Skip to main content

For Dummies Series Part 2

Antara Pemimpin Dengan Pengikut

Pemimpin maknanya orang yang dijadikan ketua kepada satu kumpulan orang-orang. Untuk menjadi pemimpin mesti ada pengikut. Dan pengikut itu mestilah manusia yakni bukan binatang atau haiwan.

Pemimpin mempunyai tanggungjawab untuk memimpin pengikut dan pengikut mempunyai tanggungjawab untuk mengikut pemimpin.

Dato’ Sri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin. Ahli-ahli UMNO yang jawatannya atau kedudukannya dibawah daripada Najib adalah pengikut. Ini termasuk lah Muhyidin, Mohamed Hassan, Zaid Ibrahim dan juga Tengku Razaleigh Hamzah. Hanya Dato’ Seri Abdullah Badawi sahaja yang diatas daripada Dato’ Sri Najib.

Sebagai pemimpin Dato’ Seri Abdullah Badawi telah memutuskan satu rancangan peralihan kuasa daripada beliau kepada Dato’ Sri Najib akan berlaku pada bulan Jun 2010. Keputusan itu telah disambut dengan gembira oleh pengikut sekalian. Tiada bantahan secara terang-terangan dibuat oleh pengikut. Kalau pun ada bantahan, bantahan itu hanya secara dibelakang-belakang. Adapun bantahan adalah mengenai tarikh yang disebutkan. Ada yang mahu dipercepatkan sehingga ada yang mengatakan supaya diadakan sekarang dan bukannya pada tahun 2010.

Baru-baru ini timbul pula Tan Sri Muhyidin yang mahu peralihan kuasa itu disegerakan. Inilah bantahan yang dibuat secara terang-terangan dan disebarkan melalui media massa. Tidak lagi hanya setakat di lobi-lobi hotel atau di kedai kopi.

Sebagai pemimpin Dato’ Sri Najib telah ditanya oleh pemberita apakah pendirian beliau terhadap isu itu. Dato’ Sri Najib menjawab dengan mengatakan bahawa isu itu perlu ditentukan oleh ahli-ahli Umno iaitu pengikut.

Apakah Dato’ Sri Najib seorang pemimpin dalam konteks ini? Sebagai pemimpin, beliau sepatutnya memberikan ketetapannya atau pendiriannya sebagai pemimpin. Pemimpinlah yang sepatutnya memberi panduan kepada pengikut. Kalau diserahkan kepada pengikut untuk membuat keputusan, sudah tentu pengikut akan mempunyai pandangan masing-masing. Sudah tentu ada dua atau tiga pandangan atau kehendak pengikut. Satu pihak akan bersetuju. Satu pihak lagi tidak akan bersetuju dan mungkin ada juga pengikut yang mahu berkecuali.

Kenapa tidak Dato’ Sri Najib memberi jawapan yang khusus. Setuju atau tidak dengan Tan Sri Muhyidin? Kalau setuju kata setuju, kalau tak setuju katalah tidak setuju! Senang pengikut membuat pilihan. Sikap tidak komited atau bertindak secara tiada keberanian ini tidak mengambarkan kekuatan beliau sebagai pemimpin!

Sikap main selamat atau play safe Dato’ Sri Najib ini tidak mengambarkan beliau sebagai pemimpin yang kuat. Pemimpin mesti ada keberanian. Pemimpin mesti berani mengambil risiko. Pemimpin mesti memberi arahan dan ketetapan kepada pengikut. Pemimpin adalah ibarat ketua tentera semasa berperang. Mesti berani dan mampu membuat keputusan yang cepat dan tepat. Mungkin keputusan atau arahan yang dibuat adalah salah atau tidak tetap, tetapi itu adalah kualiti pemimpin yang berwibawa.

Kalau dikala berperang, seorang ketua tentera itu asyik meminta pengikut membuat keputusan, pasti tentera itu akan kalah dalam perang.

Kalau diambil pemimpin diperingkat keluarga sekali pun, kalau ketua keluarga asyik minta ahli-ahli kelurga memutuskan sesuatu perkara, pasti keluarga itu bukanlah suatu keluarga yang bersatu padu.

Begitu juga tatkala kita menghadapi bencana alam. Kalau air banjir sudah naik, pemimpin asyik mohon diadakan mesyuarat untuk memutuskan apa yang hendak dibuat, pasti kampong kita ampuh dilanda banjir!

Begitu juga kalau rumah kita sedang mula hendak terbakar. Takkan lah kita hendak tunggu apa keputusan semua ahli keluarga dulu!

Kalau kita pemimpin, jadilah pemimpin dan biarlah ada kuasa untuk mempengaruhi pengikut!
Ini dah timbul polemik...sampai bila nak selesai politik ini?

Comments

  1. DSN,

    Catatan yang sangat baik ! DSN sebenarnya memang sangat mahir dalam seni menulis dan saya sangat terkesan dengan tulis DS kali ini. Tahniah......

    ReplyDelete
  2. yang bhg dsn
    saya sudah menyatakan banyak kali. dato najib adakah master of the U turn. kalau setuju kata setuju seperti sdra katakan. seperti saya nyatakan, orang paraplegic ada penyakit tulang belakang. dato najib lagi teruk...tak ada tulang belakang.
    congrats for yr piece. tapi ini boss ok ke? haha

    ReplyDelete
  3. Dear Sakmongkol,
    Ini bukan soal boss tak boss, sivaji tak sivaji. Ini soal masa depan UMNO dan Bangsa Melayu. Tiada pernah selama ini secara terang-terangan menteri berani sanggah menteri yang lain. Di mana pemimpin kepada Menteri2 itu? Kenapa berdiam diri...what have happened to command and reprimand?

    If need be, sack them rather than them becoming a pain in the ass.

    ReplyDelete
  4. Bijan,
    Jangan lah puji puji pulak...hehehe.
    Joke aside....thank you

    ReplyDelete
  5. DSN,

    Saya tak dapat apa-apa pun kalau puji DSN dan DSN pun bukan kenal saya pun. Cuma saya nak bagi sokongan supaya DSN terus-menerus menulis dan berani menyatakan hakikat sebenar. Bukan setakat pandai 'yes men' dan jadi typical politician.

    Tapi, untuk pengetahuan DSN...saya lebih 'berahi' untuk buka blog DSN tiap-tiap pagi bila sampai ofis daripada membuka online paper atau lain-lain web. Mungkin disebabkan aura tulisan DSN.


    Dan,

    Hakikat sebenarnya, blog DSN ni sudah ada followers nya tersendiri walaupun tak nampak ramai yang letakkan komen.

    ReplyDelete
  6. Tahniah DSN kerana berani komen berkaitan diatas,straight to the point.Ini baru setpol zaman TDMahathir ada class,bukan serupa setpol zaman DSharizat,he he.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...