Skip to main content

Sumpah Potong Ayam

Sumpah! Potong Ayam!
Lu jangan cakap itu macam. Sumpah….potong ayam…gua tak culi lu punya barang!

Itu sumpah kawan saya anak Cina semasa sekolah menengah dulu. Kepada dia kalau dia tak buat tu dia sanggup sumpah potong ayam. Sampai sekarang saya tak tahu kenapa nak potong ayam pulak. Apa significant nya ayam tu saya tak tahu.

Apa pun saya percaya kawan Cina saya tu sungguh-sungguh tak ambil barang saya.

Bila di Mahkamah, semasa hendak memberi keterangan sebagai saksi kita bersumpah “Saya sianu bin sianu dengan sesungguhnya bersumpah bahawa apa yang hendak saya katakan dalam perbicaraan ini adalah benar belaka, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka” Sumpah berkata benar itu selalu diingatkan kepada saksi kalau peguam atau pendakwa menyoal saksi dan disyaki saksi itu tidak berkata benar. Kalau kes tangguh sekejap dan bila sambung semula, saksi diingatkan bahawa dia masih dalam sumpah yang dibuat sebelum kes ditangguhkan tadi.

Sumpah itu kita terima sebagai sesuatu yang benar.

Kalau mengangkat sumpah untuk memegang jawatan kerajaan dan sumpah menyimpan rahsia, kita bersumpah dengan meletakkan tangan atas Quran dan di lafazkan “Wallahi, wabillahi, watallahi” bagi yang berugama Islam dan yang bukan Islam “Saya bersumpah mengikut kepercayaan ugama saya”

Sumpah itu pun kita terima. Samada angkat tangan kanan atau tidak atau tangan itu benar-benar diletak atas Quran atau tidak kita terima juga.

Bila Saiful Bukhari bersumpah di Masjid dengan memegang Quran dengan disaksikan oleh Imam Masjid dengan lafaz Wallahi, Wabillahi, Watallahi, ada pula yang kata sumpah itu tak boleh pakai.

“Sumpah dengan Quran hanya terpakai kepada suami isteri” kata Ustaz Hadi dan Wan Azizah

“Sumpah dengan Quran hanya perlu dibuat oleh orang yang kena tuduh” kata Harun Din

Ada juga kata sumpah pegang Quran tiada dalam hukum syarak. Yang dibuat itu ikut cara Yahudi dan Kristian.

Bukan kita soalkan samada Anwar dengan Saiful itu suami isteri. Itu kita tahu memang bukan.

Soalnya ialah kesanggupan Saiful bersumpah tu. Dr. Mahathir buat ulasan barulah cerdik. Dr. M kata kalau dah Saiful berani bersumpah tu maknanya benda tu betul belaku. Kalau tak betul takkan dia berani bersumpah macam itu. Sanggup dilaknati Allah sampai beberapa keturunan.

Sekarang terpulang lah kepada Anwar. Nak bersumpah atau tidak? Liwat itu betul atau tidak. Kita tunggu apa kesudahannya kes liwat itu. Kita tunggu panjang umur rezeki siapa yang kena laknat!

p/s Teringat cerita kawan saya bertanya pada saudara baru Orang Asli yang dituduh masih makan babi. Kenapa awak makan lagi benda haram tu? Berdosa tau! Jawab Orang Asli itu, “Tak kira lah Encik, dosa itu lambat, kempunan itu cepat”
Maknanya dia lebih takut kepada kempunan dari dosa. Kempunan menimpa masa masih hidup. Dosa bila dah mati baru tau!

Comments

  1. For a person who used to 'memberontak' and doesn't believe in anything in Malaysia i.e. Laws and police.

    Now they have reach the highest level of not believing, they come to a level that 'bersumpah' with the name of the One which is Allah wouldn't help in making a different. They still right, and all this is political motivated. I wonder and really like to ask them. Are they in politic because of Allah?

    Its all back to 'nawaitu'

    ReplyDelete
  2. i wanted to LOL on the orang asli part, but i couldn't because i was in my college computer lab. i always love how orang asli tackle what people say to them. =)

    ReplyDelete
  3. This is a thought.. kalau Anwar ibrahim,wan azizah,nurul izzah dan kaum kerabat mereka boleh percaya mentah-mentah perakuan bersumpah atas kertas kenapa diorang tak boleh percaya perakuan sumpah dengan nama ALLAH???

    ReplyDelete
  4. Dear Ketam,
    Entahlah...saya pun tak faham. Org Pas pun bersumpah bila nak jadi Calon, bersumpah tidak akan curang kpd parti mereka. Sumpah tak lompat parti & mcm2.
    Bila org lain sumpah tak caya pulak!

    ReplyDelete
  5. Dulu masa P/R kecil telah di sanggang,orang disebuah perkampungan dibawa makan malam di sebuah resort untuk diajar macamana nak mengundi pd esok nya,setelah itu dijamulah makanan yang mewah,setelah selesai penyelaras itu pun bertanya kpd Tok Batin,macamana makanan tadi,yang lain tu shedap,tapi yang lasht tulah kerash sikit.......

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir