembah patik mohon diampun,

IsyaAllah Negeri Pahang akan sentiasa berada dalam aman sejahtera jika sekiranya pemimpin serta pengikut Parti-parti politik tidak bertindak emosional dan tidak terlalu taksub kepada individu. Pemimpin yang mereka-reka cerita semata-mata untuk mencapai matlamat diri sendiri perlu dinyahkan dari bumi Pahang. Begitu juga dengan pemimpin yang gila kuasa dan gelojoh dalam tindakan untuk mecapai tahap kedudukan dalam politik, perlu juga dinyahkan dari bumi Pahang.

Ampun Tuanku, sembah patik mohon diampun,

Terdapat juga pemimpin politik yang menggunakan ugama untuk kepentingan parti dan peribadi. Mereka yang sebegini perlu juga dinyahkan dari bumi Pahang.

Ampun Tuanku, sembah patik mohon diampun,

Terdapat juga pemimpin yang tidak mengerti "signal' yang diberikan oleh pengikut serta rakyat keseluruhannya. Mereka ini adalah golongan yang ingin "menongkat langit". Mereka tidak mahu melepaskan jawatan serta menyerahkan kepada pemimpin pelapis yang lebih layak. Mereka merasakan bahawa menjadi pemimpin politik itu adalah warisan turun temurun mereka. Golongan pemimpin begini pun perlu dinyahkan dari bumi Pahang.

Patik serta pacal-pacal rakyat yang cintakan negeri Pahang berjanji akan mempertahankan institusi Raja dan bersumpah akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir dan akan memastikan Pahang akan tetap aman tenteram dan makmur. Jika ada musuh dari luar yang cuba menyerang, pasti mereka akan dapat dihapuskan. Namun patik serta pajal-pacal rakyat jelata sekalian tiada akan mampu menghancurkan musuh jika musuh itu dikalangan sesama kita!

Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik mohon ampun.

Dirgahayu Tuanku!

Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...