Skip to main content

Undang-Undang Keluarga Islam Pahang

Perkahwinan lelaki Islam dengan seorang Kitabiyah.

Didalam rang undang-undang ini pasal 10 (1) membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin dengan seorang Kitabiyah. Saya berpandangan perkara ini amat mengelirukan. Siapakah dan apakah definasi Kitabiyah itu tidak dibuat penjelasan didalam rang undang-undang ini.

Saya mencadangkan supaya pasal ini dimansuhkan sahaja dengan memotong perkataan “ kecuali dengan seorang Kitabiyah”.

Adalah dikhuatiri jika perkahwinan dengan Kitabiyah dibenarkan, Pahang akan jadi seperti Indonesia. Kesannya nanti adalah kepada anak-anak hasil perkahwinan itu. Jika ibunya yang Kitabiyah itu lebih dominan dari bapanya yang Islam itu, maka anak-anak itu sudah pasti lebih kepada pengaruh Ibu nya dan jika ini berlaku kita akan melahirkan generasi yang tidak tentu pegangan ugamanya.


Pertukaran Ugama

Pasal 46 (2) didalam rang undang-undang ini berbunyi :

“Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah”

Ini bermakna seseorang lelaki bukan Islam yang telah beristeri dan mempunyai anak boleh memeluk agama Islam dan berkahwin pula dengan wanita Islam sedangkan perkahwinannya dengan wanita bukan Islam yang terdahulu masih lagi berkuat kuasa sehingga dibatalkan oleh Mahkamah. Ini membuka ruang kepada keadaan dimana seseorang itu boleh mempunyai dua Isteri ; satu Islam dan satu lagi bukan Islam ( walaupun seketika sehingganya ianya dibatalkan oleh mahkamah)

Saya juga percaya peruntukan ini akan menimbulkan masalah dari segi penguatkuasaannya vis-à-vis undang-undang sivil. Undang-undang sivil memperuntukan bahawa sesuatu perkahwinan itu adalah dengan sendirinya terbubar jika salah satu pihak kepada perkahwinan itu memeluk agama Islam dan ianya adalah alasan mutlak untuk pembubaran perkahwinan itu. (Annulment of the marriage)

Persoalannya adalah, bagaimanakah Mahkamah Syariah di negeri Pahang boleh berkuasa untuk membubarkan sesuatu perkahwinan pihak-pihak yang bukan berugama Islam?

Peruntukan ini boleh disalahguna oleh lelaki bukan Islam untuk berkahwin dengan wanita Islam walaupun dia sudah mempunyai isteri dan anak semasa belum berugama Islam.

Perkara ini pernah berlaku. Seorang lelaki India bernama Max telah memeluk ugama Islam dan menggunakan nama Omar. Omar berkahwin dengan Rita, seorang perempuan Melayu Islam. Semasa belum memeluk Islam, Max telah berkahwin mengikut adat dan ugama Hindu dengan perempuan India dan mereka mempunyai anak.

Undang-undang Syariah Pahang tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk membubarkan perkahwinan Max dengan perempuan India kerana Undang-undang Syariah Pahang hanya terpakai kepada pihak-pihak yang berugama Islam sahaja.

Jesteru itu Omar (Max) mendapat “benefits of both worlds” iaitu pempunyai dua isteri; satu Islam dan satu lagi bukan Islam. Keadaan ini amat memalukan dan Rita terpaksa menjalani satu proses penceraian melalui Mahkamah Syariah yang mengambil masa yang lama. Rita bernasib baik kerana anak hasil perkahwinan itu berada dengannya. Max menghilangkan diri entah kemana dan perkahwinan dengan perempuan India yang asal dahulu masih berjalan.

Saya mencadangkan supaya diadakan peruntukan secara jelas dimana “ seseorang lelaki bukan Islam yang memeluk agama Islam dan ingin berkahwin dengan perempuan Islam di Negeri Pahang mesti lah membuktikan dan mendapat perintah Mahkamah mengesahkan bahawa dia telah pun menyelesaikan segala perkara mengenai perkahwinannya yang terdahulu yakni perkahwinannya secara lain dari cara Islam dan dia adalah bebas dan mempunyai capacity untuk berkahwin pula secara Islam”

Comments

  1. Saya berterima kasih dan amat bersetuju dengan pandangan Ybhg Dato'. Mudah2an Undang2 Syariah Pahang akan menjadi lebih mantap dan tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pihak tertentu khususnya dalam Mahkamah Syariah.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...