Lagi lagi cerita sumpah. Di Permatang Pauh sibuk suruh Anwar bersumpah. Jangan buang masa. Tak kan dia nak bersumpah punya! Takut-takut nanti dia sumpah kata memang dia buat kerja sondol belakang. Baru gempar satu Malaya. Jangan jangan dia nak buat macam Barrack Obama. Mengaku masa dulu dulu hisap ganja! Di Barat tak ada hal pun. Hisap ganja biasa lah. Sondol belakang pun biasa lah. Consenting adults...apa ada pasal!
Dulu ada juga cerita minta satu Hamba Allah sumpah di masjid yang dia tidak ada DUA isteri. Hamba Allah tu selamba saja sumpah siap junjung Quran di masjid. Memang lah dia berani sumpah yang dia tak ada dua bini. Rupa-rupanya dia ada TIGA bini! Apa ada pasal!
Manusia ini pelik betul. Selagi tak dapat kepada dia, selagi itu lah semua orang tak betul. Kalau berita itu tak sedap untuk pihak dia, dia kata jangan terima bulat-bulat berita itu. Kena siasat dulu, kena tunggu pekembangan selanjutnya. Itu lah komen si Husam pasal 2 EXCO Perak kena tangkap oleh BPR. Cuba kalau EXCO BN yang kena tangkap. Mangkok Ayon tu pasti kata dah soheh la tu...soheh rasuah! Natang betul puak-puak ni!
Bila Dr. Osman Myanmar buat sumpah dengan bayar setem 4 ringgit di kaunter Pesuruhjaya Sumpah, Myanmar tu cakap benar. Bila Bala sumpah berkanun kali pertama, soheh betul. Bila sumpah pulak dengan kandungan tak syok kat dia, Bala tak betul pulak. Bila RPK sumpah berkanun bayar setem 4 ringgit....pasti betul. Bila Saiful sumpah pegang Quran kat masjid depan imam....tak boleh terima sebab ikut Kristian. Apa ni beb, awak nak mende lagi. Semua yang tak kena dengan awak tak betul. Yang sedap kat sebelah awak, awak suka. Porah!
Gini lah beb.....kalau sumpah Saiful tu tak boleh terima sebab ikut hukum tak kena, tak ada dalam syarak atau pun ikut alasan yang Peguampas tulis dalam blognya, kita pun tak terima lah. TAPI si Saiful tu dah luahkan kepada seluruh dunia perkataan FITNAHnya teradap Anwar. Saiful kata, "Anwar telah memasukkan batang zakarnya kedalam lubang dubur saya". Kalau itu FITNAH.....saman lah si Saiful tu. Saman for libel & slander. Bersihkan nama kamu wahai Anwar! Buat macam Shafee Abdullah. Buatlah apa tunggu lagi.
Dulu bila Tun M kata Anwar homosexual, Anwar saman Tun M. Sekarang Saiful kata dia diliwat oleh Anwar kenapa Anwar tak saman? Kalau tak saman pun buat laporan polis. Buat laporan criminal defamation. Ambil Injunction terhadap Saiful. Jangan lah jawab kata dah lapor di JAWI. Kejadian sumpah Saiful tu berlaku selepas laporan kepada JAWI. Its a continuous criminal acts by Saiful. Why don't you take legal action?
p/s Remember...we can create lies but we can never create the truth!
Comments
Post a Comment
No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)